Monday, October 19, 2009

Palestin itu Jauh Dari Kita



Palestin itu jauh dari kita

Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan


Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak


irama kita
adalah suara siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu


irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi


sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka


berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya


tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan


Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan


Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…


Siapakah kita berbanding mereka?


25 May 06
Muharikah




Friday, August 21, 2009

Senangkanlah Hatimu

(Oleh Al-Anisah Mai) dipetik dalam Prof. Dr. Hamka (1996). Tasawuf Moden. Kuala Lumpur: Darul Nu’man. Halaman 337-343.

Kalau engkau kaya, senangkanlah hatimu! Kerana dihadapanmu terbentang kesempatan untuk menunaikan yang sulit-sulit. Segala perbuatanmu dihargai orang, engkau beroleh pujian di mana-mana. Engkau menjadi mulia, tegakmu teguh. Di hadapan engkau terhampar permaidani kepujian, sebab itu engkau beroleh kebebasan dan kemerdekaan.

Jika engkau fakir miskin, senangkan pulalah hatimu! Kerana engkau telah terlepas dari suatu penyakit jiwa, penyakit kesombongan yang selalu menimpa orang kaya. Senangkanlah hatimu kerana tiada orang yang akan hasad dan dengki kepada engkau lagi,lantaran kemiskinanmu. Kefakiran dan kemiskinan adalah nikmat, yang tidak ada jalan bagi orang lain buat kecil hati, dan tidak ada pintu bagi kebencian.Justify Full

Kalau engkau dermawan, senangkanlah hatimu! Kerana dengan kedermawanan engkau dapat mengisi tangan yang kosong, telah dapat menutup tubuh yang bertelanjang, engkau tegakkan orang yang telah hampir roboh. Dengan sebab itu engkau telah menuruti perintah hatimu dan engkau beroleh bahagia: Berpuluh bahkan beratus makhluk Tuhan akan menghantarkan pujian kepada Tuhan lantaran pertolonganmu. Kesenangan hatimu yang tadinya cuma satu, sekarang akan berlipat ganda, sebab banyak orang yang telah mengecap nikmatnya.

Kalau engkau tidak kuasa jadi dermawan, itupun senangkan pulalah hatimu! Sebab engkau tidak akan bertemu dengan suatu penyakit yang selalu menular kepada masyarakat manusia, iaitu tiada membalas guna, penghilangkan jasa. Mereka ambil kebaikan budi dan kedermawananmu itu jadi senjata untuk menjatuhkan tuduhan-tuduhan yang rendah. Saat yang demikian pasti datang kepada tiap-tiap dermawan, yang menyebabkan hati kerapkali patah dan badan kerapkali lemah, sehingga hilang kepercayaan kepada segenap manusia, disangka manusia tidak pembalas guna. Padahal langkah belum sampai lagi kepada puncak kebahagiaan dan beroleh ampunan dari Tuhan.

Kalau engkau masih muda remaja senangkanlah hatimu! Kerana pohon pengharapanmu masih subur, dahan-dahannya masih rendang dan rimbun. Tujuan kenang-kenangan masih jauh.Sebab umurmu masih muda, mudahlah bagimu menjadikan mimpi menjadi kenyataan yang sebenarnya.

Kalau engkau telah tua, senangkan pulalah hatimu! Kerana engkau telah terlepas dari medan pertempuran dan perjuangan yang sengit, dan engkau telah beroleh beberapa ilmu yang berguna di dalam sekolah hidup. Engkau telah tahu firasat, mengerti gerak geri manusia dan tahu ke mana tujuan jalan yang ditempuhnya. Oleh sebab itu segala pekerjaan yang engkau kerjakan itu kalau engkau suka lebih banyak akan membawa faedah dan lebih banyak tersingkir daripada bahaya. Satu detik daripada umurmu di masa tua, lebih mahal harganya daripada bertahun-tahun di zaman muda, sebab semuanya telah engkau lalui dengan pandangan yang terang dan pengalaman yang pahit.

Kalau engkau dari turunan yang mulia-mulia, tenangkanlah hatimu! Kerana dirimu tergambar dan terpeta di dalam hati tiap-tiap sahabat itu. Kalau engkau memang di dalam kalangan sahabat yang banyak itu, lazat rasanya kemenangan dan kalau kalah tidak begitu terasa. Lantaran banyaknya orang yang menghargai dan memperhatikan engkau, engkau dapatlah insaf, tandanya dirimu mahal dan timbanganmu berat.Yang penting adalah engkau dapat keluar dari penyakit mementingkan diri seorang, memandang hanya engkau yang benar, lalu masuk ke dalam daerah yang baru, iaitu mengakui bahawa ada lagi orang lain yang pintar, yang berfikir dan kuasa menimbang.

