Friday, February 29, 2008

UNIMAS R & D + IT EXPO 2008

IT Expo, Unite’08

The exposition will be held as follows:
Date: 29 Feb - 2 March 2008
Time: 11.00am - 9.00pm
Venue: campus hall and experimental theatre



2nd Annual UNIMAS R & D Expo2008

The DVC (Research and Innovation) Office, and Research and Innovation Management Centre (RIMC) will be organising the Annual UNIMAS R & D Expo 2008 (RnDUNIMAS2008) which was first held in January 2007. The exhibits include products from environmental engineering, medical, creative designs, spatial imaging, and augmented reality systems. The theme of the exposition is "R & D towards Wealth Creation".

The main objectives of the exposition are:

i. To promote R & D products among UNIMAS staff and students, and stakeholders at large; and

ii. To identify and select potential products that would represent UNIMAS at both national and international expositions of 2008.

The exposition will be held as follows:
Date: 5 - 7 March 2008
Time: 8.30am - 5.00pm
Venue: CAIS Exhibition Centre, UNIMAS.



More: visit http://www.unimas.my/index.php?option=com_content&task=view&id=223&Itemid=150

Monday, February 18, 2008

Engkau Ingin Berjuang?



Engkau ingin berjuang, Tapi tidak mampu menerima ujian…
Engkau ingin berjuang, Tapi rosak oleh pujian…
Engkau ingin berjuang, Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan…
Engkau ingin berjuang, Tapi tidak begitu setiakawan…
Engkau ingin berjuang, Tapi tidak sanggup berkorban…
Engkau ingin berjuang, Tapi ingin jadi pemimpin…
Engkau ingin berjuang, Tapi menjadi pengikut pun kau agak segan…
Engkau ingin berjuang, Tapi dirimu tidak engkau tingkatkan…
Engkau ingin berjuang, Tapi disiplin diri engkau abaikan…
Engkau ingin berjuang, Tapi janji kurang engkau tunaikan…
Engkau ingin berjuang, Tapi rasa berTuhan engkau abaikan…
Engkau ingin berjuang, Tapi iman dan taqwa engkau lupakan

~Qutrunada~

Thursday, January 31, 2008

Hi Tea

Assalamua'laikum w.b.t dearest all UNIMAS graduates..
Unimas alumni is having reunion hi tea. Details are as below

Date : 2 February 2008 (this coming Saturday)
Time : 2:30 pm
Venue: CTF 1 (new UNIMAS Campus)

p/s Please kindly disseminate this info to others....

Thursday, January 24, 2008

Gaza Bergelap ‘hukuman mati’ Rejim Israel


BANDAR GAZA 21 Jan. – Seluruh Gaza bergelap selepas loji janakuasa tunggal yang beroperasi terpaksa ditutup berikutan kehabisan bahan bakar berikutan sekatan Israel yang mahu membendung serangan roket para pejuang Palestin.
Penutupan loji yang membekalkan 30 peratus keperluan elektrik penduduk di wilayah ini menyebabkan seluruh Bandar Gaza bergelap dan memburukkan lagi keadaan masalah yang sedia teruk di wilayah pesisir ini.

Bekalan elektrik ditutup secara rasmi pada pukul 8 malam tadi (2 pagi Isnin waktu Malaysia) dan tindakan itu akan menyebabkan krisis kemanusiaan yang mengancam nyawa penduduk.

“Kami terpaksa menutup loji janakuasa ini sebab kehabisan bahan api,” kata Pengarahnya, Rafiq Mliha.
Beliau turut memberi amaran mengenai “kesan buruk kepada penduduk, operasi hospital dan loji rawatan air.”
Rafiq memberitahu, beliau juga tidak mengetahui bila Israel akan membenarkan bekalan bahan api dibawa masuk bagi membolehkan loji janakuasa beroperasi semula.

Sementara itu pegawai Kementerian Kesihatan, Dr. Moaiya Hassanain memberi amaran, tindakan menyekat penghantaran bahan api akan mencetuskan malapetaka kesihatan.

