Wednesday, August 4, 2010

Ya Allah, Please don't Let Me Be Misunderstood




People, do you understand me now,
If sometimes I feel a little mad
Don't you know no one alive can always be an angel
When things go wrong I seem a little sad
But I'm just a soul whose intentions are good Oh Lord,
please don't let me be misunderstood
You know sometimes,
I'm so carefree With a joy that's hard to hide
Sometimes seems that all I have is worry
And then you're bound to see my other side
But I'm just a soul whose intentions are good
Oh Lord, please don't let me be misunderstood If I seem edgy,
I want you to know That I never mean to take it out on you
Life has its problems and I get more Than my share
But that's one thing I never mean to do
I don't mean it People, don't you know
I'm only human Don't you know I have faults like anyone
But sometimes I find myself alone regretting
Some little thing; some foolish thing That I have done,
But I'm just a soul whose intentions are good
Oh Lord, please don't let me be misunderstood
Don't let me be misunderstood
I'm just someone whose intentions are good
Don't let me be misunderstood,
Don't let me be misunderstood

Saturday, July 3, 2010

Pesan Habib

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan Salam Sejahtera Ke Atas Nabi Muhammad s.a.w serta semua para nabi dan rasul sebelumnya.

Pada 23 June lalu telah datang seorang ulama dari yaman ke Sarawak.Habib Muhammad bin Soleh Al-Attas. Antara isi tausiyah yang disampaikan beliau,

Ada wanita yang solat, tapi masih mengumpat dan mengutuk orang lain.


Ada wanita yang solat, tapi dia mengajak suaminya untuk derhaka kepada kedua ibu bapa lelaki tersebut.

Saya ketika itu sedang mengambil wudu' terhenti untuk mendengar tausiyahnya dengan lebih lanjut. Solat yang berkualiti mampu mencegah diri dari melakukan perbuatan mungkar. Formula yang mendidik hati yang akhirnya mengerakkan jasad untuk takut melakukan perkara yang tidak disukaiNya.

Apabila diutarakan ayat yang kedua, daku terfikir sejenak. Seseorang yang menyayangi hambaNya kerana Nya tentu tidak akan tegar untuk melihat yang dicintainya melakukan perbuatan yang tidak disukai Allah. Apatah lagi mengajaknya untuk melakukan perkara yang mengundang kemarahan Allah. "Kalo saya cinta seseorang, saya akan cinta dia di dunia dan di akhirat". Kata-kata keramat yang sering ku utarakan kepada adik-adik. Itulah yang aku maksudkan apabila aku menyatakan sedemikian. Mencintai seseorang dengan mengajaknya melakukan perkara yang disukai Nya supaya kita tidak tergolong dalam satu golongan yang ada di akhirat kelak. Iaitu golongan yang di dunia mereka bercinta tetapi di akhirat, mereka bermusuhan. Naudzubillah

Ukhi bukh fillah.. :)
Itu yang ku maksudkan, bukan cinta yang melampaui batas atau cinta yang terlalu cinta

Wednesday, June 16, 2010

Allah Maha Dekat 1

Minggu lepas saya bertekad untuk menukar url adress blog ini atas sebab peribadi, seolah-olah ingin hilang seperti debu. Ujian yang menyebabkan saya hampir merasa putus asa. Tapi, hari ini saya teringat cerita Saudari Tini Mardan. Bergini ceritanya,

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata

“Ayah! Saya dah bersedia”

Ayahnya terkejut dan berkata
“Bersedia untuk apa?”.

“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”

“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”

“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”

Ayahnya menambah
“Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”

Dengan merintih anaknya merayu
“Benarkan saya pergi ayah?”

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya
“Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”

“Terima kasih Ayah”

Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih.
“Nak, apa yang makcik boleh bantu?”

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya ” Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu”

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu.

“Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini”

Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.

“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”

“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.

“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.

“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang
-n-

Apabila teringat kisah ini, saya merasakan Allah Maha dekat. Sangat hampir kepada hamba-hambaNya. Tidak Dia menjadikan sesuatu itu sia-sia.

Monday, June 14, 2010

Behind The Name of Rachel Corrie

Recently, the name of Rachel Corrie was in the local news headline. Rachel Corrie is not just name that belong to a ship that carries aid to Gaza. It's more than a name. The name belongs to a US citizen activist. She knelt in front of the Israel bulldozer to stop demolishing a house belong to Palestinian family. In stead of stopping, the bulldozer just crushed over her.

Rachel Corrie, at the age of 23, she was crushed to death by an Israeli army bulldozer on March 16, 2003. She was working with others trying to protect the home of a Palestinian pharmacist from demolition in Rafah, Gaza Strip, Palestine.