Jika musuhmu banyak, senangkan pulalah hatimu! Kerana musuh-musuh itu ialah anak tangga untuk mencapai kedudukan yang tinggi. Banyak musuh menjadi bukti atas sulitnya pekerjaan yang engkau kerjakan.Tiap-tiap bertambah maki celanya kepada engkau, atau hasad dengkinya, atau mulutnya yang kotor atau perangainya yang keji, bertambahlah teguhnya pendirianmu bahawa engkau bukan barang murah, tetapi barang mahal, dari celaannya yang benar-benar mengenai kesalahanmu, engkau dapat beroleh pelajaran. Mula-mula maksudnya hendak meracunimu dengan serangan-serangannya
yang kejam dan keji, maka oleh engkau sendiri, engkau saring racun itu dan engkau ambil untuk pengubat dirimu mana yang berfaedah, engkau buangkan mana yang salah. Ingatlah: Pernahkah seekor burung helang yang terbang membubung tinggi memperdulikan halangan burung layang-layang yang menghalanginya?

Kalau badanmu sihat, senangkanlah hatimu! Tandanya telah ternyata pada dirimu kekayaan Tuhan dan kemuliaan nikmatNya, lantaran badan yang sihat, mudahlah engkau mendaki bukit kesusahan dan menempuh padang kesulitan.

Kalau engkau sakit, senangkan pulalah hatimu! Kerana sudah ternyata bahawa dirimu adalah medan tempat perjuangan di antara dua alam yang dijadikan Tuhan iaitu kesihatan dan kesakitan. Kemenangan akan terjadi kepada salah satu yang kuat, kesembuhan mesti datang sesudah perjuangan itu, baik kesembuhan dunia ataupun kesembuhan yang sejati.

Kalau engkau menjadi orang luar biasa, senangkan hatimu! Kerana pada tubuhmu terdapat cahaya yang terang-benderang tandanya Tuhan selalu melihat engkau dengan tenang sehingga menimbulkan kesuburan dalam fikiranmu, dilihatNya otakmu sehingga cerdas, dilihatNya matamu sehingga jadi azimat, dilihatNya suaramu sehingga jadi sihir. Bagi orang lain, perkataan dan tiap-tiap suku kalimat yang keluar dari mulutnya hanya menjadi tanda bahawa dia hidup saja. Tapi bagi dirimu sendiri menjadi cahaya yang berapi dan bersemangat, boleh meninggikan, boleh memuliakan dan menghinakan, sehingga bolehlah engkau berkuasa berkata kepada alam: “Adalah”, sehingga diapun “ada”.

Kalau engakau dilupakan orang, kurang dikenal, senangkan pulalah hatimu! Kerana lidah tidak banyak yang mencelamu mulut tidak banyak mencacatkanmu, tidak ada orang lain yang dengki kepadamu, tak ada orang yang meniatkan jatuhmu, mata tak banyak memandangmu. Itu, dihadapanmu ada puncak bukit dan engkaupun salah seorang dari anggota masyarakatmu. Rumah batu yang indah, berdiri di atas kumpulan tanah dan pasir-pasir yang kecil. Dengan demikian itu, engkau akan merasai kesenangan hati yang kerapkali tidak didapat oleh yang bibirnya tak pernah merasai air hidup dan rohnya tak pernah mandi di dalam kolam ilham.

Kalau sahabatmu setia kepadamu, tenangkanlah hatimu! Kerana pertukaran siang dan malam telah menganugerahi engkau kekayaan yang paling kekal.

Kalau kawanmu khianat, senangkan juga hatimu! Sebab kalau kawan-kawan yang khianat itu mungkir dan meninggalkan engkau, tandanya dia telah memberikan jalan yang lapang buat engkau.

Kalau tanah airmu dijajah atau dirimu diperhambakan, senangkanlah hatimu! Sebab penjajahan dan perhambaan membuka jalan bagi bangsa yang terjajah atau diri yang diperhamba kepada perjuangan melepaskan diri dari belenggu. Itulah perjuangan yang menentukan hidup atau mati, dan itulah yang meninggalkan nilai. Ketahuilah bahawa tidaklah didapat suatu bangsa yang terus menerus dijajah.

Jika engkau dari bangsa merdeka, senangkanlah hatimu! Sebab engkau duduk sama rendah dan tegak sama tinggi dengan bangsa-bangsa yang lain, ada bagimu kesempatan mencari kekuatan baru. Kemerdekaan itu mesti diisi dengan bahan-bahan yang baik, dan bagimu terbuka kesempatan yang seluas-luasnya untuk itu.

Kalau engkau hidup dalam kalangan orang-orang yang kenal akan diri dan cita-cita engkau, senangkan hatimu! Kerana di sana engkau dapat mengusahakan tenaga muda
setiap hari, dan kekuatan pun bertambah, roh serta semangat menjadi baru. Engkau bertambah subur dan tegak, menaungi lautan dan daratan.