“Kami hanya ada pilihan sama ada memotong bekalan elektrik untuk bayi di wad bersalin atau pesakit pembedahan jantung atau menghentikan kerja di bilik bedah,” katanya.

Wilayah Gaza yang mempunyai 1.5 juta penduduk yang bergantung kepada bantuan luar masih terputus dari dunia luar selepas semua pintu masuk ditutup sejak Jumaat lalu berikutan arahan Kabinet Israel yang mahu mengekang serangan pejuang.

Kilang-kilang roti turut menghentikan operasi berikutan ketiadaan bekalan tepung dan tenaga elektrik.

Pengarah Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Palestin di Gaza mendesak Israel membuka semula pintu masuk dan meminta masyarakat antarabangsa membantu penduduk awam.

“Penutupan janakuasa menyebabkan seluruh Bandar Gaza dengan 600,000 penduduknya bergelap,” kata John Ging, sambil menambah, ia memberi kesan kepada semua aspek kehidupan penduduk di Gaza.

“Jika anda melawat hospital-hospital, anda akan mendapati generator yang digunakan hanya memadai untuk peralatan asas sahaja. Mereka kesejukan di semua wad, menambahkan penderitaan pesakit,” ujar Ging.

Sementara pergerakan Hamas yang menguasai Gaza sejak Jun lalu menyatakan, langkah rejim Tel Avib merupakan “hukuman mati” ke atas wilayah ini dan menggesa campur-tangan antarabangsa.

Gesaan Hamas tersebut turut mendapat sokongan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang mahukan Israel menamatkan kepungan dengan segera.

– Agensi

Monday, November 5, 2007

SUNATULLAH



Jika manusia harus lama menanti apa yang diinginkannya, maka hilanglah kesabaran dan sempitlah dadanya. Ia lupa bahawa di dalam penciptaan ini Allah memiliki sunnah-sunnah (ketetapan) yang tidak akan berubah. Bahawa segala sesuatu itu mempunyai waktu yang telah ditetapkan bahawa Allah tidak akan dapat dipengaruhi ketergesaan seorang pun. Setiap buah memiliki batas waktu matang, ketergesa-gesaan seseorang tidak akan dapat mematangkannya sebelum batas waktunya sebab ia tunduk pada sunatullah yang Mengaturnya. Tidak seorang pun dapat memaksaNya... Yusof Qardawi

Tuesday, October 30, 2007

"Khabar al-Ifqi" sentuh kemuliaan Nabi


PENGALAMAN pahit melalui "Khabar al-Ifqi", iaitu berita Siti Aisyah yang dituduh berlaku curang dengan seorang sahabat bernama Safwan bin Mua'ttal. Ia satu tragedi yang aneh dan unik dari rentetan rancangan jahat golongan munafik untuk menyakitkan serta menimbulkan bencana ke dalam hati Nabi s.a.w. dan keluarganya.


Musuh dalam selimut terdiri dari golongan munafikin yang sentiasa berdendam dengan Nabi s.a.w., namun mereka adalah golongan pengecut yang takut berdepan secara terbuka terhadap Nabi s.a.w., akhirnya memilih satu cara dengan menyerang orang yang menjadi musuhnya melalui khabar al-Ifqi iaitu berita palsu bersifat fitnah.


Kaum munafik menggunakan senjata "fitnah", sasarannya ialah Ummahatul Mukminin Siti Aisyah. Serangan fitnah itu sememangnya menimpakan kesan yang sangat berat kepada Rasulullah s.a.w., lebih berat kesannya berbanding dengan tuduhan-tuduhan yang lain yang pernah diterima oleh Nabi s.a.w.


Apabila Siti Aisyah yang suci bersih dituduh berlaku curang dengan lelaki lain, ternyata serangan itu mendatangkan rasa resah dan terlalu dukacita bukan saja kepada Ummahatul Mukminin itu sendiri, bahkan terhadap Nabi s.a.w. juga.