Hope this clip inspires you..
Rachel Corrie at the age of 5



What did you teach your child about Palestine?

Rachel Corrie at the age of 23



Do you really care?

Wednesday, June 9, 2010

Cahaya Hati

Allah Engkau dekat penuh kasih sayang
Takkan pernah Engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu

Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau selalu terjaga yang memberi segala

Reff:
Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi

Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala

Back to Reff:

Setiap mahluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu

Back to Reff:

Yaa Allah Ya Rahman
Yaa Allah Yaa Alllah Yaa Allah
Ya Nurul Qolbi
Yaa Allah

http://musiklib.org/Opick-Cahaya_Hati-Lirik_Lagu.htm#ixzz0qMGrtf7K


Thursday, May 13, 2010

-Peperangan Qalbun-

Tentera dari Nafsu Ammarah sentiasa menyerang dan cuba merobohkan tugu-tugu keyakinan serta keimanan hati seorang hamba dengan menyuntik pelbagai isme-isme dan prinsip hidup yang batil yang menerbitkan peribadi-peribadi yang rendah. Demikianlah jua dengan tentera Qalbun dari Nur Makrifat ini, akan sentiasa mempertahankan hati itu dan kadang-kadang menyerang kembali dengan panahan dan pancaran cahaya kebenaran yang menerbitkan peribadi yang berjiwa halus, tinggi dan mulia. Pendek kata, sentiasalah berlaku" dan berperang antara keduannya itu; sesekali menang, sesekali kalah " yang saling mengambil tempat dalam hati seorang hamba. Sesekali menang tentera Qalbun yakni Nur; dan pada waktu yang lain pula, menang tentera Zulumah yakni Ammarah. Peperangan dan perjuangan antara kedua-dua pihak ini tidak pernah reda dalam kehidupan seorang hamba sehinggalah dia mendapat pertolongan dari Allah Taala

- Kitab Hikam- Ibnu Athoillah As Kanddari RA

Wednesday, May 12, 2010

KHUTBAH JUMAAT: Kita Diuji Dengan Pilihan

Oleh Ust Hasrizal

Sumber:http://saifulislam.com/?p=7994

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Apa yang membezakan manusia dan malaikat adalah pada kemampuan manusia membuat pilihan. Keupayaannya untuk memilih kebaikan dan dalam masa yang sama menolak kejahatan, menjadikan manusia itu sentiasa berusaha menjadi lebih baik, dan memindahkan kebaikan itu kepada kehidupan di sekitarnya.

Semasa memilih kebaikan, dia mendapat kebaikan.

Semasa terpilih kejahatan, usahanya untuk kembali kepada kebaikan menjadikannya kembali baik malah bertambah baik.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:

Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan Yang sesuai Dengan keadaannya). Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya bersih (dengan iman dan amal kebajikan), dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) [Al-Shams 91: 7-10]

Setiap hari kita membuat keputusan. Semasa mendengar azan subuh, kita membuat pilihan pertama sama ada mahu bangun atau tidur kembali. Memilih baju, memilih kasut, memilih sarapan, dan memilih jalan. Pilihan-pilihan itulah tempat Allah menilai kita. Pilihan yang baik mengundang kebaikan. Pilihan yang jahat mengundang sesal lagi mudarat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Bagaimanakah pilihan-pilihan kita setakat ini?

Pilihan semasa hidup susah.

Pilihan semasa hidup senang.

Semasa susah kita tiada banyak pilihan.

Semasa senang, kita diuji dengan banyaknya pilihan. Antara Halal dan Haram, antara Kufur dan Iman.

Merujuk kepada kisah Nabi Allah Yusuf alayhi al-Salaam, baginda berada di dalam ujian yang berat semasa terkurung dalam buangan di lubang telaga akibat konspirasi adik beradiknya. Bayangkan, seorang budak, terpisah daripada ibu bapanya, terbuang ke telaga buta, siang dan malam dalam kegelapan dan sendirian, apakah ada yang lebih teruk untuk dialami oleh seorang budak seperti Yusuf?

Tetapi semasa di dalam telaga, Yusuf tiada banyak pilihan. Bersabar adalah satu-satunya cara untuk baginda bertahan. Baginda terpaksa bertahan. Terpaksa bersabar. Itu sahaja pilihan yang ada.

Akan tetapi, ujian yang menjadikan Yusuf seorang insan pilihan Allah yang begitu hebat adalah semasa baginda di istana Mesir.

Di dalam telaga, Yusuf diuji.

Di dalam istana, Yusuf masih juga diuji.

Hidup adalah ujian.