Kalau engkau hidup dalam kalangan masyarakat yang masih rendah, yang tidak mengerti bagaimana menghargai cita-cita orang, sehingga engkau merasa ’sial-dangkal’, maka senangkanlah hatimu! Kerana dengan sebab itu engkau beroleh kesempatan jadi burung, lebih tinggi terbangmu daripada orang-orang yang patah sayap itu. Engkau boleh melayang ke suatu langit khayal, untuk mengubati fikiranmu yang gelisah, untuk melepaskan dahaga jiwamu.

Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu! Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah masuk daftar orang yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas kasihan-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dua jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkongkong di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ketelingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam. Keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersunggguh-sungguh.

Jika engkau mencinta tetapi cintamu tidak terbalas, senangkanlah hatimu! Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah ia jauh dari matanya, dia akan cinta, cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Sehingga lantaran itu hati akan bersih laksana bejana kaca yang penuh berisi air khulud, air kekal yang dianugerahkan Tuhan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, akan ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya. Hendaklah engkau menjadi orang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar tertempat oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup ini berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan kita sendiri.

Merasa tenteramlah selalu, senangkanlah hatimu atas semua keadaanmu, kerana pintu bahagia dan ketenteraman itu amat banyak tak terbilang kesulitan perjalanan hidup kian minit, kian baru.

Merasa senanglah selalu!

Ya Allah.. senangkanlah hatiku....selalu.. padaMu..

Wednesday, July 29, 2009

Muhasabah Cinta

Muhasabah Cinta
Album : Munsyid : EdCoustichttp://liriknasyid.com
Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan...
Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Reff. :Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....Muhasabah cintaku...Tuhan...
Kuatkan akuLindungiku dari putus asa
Jika ku harus matiPertemukan aku denganMu

Friday, July 10, 2009

PPSMI Dimansuh

Tingkat pengajaran bahasa Melayu, tanpa ketepi bahasa Inggeris KUALA LUMPUR: Isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang mendapat bantahan beberapa pihak, terutama pejuang bahasa dijangka berakhir berikutan keputusan kerajaan memansuhkan dasar itu. Sebagai ganti, kerajaan akan mengumumkan strategi yang lebih menyeluruh untuk meningkatkan pengajaran bahasa Melayu dan pada masa sama tidak mengetepikan kepentingan bahasa Inggeris di semua peringkat sekolah. Menurut sumber, dasar baru itu dijangka bermula pada 2012 dan akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet hari ini untuk kelulusan.

Antara langkah yang dijangka diumumkan kerajaan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris adalah menambah bilangan guru dan waktu pelajaran bahasa itu di sekolah, memperkenalkan subjek baru serta merapatkan jurang perbezaan pencapaian murid luar bandar dan dalam bandar. Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika diminta mengulas perkara itu, berkata beliau akan mengumumkan keputusan muktamad kerajaan selepas membentangkannya kepada Kabinet tetapi enggan menyatakan butirannya. Beliau yang juga juga Menteri Pelajaran, berkata keputusan itu dibuat selepas kajian teliti termasuk perbincangan dengan pelbagai badan atau pertubuhan berkaitan pendidikan.

"Tunggulah esok (hari ini). Saya sudah mengemukakan memorandum kepada Kabinet mengenai kedudukan PPSMI dan apa yang telah dilaksanakan dan bagaimana kedudukan penguasaan bahasa Inggeris serta subjek Sains dan Matematik sejak kita melaksanakan dasar itu," katanya selepas melancarkan Projek Gerak Bakti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), di Kompleks Seri Pekembar Pagoh, dekat Muar, semalam. Beliau berkata, kementerian sudah membuat banyak kajian dan menemui pelbagai hasil termasuk prospek masa depan PPSMI sebelum dibentangkan kepada Kabinet. "Antara yang diteliti dan menjadi perkara pokok ialah bagaimana kita meneruskan usaha memartabatkan Bahasa Kebangsaan, di samping memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris," katanya. Beliau juga berkata, keputusan mengenai kedudukan PPSMI tidak dibuat secara terburu-buru dan bukan kerana desakan serta tekanan mana-mana pihak, sebaliknya ia berdasarkan kepentingan pelajar dan keutamaan untuk mempertingkatkan sistem pendidikan negara.

Ditanya sama ada keputusan itu adalah yang terakhir dan tiada lagi kajian selepas ini, Muhyiddin berkata pihaknya sudah menerima pandangan mengenai PPSMI sejak bertahun-tahun lalu dan sepatutnya sudah ada keputusan muktamad dicapai. Beliau turut mengakui mengadakan perbincangan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjelaskan kedudukan PBSMI dan membentangkannya kepada Majlis Tertinggi Umno untuk mendapatkan input daripada pimpinan parti. Katanya, wakil parti komponen Barisan Nasional (BN) juga akan menyuarakan pendapat pada mesyuarat Kabinet.

Friday, July 3, 2009

Siapa Yang Harus Disingkir?