Sememangnya seorang isteri adalah orang yang amat diperlukan dalam kehidupan berkeluarga. Apabila Isteri yang baik menjadi buah mulut orang ramai dalam perkara yang menyentuh marwah, ia benar-benar menyusahkan hati suami. Hendak dicerai tidak ada bukti, hendak dibiarkan malangnya orang ramai bercakap tentang kecurangan isteri. Maka timbul masalah dalam hati suami khasnya Rasulullah s.a.w.


Orang-orang munafik sememangnya tidak berdaya hendak melawan secara berdepan dengan Nabi s.a.w., kerana mereka tidak mempunyai hujah atau alasan yang benar. Tetapi oleh kerana hati orang munafik sentiasa berdendam terhadap Nabi s.a.w., maka mereka melakukan yang karut marut iaitu melontarkan fitnah kerana hendak menjejaskan marwah dan menyusahkan hati Nabi s.a.w.


Inilah perangai jahat orang-orang munafik sejak dahulu hingga ke hari kiamat. Justeru itu jika terdapat tuduhan terhadap pejuang Islam telah menimbulkan pecah belah dalam masyarakat, maka sebaik-baik orang yang menuduh itu diajak berdepan untuk jawab tuduhan itu dengan hujah al-Quran dan sunnah.


Tetapi sampai bila pun golongan munafik itu tidak akan bersemuka bagi menyelesaikan tuduhan, kerana apa yang mereka katakan terhadap Islam itu adalah dusta. Mereka sememangnya mempunyai agenda buruk dengan meneruskan pembohongan terhadap Islam, setelah mereka tidak terdaya berhujah berasaskan fakta yang sebenar.


Tabiat orang munafik selama-lamanya lebih keras, dari tabiat pihak musuh Islam yang lain. Mereka lebih bijak berdusta dan tentang menimbulkan kesusahan kepada pihak Nabi s.a.w. dan juga Islam. Kerana peluang-peluang untuk menyusahkan Nabi s.a.w. lebih terbuka luas di hadapan mereka jika dibanding dengan orang lain.


Mereka mempunyai peluang untuk melakukan pendustaan kerana sememangnya mereka sentiasa berfikir untuk menipu orang-orang yang beriman. Sedangkan di pihak Islam tidak perlu berhelah apatah lagi berdusta, kerana Islam itu mampu disebarkan tanpa menipu sesiapa. Sesungguhnya Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah sebagai agama yang terbaik dan paling sempurna.


Dalam begitu banyak berita penipuan terhadap Nabi s.a.w. ialah penyebaran berita yang menuduh Ummahatul Mukminin Siti Aisyah berlaku curang dengan seorang lelaki semasa pulang dari medan perang Bani Mustolaq.


Mengapakah Khabar al-Ifqi atau berita tuduhan curang terhadap Siti Aisyah itu benar-benar telah menyusahkan hati Nabi s.a.w., kerana sebanyak mana sakit hati yang dicalar oleh fitnah-fitnah yang lain adalah merupakan perkara yang telah diduga oleh Nabi s.a.w.


Nabi s.a.w. sama sekali tidak menduga bahawa golongan munafik begitu nekad menyebarkan tuduhan yang begitu berani. Tuduhan fitnah yang membabitkan marwah isteri Nabi sehingga sebahagian orang Islam turut terbabit dalam berita ifqi itu. Justeru itu apabila perkara yang di luar jangkaan itu terjadi, memang jiwa Nabi s.a.w. benar-benar telah terpukul dalam keadaan tidak bersedia.


Musuh-musuh Islam menuduh Nabi s.a.w. dengan pelbagai tuduhan seperti gila, ahli sihir, gila kuasa dan sebagainya. Nabi menghadapinya dengan tenang kerana tuduhan seperti itu telah menimpa Nabi-Nabi terdahulu.


Ia tidak menghairankan jika Nabi s.a.w. dituduh memecahbelahkan masyarakat, kerana Nabi membawa ajaran tauhid di tengah-tengah masyarakat musyrik penyembah berhala. Sudah tentu antara tauhid dan syirik tidak dapat disatukan.