Firman Allah:

“Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itu pun menutup pintu-pintu serta berkata: “Marilah ke mari, aku bersedia untukmu”. Yusuf menjawab: “aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); Sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya” [Yusuf 12: 23]

Benar!

Itulah saat paling genting buat Yusuf.

Diuji dengan pilihan.

Wanita bangsawan yang selama ini menjadi ibu angkatnya, menyerahkan diri untuk dijamah dengan zina. Sedangkan Yusuf ada banyak peluang. Beliau adalah anak asing di bumi Mesir. Tiada ibu bapa, tiada adik beradik dan saudara mara, tiada muka yang bakal diconteng arang!

Saat itu, Yusuf diuji, menerima zina yang enak untuk sebuah kecenderungan nafsu, atau menolaknya dengan kuasa Iman.

“Datanglah kepadaku” kata wanita yang digelar Zulaikha itu.

“Aku berlindung dengan Allah!” itulah jawapan Yusuf.

Engkau selama ini adalah ibu angkatku, engkau memberiku bumbung untuk berteduh, engkau memberiku lantai tempat bersantai, engkau memberiku makan dan minum, engkau tuanku tetapi ALLAH adalah TUHANKU!

Sesungguhnya Dia telah melindungiku selama ini, dan tidak akan berjaya orang-orang yang zalim!

Itulah penegasan Yusuf. Baginda berjaya dalam ujian pilihannya. Memilih untuk menolak zina, semata-mata kerana IMAN.

Sidang Jumaat sekalian,

Ramai di kalangan kita yang bertahan dalam ujian kesusahan.

Tetapi bagaimana dengan ujian kesenangan?

Hari ini, anak-anak muda di Universiti boleh mendapat wang secara mudah melalui pilihan zina. Menyerah diri menjadi pelayan seks kepada manusia-manusia keji yang berwang, membolehkan mereka mengatasi masalah kekurangan wang pinjaman, memakai telefon bimbit mewah, menukar motorsikal kepada kereta dan memakai pakaian berjenama, hanya dengan berkata YA kepada peluang yang terbentang di depan mata. Buat kerja paling sedap, dapat hasil paling mantap!

Daripada Ibn Masoud radhiyallahu ‘anhu beliau berkata: Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Sesungguhnya di antara perkara yang diketahui oleh sekalian manusia daripada kalam nukilan Kenabian ialah: Jika kamu sudah tiada rasa malu, maka buat sahajalah apa yang kamu suka! [Hadith riwayat al-Bukhari]

Malu yang datang dari Iman.

Namun, apakah caranya untuk anak-anak muda kita memiliki keyakinan seperti Yusuf? Keyakinan bahawa Allah tidak akan sekali-kali memberi kejayaan hidup kepada manusia yang zalim. Keyakinan untuk berkata TIDAK kepada ZINA!

Jauh dari keluarga, seperti jauhnya Yusuf dari bumi Palestin, bagaimanakah anak perantau di Menara Gading boleh menolak zina yang pada hari ini, zina itu lebih mudah berbanding jalan yang halal?

Tiadalah jawapan lain, kecuali kembali kepada IMAN.

Iman yang membimbing kita membuat pilihan dalam kehidupan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sesungguhnya itulah hikmah mengapa kita diberi peringatan tentang TAQWA, saban minggu di Mimbar Jumaat ini.

TAQWA seperti yang dijelaskan dalam perbualan Ubai bin Kaab bersama Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anhuma.

Umar al-Khattab telah bertanya kepada Ubai bin Kaab radhiyallahu ‘anhuma tentang TAQWA. Lalu Ubai menjawab dengan menyoal: Apakah engkau pernah menempuh jalan yang banyak duri? Umar menjawab: Sudah tentu. Lalu Ubai bertanya lagi: Justeru apakah yang engkau lakukan? Umar membalas: Aku akan melangkah dengan teliti dan berhati-hati. Kata Ubai: Maka demikian itulah maksud TAQWA.

Sesungguhnya hidup kita ini adalah sebuah perjalanan. Di kiri dan kanannya ada banyak duri, banyak cabaran. Ada duri yang mengundang luka, yang berkehendakkan kita supaya berada di tahap sedar yang tinggi, serta sentiasa mampu mengawal diri.

Sedarlah!

Kawallah!

Hidup ini menuntut kita membuat pilihan.

Pilihlah jalan yang memberi bahagia Dunia dan Akhirat.

Jauhilah pilihan yang buta, mencari sedap yang seketika, tetapi derita selama-lamanya.

Jangan banyak memberi alasan.

Semakin banyak memberi alasan, semakin hilanglah daripada hidupmu, rahmat dan bantuan Tuhan.