Saya tergerak hati untuk menulis artikel ini apabila terbaca dialog di shout box saya. Saya berseloroh di dalam hati "ada juak urang agak blog bersawang tok. shoooooh, (buru labah2)". hehehe. Tercetus insipirasi daripada artikel oleh seorang sahabat yang bergelar 'kereta mayat' yang pernah saya baca.

Dalam artikelnya, dia telah mempersoalkan bantuan Allah yang bagaimana kita harapkan apabila melihat kekejaman tentera zeonis terhadap rakyat palastin. Adakah kita mengharapkan bantuan Allah dengan mendoakan kehancuran Yahudi?

Ini telah membuat saya terfikir, apakah apabila kita melihat penyelewengan berleluasa maupun penyelewengan dari segi fitrah, akhlak dan akidah, kamu berharap mereka ini disingkirkan. Dan apabila mereka ini ternyata disingkir, itukah hakikatnya bantuan Allah? Adakah kamu berfikiran begitu? Apakah betul bantuan Allah yang kamu pinta?

Renungkan kembali, pada 1400 tahun yang lalu siapa yang di singkir dan siapa yang menyingkir? Siapa yang diboikot dan siapa yang memboikot? Pada ketika itu, berbahagia mereka yang telah diperlakukan daripada mereka yang melakukan. Dan kita imbas kembali gelaran apakan yang diwartakan sejarah kepada sekelompok manusia yang berkumpul untuk melantik pemimpin ketika para sahabat sibuk menguruskan jenazah Rasulullah s.a.w?. Golongan ini pernah menentang syura. Gelaran apakah? Tanyalah kepada ustaz..Jika kurang faham apa itu syura dan bagaimana kisah sebenar sejarah di atas, sila tanya ustaz.

Merujuk kepada artikel sahabat saya itu, dia bertanya,

Kamu tahu apa itu pertolongan Allah yang sebenar?, Pertolongan yang kamu patut minta siang dan malam?


Kamu tahu? Pertolongan bagaimanakah yang harus dipinta berkenaan dengan isu palestin?


Tapi, dak Yahudi tok nang patut dihancurkan, Sidak tok perang berdarah ngan dak Palestin. Nang patut kita doakan cidak tok masok neraka.


Betul. Tapi, ‘Pertolongan Allah’ yang bagaimana yang kamu mahu, dalam bentuk apakah sebenarnya pertolongan Allah yang kamu mahu? , adakah dalam bentuk “orang kafir itu mati masuk neraka dan kamu mahu cepatkan mereka masuk neraka melalui pertolongan Allah menghancurkan mereka?!!”


Kamu tahu apa itu pertolongan Allah yang sebenar?, Pertolongan yang kamu patut minta siang dan malam?
Kamu tahu?


Dan adakah kamu tahu apakah maksud kemenangan dalam islam?
Apakah itu maksud kemenangan dalam islam?
Berjaya bunuh orang kafir?, Berjaya mufliskan mereka?, Berjaya menyingkirkan mereka yang KAMU SANGKA menjadi duri dalam daging ? Berjaya menyingkirkan mereka yang KAMU SANGKA tidak layak?

Dalam Al Quran menceritakan bahawa Pertolongan Allah yang sebenar adalah apabila Allah membukakan Pintu Hidayat kepada manusia. Manakala maksud kemenangan Ummat Islam adalah apabila manusia kembali ke fitrah Islam secara berbondong-bondong.

Surah AN-NASR yang bermaksud..
(1)Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,
(2)Dan kamu Lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong,
(3)Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat

(tanyak gik ngan guru agama sebab kamek bukan yang faqih)

Itulah hakikat kemenangan. Mendoakan sahabatmu memasuki fitrah Islam secara menyeluruh.. Itulah kemenangan apabila sekeliling mu jauh dari permusuhan dan persengketaan. Itulah objektif Islam. Pernah kamu berdoa sedimikian?

Tapi kak.... Ishhh..

Tidakkah kamu nampak ketika ini siapa yang sedang ketawa? Tidakkah kamu sedar yang dia sedang bersarang menyirna iman di hati? Dan kita secara tidak sedar sedang mengikut rentak tarian kemenangannya?? Dialah yang patut kita singkirkan. Siapa dia?

"Sesungguhnya syaithan adalah musuh bagi kalian, maka sikapi mereka sebagai musuh." (Al-Fathir: 6). Dialah yang patut kamu singkir.

Hatta sesiapapun yang kamu jumpa, maupun fitrahnya, fahamannya, pemikirannya berbeza. Jauhi persengketaan. Singkir-menyingkir bukan budaya kita. Adakah kamu hakim yang diamanahkan untuk menghukum? Adakah kamu mufti yang diamanahkan memfatwakan halal haram? Adakah kamu ulama yang faqih puluhan kitab?. Siapa kamu untuk melawan syura? Siapa kamu untuk memfatwa siapa yang tidak layak dan siapa yang harus disingkir? Siapa kamu untuk medabik menyatakan diri yang lebih benar?! Siapa kamu? Biarlah hanya setitis air mani yang hina, bukan penentang yang nyata!