Dengan sendirinya masyarakat akan menjadi dua puak iaitu puak yang mengamal ajaran tauhid, sementara satu puak ialah puak musyrik penyembah berhala. Kedua puak sentiasa bercanggah, bererti mereka berpecah kerana berbeza kepercayaan dan keyakinan.


Segala tuduhan seperti itu sedikit pun tidak menyusahkan Nabi s.a.w. kerana ia lumrah kepada Nabi-Nabi yang terdahulu menerima tuduhan seperti itu.


Adapun tuduhan isteri Nabi berlaku curang dengan seorang lelaki, adalah suatu tuduhan yang berat. Ia di luar dugaan dan Nabi s.a.w. tidak terfikir tuduhan seumpama itu ditujukan kepada isterinya, yang dengan sendirinya menjejaskan marwah seorang Nabi dan Rasulullah.


Ia datang dengan mendadak dalam keadaan jiwa Nabi s.a.w. tidak bersedia untuk berdepan dengan fitnah yang begitu keji. Adalah terlalu luar biasa isteri seorang Rasul dituduh melakukan perbuatan keji, bukan mudah untuk menelan tuduhan keji itu jika Nabi bukan orang yang cekal dan bersabar.


Sesungguhnya tuduhan isteri berlaku curang itu tidak termasuk dalam senarai yang lazimnya berlaku ke atas Nabi-Nabi terdahulu. Ia adalah perkara baru bagi Nabi s.a.w. dan ia benar-benar tidak berasas.


Kalaulah berita itu sahih tentulah merupakan tikaman yang begitu tajam dan sangat mendalam tentang perkara yang benar-benar menjadi kehormatan diri. Inilah yang dilakukan oleh orang-orang munafik terhadap Nabi Muhammad s.a.w., satu tindakan yang amat melukakan hati Nabi s.a.w.


Sesungguhnya setiap insan itu dikurniakan harga diri iaitu kehormatan dan marwah yang sangat tinggi nilainya. Hasil dari kajian menunjukkan bahawa kesan yang menimpa jiwa Nabi sangat dahsyat hasil dari berita ifqi itu, jika dibanding dengan mihnah dan tuduhan lain yang dilontarkan kepada Nabi s.a.w., kerana berita ifqi itu menyentuh masalah "Izzah bin nafsi" atau kemuliaan diri seorang Nabi Allah

Thursday, October 25, 2007

Wasiat Hasan Al-Banna


Saudaraku,

Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukanlah akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahwa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kemarin, dan impian hari ini adalah kenyataan di hari esok. Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena kerusakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat.

Allah swt. berfirman,

Dan Kami hendak memberi karunia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi), dan akan Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi dan akan Kami perlihatkan kepada Fir'aun dan Haman serta tenteranya apa yang selalu mereka khuawatirkan dan mereka itu,

" (Al-Qashash: 5-6)


Putaran waktu akan memperlihatkan kepada kita peristiwa-peristiwa yang mengejutkan dan memberikan peluang kepada kita untuk bertindak. Dunia akan melihat bahwa dakwah kita adalah hidayah, kemenangan, dan kedamaian, yang dapat menyembuhkan umat dari rasa sakit yang tengah dideritanya. Setelah itu tibalah giliran kita untuk memimpin dunia, kerana bumi tetap akan berputar dan kejayaan itu akan kembab kepada (pasti milik) kita. Hanya Allah-lah harapan kita satu-satunya. Bersiap dan berbuatlah, jangan menunggu datangnya esok hari, kerana bisa jadi engkau tidak bisa berbuat apa-apa di esok hari.

Kita memang harus menunggu putaran waktu itu, tetapi kita tidak boleh berhenti. Kita harus terus berbuat dan terus melangkah, kerana kita memang tidak mengenal kata "berhenti" dalam berjihad.

Allah swt. berfirman,

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, sungguh akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami.(Al-Ankabut: 69)

Hanya Allah-lah dzat yang Mahaagung, bagi-Nya segala puji
Rujukan,
At-Thariq ilal QuluubBagaimana Menyentuh HatiKiat-Kiat Memikat Objek Dakwah, Abbas As-Siisi