Kita ditarbiyah untuk menjadi daie. Kita ditarbiyah menjadi pembantu, bukan pembuntu. Kita ditarbiyah untuk membina, bukan menghina. Kita diajar untuk mengajak diri kita dan manusia di sekililng kita kembali kepada fitrah. Kita berdiskusi tetang agama. Mendalami satu atau tiga kitab belum melayakkan kita untuk berkonfrontasi tentang agama. Tidak juga melayakkan kamu gah mendabik dada menyatakan kamu benar dan lain salah. Hanya gah mengeluarkan fatwa di kalangan kawan-kawan tetapi membisu di gelanggang lawan tidak mendatangkan kemenangan pada Islam. Serang biar kena gelanggang!

Ilmu yang kita pelajari itu bukan untuk berdebat. Ilmu yang kita pelajari bukan untuk MENUNJUKKAN diri hebat. Ilmu yang kita pelajari bukan untuk MENUNJUKKAN siapa yang lebih benar. Ilmu yang kita pelajari bukan untuk MENUNJUK-NUNJUK!!

Berkata Al-Hasan:

"Pelajarilah apa yang kamu mahu pelajarinya! Demi Allah! kamu tidak akan diberi pahala oleh Allah sebelum beramal. Sebab orang-orang yang bodoh itu, cita-citanya meriwayatkan ilmu dan orang-orang yang berilmu itu cita-citanya memelihara ilmu dengan amal".

Ya Allah, aku tidak tahu bagaimana pandangan Mu pada diriku..Aku khautir, aku pada PandanganMU seperti mereka yang Engkau firmankan…..


“Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan.


Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.Dan apabila dikatakan kepada mereka: Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman. Mereka menjawab: Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu? Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: Kami telah beriman dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula: Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman).Allah (membalas) memperolok-olok dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayat.Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun).Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran).Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu.”[Al-Baqarah 2: 8-19]Naudzubillahin zalik…

wallahua'lam

(P/s artikel ini adalah pendapat peribadi penulis, tidak mencerminkan pendapat mana-mana pihak lain, kelompok atau persatuan dan bukan juga khusus untuk pihak tertentu) Jika ada sebarang komen, sila emailakn kepada

Thursday, July 2, 2009

Tuesday, June 16, 2009

Wafatnya Penulis Maza Yakni


www.ikhwan-jor.com mengkhabarkan berita yang cukup meruntun jiwa, pulangnya Dr. Fathi Yakan ke pangkuan Allah Taala pada 13 Jun 2009. Beliau meninggal pada usia 76 tahun lantaran sakit.

Berita ini diterima selepas zuhur tadi yang juga disiarkan di aljazeera.net, qudspress.com dan lain-lain. Beritanya adalah seperti berikut:

Pada pagi sabtu, Dr Fathi Yakan telah meninggal dunia di hospital di Lubnan setelah dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lepas kerana menghadapi masalah kesihatan yang teruk. Beliau telah menghembuskan nafasnya terakhir ketika mencapai umur 76 tahun di hospital.

Pihak hospital telah menyatakan bahawa beliau terkena serangan angin ahmar pada otaknya sehingga menyebabkan beliau telah mati klinikal (clinical death). Namun pihak perubatan dan pihak keluarga enggan mencabut alat bantuan hayat dari tubuh beliau.

Siapa yang tidak kenal Dr. Fathi Yakan. Kitab karangannya yang terkenal Apa Erti Saya Menganut Islam (atau lebih terkenal dengan panggilan 'Maza Yakni') menjadi rujukan kebanyakan kumpulan usrah pelbagai wadah.

Kini beliau sudah pergi meninggalkan kita. Permata dakwah ini sudah tiada. Moga-moga akan lahir lebih ramai tokoh dakwah sehebat Dr Fathi Yakan. Ulama agung yang mampu menjulang martabat Islam setinggi-tingginya.


Profil Dr Fathi Yakan

Dr Fathi Yakan ialah ulama dan pendakwah Islam yang terkemuka. Beliau dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam sehinggalah pada tahun 1992.

Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Narul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.

Beliau telah banyak mengarang buku di antaranya Maza Ya'ni Intiami lil Islam, al-Mutasiqituna Fala Toriq Da'wah, Kaifu Nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku.


Sumber: tamanulama.blogspot.com, http://suluhhati.blogspot.com/


“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan merentapnya dari dada manusia. Tetapi Allah mencabut ilmu dengan mematikan Ulama. Apabila tiada lagi ilmuan, maka nantinya manusia akan mengambil pemimpin-pemimpin yang jahil, pemimpin itu ditanya lalu mereka berfatwa tanpa ilmu, maka sesatlah golongan yang bertanya, sebagaimana sesatnya juga golongan yang ditanya” [Hadith riwayat al-Tirmidhi]

Wednesday, June 3, 2009

Let's Get Rock'

I wonder which part of me that is, went a friend described me as 'you're rock'.. Well, here's a song that can 'rock' your iman. Layan zassss..... teng!

Lirik Lagu Naff - Kaulah Hidup Dan Matiku (chord)
Artis : Naff
Judul : Kaulah Hidup Dan Matiku

aku mau hidup denganMu
aku mau mati pun karenaMu
aku mau di sisa waktuku bersamaMu

Kaulah tawaku juga damaiku
Kaulah senyumkujuga bahagiaku
Engkaulah teduhku tempatku bernaung

Kau yang slalu setia menemaniku
meresapkan harumnya cinta di hatiku
Kau yang menyayangiku setulusnya

aku mau hidup denganMu
aku mau hidup denganMu
aku mau matipun karenaMu
aku mau di sisa waktuku bersamaMu
hanya bersamaMu

aku mau hidup denganMu
aku mau mati pun karenaMu
aku mau di sisa waktuku bersamaMu
hanya bersamaMu

aku mau hidup denganMu
aku mau ..
aku mau mati pun karenaMu
aku mau ..


Kaulah hidupku dan juga matiku


Video Musik Naff - Kaulah Hidup Dan Matiku

Who Let Da Cats Out?

Setelah pening kepala membuat simulation for river modelling, aku menyuarakan hasrat kepada sahabatku, ziha. "Jom kita pegi majlis zikir jom.. Majlis zikir kucing.."wink". Bergegaslah kita orang pergi ke tempat kejadian yang mulanya kita orang ingatkan di bangunan DBKU tetapi berubah tempat ke dewan PTPL, BDC..

















-sempat gak tangkap seekor- " wink..Sempat gak temu bual dengan tuannya. Katanya, 'berkawan' denngan kucing ni senang. kuching tak reti nak kecik hati,tak reti nak marah (tak ngumpat, tak dengki : hatiku mencelah) bagi makan jer diaorang dah happy.Quratun a'yun..., penyejuk hati.

Tengok kucing-kucing nih, teringat ngan Abu Hurairah yang sangat menggemari hurairah (kucing) sehingga medapat gelaran sebagai Abu Hurairah, Bapa Kucing. Pernah aku terjumpa satu ilustrasi gambar beliau bersama seekor kucing kecil yang comel sedang tidur di ruang lengan bajunya.

p/s maaflah tak sempat ajak korang pegi sama.

Sunday, May 24, 2009

The Climb

I am not a fan of hannah montanna but a song by miley cyrus, The Climb really motivates me..

The Climb
Miley Cyrus

I can almost see it
That dream I'm dreaming but
There's a voice inside my head sayin,
You'll never reach it,
Every step I'm taking,
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking but I
Got to keep trying
Got to keep my head held high

There's always going to be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes I'm gonna have to lose,
Ain't about how fast I get there,
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

The struggles I'm facing,
The chances I'm taking
Sometimes might knock me down but
No I'm not breaking
I may not know it
But these are the moments that
I'm going to remember most yeah
Just got to keep going
And I,
I got to be strong
Just keep pushing on, cause

There's always going to be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle,
Sometimes I'm gonna have to lose,
Ain't about how fast I get there,
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb (yeah)

There's always going to be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle,
Sometimes I'm gonna have to lose,
Ain't about how fast I get there,
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb (yeah yeah ea ea)

Keep on moving
Keep climbing
Keep the faith baby
It's all about
It's all about
The climb
Keep the faith
Keep your faith




Dengar lagu ni, teringat kisah Yusuf
"Hai anak-anakku, pergilah kamu, maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." Surah Yusuf:87

Monday, April 27, 2009

Di GH Kutemui Tasawuf

Sudah sekian lama aku tidak menjejakkan kaki ke General Hospital (GH). Kali, ini jejakku bukan untuk menemui atau menziarahi doktor, tetapi menziarahi seorang Kakak HELWA yang dimasukkan ke ICU. hmm... walaupun fizikal hospital ini sudah berubah akibat kerja-kerja pengubahsuaian, namun haruman udaranya tetap sama..

Pagi itu, kakak yang kuziarahi dikejarkan ke ICU akibat asma yang teruk sehingga menganggu degupan jantungnya. Namun, Alhamdulillah sakitnya beransur pulih dan pada petang harinya dia dipindahkan ke wad biasa.

Aku memang suka (setelah dipupuk dan disemai) ke hospital. Bukan bermaksud aku gembira atas ujian orang lain. Tetapi, di sini kutemui hakikat mengapa manusia di jadikan dan penghujung semua manusia. Melihat kepada wajah pesakit yang tenang yang redha pada ujian Allah mengingatkan ku kepada perbualan dua orang bersaudara.

Seorang abang telah bertanya kepada adiknya yang menghidap penyakit yang ku tidak pasti. Usianya masih muda. Akibat daripada penyakit yang dialaminya, matanya menjadi juling, jasadnya menjadi lumpuh dan hanya terlantar di kerusi roda. Walaubagaimanapun, dalam kekurangan itu, terkesan ketenangan pada wajahnya.

"Dik, aku kurang mengerti. Mengapa kamu boleh tenang sahaja walaupun dalam keadaan sebegini" Tanya abangnya bernada lembut untuk memancing isi hatinya.

Jawabnya,
"Bang, aku tahu penyakitku ini sukar dicari ubatnya dan Allah telah mentakdirkan aku tidak dapat beramal dengan jasadku (tidak dapat melakukan amalan yang melibatkan pergerakan anggota badan spt bersedekah, mengajar ilmu dll). Maka dengan ilmuku yang sedikit, aku cuba mmupuk hati menjadi redha pada ketentuan yang Allah telah takdirkan untukku. Jika ujian ini petanda kepada penghujung usiaku, ku harap inilah amalan yang terbaik dapat kubawa menghadapNya"

Hati abangnya tersentuh dan dia terus memeluk dan menciumnya.

"Bang, jika aku mati, matiku ini bukan kerana penyakitku. Tetapi kerana pinjaman Allah kepadaku sudah cukup tempohnya." Bisiknya lemah.

"Bang, aku, kamu, umi dan walid berusaha bersama di sini (dunia), dan aku harap kita kekal bersama di sana (syurga)" Bisiknya lagi.

(lebih kurang beginilah isi perbualannya namun lenggok gaya bahasanya telah ku touch up ))

Setelah beberapa tahun, dia meninggal dan abangnya menjadi seorang guru agama,mungin kesan daripada adiknya.

Perbualan ringkas itu memberi kesan bermakna dalam hidupku. Perbualan ringkas yang sarat dengan tasawuf...

Wednesday, April 15, 2009

Activation

Foooooouhhhhh...... Bersawang-sawang dan berdebu blog ni. Begitulah gambaran para pembaca jika blog dapat dilihat dalam bentuk 3 D. 3 months passed since my last update.. opss... PPSMI!!! tergambar teriakan adik-adikku apabila bahasa asing terpancul di mulut... gomenne... hehehe
Aku sedang berada di lab komputer unimas dan dikelilingi dengan komputer yang jumlahnya lebih banyak daripada manusia. Sementara menunggu penghantaran data dari komputer ke cakara keras luaran (erm external hardisk) yang mengambil masa 20 minit lagi, aku mengisi luang masa ini untuk memperbaharui blog ku.
InsyaAllah, sabtu ini aku dan para sahabat akan melawat saudara baru di Samarahan untuk menjayakan bengkel solat. Jika kalian ada ide untuk diutarakan, saya sangat mengalu-alukan. Jika kalian berminat, tolong maklumkan saya.
Program Bengkel Solat anjuran Urusetia Saudara Kita
Tarikh: 18 April 2009
Tempat: Samarahan
Masa: 8pg - 4 ptg.

saya dah ajak nih!

Cintai Mereka, Jangan Disakiti Hatinya...

Oleh: Aishah Munirah
Macam-macam yang dibualkan dengan Mak dalam perjalanan dari Sri Aman ke Kuching sambil memandu kereta kelisa saya yang baru keluar dari bengkel. Entah bagaimana perbualan tiba-tiba sampai pada topik anak-ibu bapa. Kata mak, sedikit rasa terkilan di sudut hati seorang ibu atau bapa pada anaknya, biarpun tidak terzahir dengan kata-kata dan riak muka bisa mendatangkan bala pada si anak.

Mak mula bercerita tentang kisah benar yang berlaku pada saudaranya di kampung:

“Pernah Si Fulan yang sik puas hati ngan bapak nya yang suka molah maksiat. Nya nasihat bapaknya, disuruh bapak nya bertaubat, sembahyang, jangan molah benda jaik. Bapaknya sik jawab apa-apa..sikda melawan balit, nya diam jak. Sik lamak lepas ya hidup Si Fulan yang senang tiba-tiba jadi susah, semua kerja nya sik menjadi. Lepas beberapa tahun, Si Fulan sik tahan hidup susah macam ya, akhirnya nya mintak ampun benar-benar ngan bapaknya. Sik lamak lepas ya, hidupnya jadi senang macam biasa.” Panjang lebar cerita Mak.

Terus sahaja saya teringat cerita seorang kawan semasa di kampus yang pernah meluahkan kekecewaannya tentang ayahnya yang tidak pernah solat. Dia lantas mengambil tindakan menulis surat lalu menyampaikan sendiri ke tangan ayahnya dengan tujuan memberi nasihat agar ayahnya bersolat. Ayahnya diam membisu tanpa sebarang respons. Sangka teman saya itu, pasti dia telah berjaya mengetuk pintu hati ayahnya untuk kembali kepada Allah.

Tidak lama selepas itu, teman saya tersebut mendatangi saya lagi setelah keputusan End of Block Exam diumumkan. Katanya dia gagal dan terpaksa mengulang tahun pengajian. Saya cuba memberi kata perangsang dan semangat. Teman saya menyambung lagi, “Saya dah cakap kat ayah saya tentang kegagalan saya, awak nak tahu apa ayah saya jawab?” Saya terdiam, menanti sambungan ceritanya. “Itulah balasan kau, kerana sakitkan hati ayah.” Terdiam saya mendengarnya.

Saya terfikir, masakan si ayah sanggup mendoakan keburukan untuk anak, pasti tidak mungkin, tetapi sedikit rasa sakit hati nya atas sikap si anak sahaja sudah cukup untuk mengundang kemurkaan Allah hingga hilang barokah dalam hidup seorang anak.

Si anak yang memahami Islam, yang penuh rasa tulus mengharapkan kebahagian kedua orang tuanya kadang-kadang teruji dengan sikap mereka yang tidak taat pada suruhan Allah serta gemar berbuat maksiat. Si anak yang memahami kepentingan da’wah kadang-kadang lancar dan lantang menghulur nasihat tanpa berfikir adab yang terbaik untuk menyampaikannya hingga mendatangkan rasa terkilan di hati orang tua nya. Apakah si anak yakin bahawa kewajipan dakwahnya telah terlaksana dengan cara yang terbaik?

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” (Surah Al-Isra: Ayat 23)





Jika berkata “ah” sahaja kepada kedua ibu bapa sudah dilarang Allah, masakan menengking ibu bapa dan menyakiti hati mereka dibenarkan-Nya? Semua anak pasti menginginkan yang terbaik untuk ibu bapa, tetapi janganlah merasa megah dengan ilmu dan kelebihan yang ada hingga ada sedetik rasa sombong di hati terhadap keduanya. Rasa sombong ini akhirnya terjelma dari tindakan dan akibatnya menyakiti hati insan yang telah melahirkan, membesarkan dan berkorban segalanya untuk kita.

Jadikanlah teladan akan kisah pemuda yang diangkat darjat di akhirat sebagai jiran Nabi Musa a.s di syurga kerana memuliakan kedua ibu bapanya yang ditukarkan rupa menjadi babi oleh Allah akibat dosa besar mereka.

Jadikanlah sempadan akan kisah Al-Qomah, lelaki ahli ibadah yang mengalami kesukaran sakaratul maut kerana menyinggung perasaan seorang ibu dengan melebihkan si isterinya. Beliau akhirnya mampu melafazkan syahadah dan menghembuskan nafas akhirnya setelah mendapat kemaafan dari ibunya.

Nasihatilah ibu dan ayah dengan cara yang terbaik serta penuh hikmah kerana pendekatan dakwah terhadap keduanya pasti jauh berbeza daripada dakwah terhadap orang biasa yang kita hadapi dalam masyarakat. Betulkanlah niat untuk menasihati keduanya kerana rasa cinta pada mereka dan mengharapkan kebaikan untuk mereka, bukan kerana merasa diri lebih berilmu dan lebih betul daripada kedua orang tua.

Kaedah menasihati ibu bapa:

• Mengunakan pendekatan orang tengah yang dipercayai dan dihormati oleh ibu bapa kita. Contohnya Imam, orang alim yang dihormati dan baik akhlaknya. Ini kerana, secara logiknya seseorang pasti lebih mudah menerima nasihat daripada orang yang dihormatinya dan lebih tinggi kedudukan daripadanya.

• Menasihati sendiri dengan cara yang berkias lagi lemah lembut bergantung pada sifat ibu bapa yang kita fahami. Ini boleh dilakukan melalui cara memuji dan memujuk. Ibu bapa pasti gembira menerima pujian daripada seorang anak. Ibu bapa yang mudah tersentuh dengan sifat manja si anak pula, mudah dinasihati dengan cara memujuk.

• Melalui pemberian hadiah yang menunjukkan ingatan si anak pada ibu bapa dan dalam masa yang sama menjadi isyarat bahawa si anak mengharapkan perubahannya. Contohnya menghadiahkan sejadah pada ayah yang meninggalkan solat atau menghadiahkan tudung pada ibu yang tidak menutup aurat.

• Sentiasa mendoakan kedua orang tua dalam setiap doa yang dilafazkan. Berdoa, berdoa dan berdoa tanpa rasa jemu. Tanamkan pada diri bahawa doa anak yang soleh pasti dimakbulkan Allah.


“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Surah Luqman: Ayat 14-15)

Taatilah keduanya selagi tidak menyebabkan kita menderhakai Allah. Cintailah keduanya dengan hati yang putih suci. Layanilah keduanya dengan penuh kasih sayang dan kelembutan. Jangan sakiti hatinya, kerana syurga kita terletak pada nya….

Lakukanlah segalanya penuh rasa cinta demi mengharap cinta Sang Pencipta.