Wednesday, December 31, 2008

Manusia Berhubung Dengan Perasaan

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
19 Mei 2007

“Ustaz, saya hairan macam mana ustaz kawal kursus yang ustaz anjurkan? Dua tiga orang, cukupkah?”, tanya seorang pelajar kepada saya.

“Emm, menarik juga soalan tu. Ustaz pernah kendalikan kursus untuk pegawai penguatkuasa seramai 72 orang hanya dengan dua tenaga sahaja”, saya cuba menyelak memori semasa bekerja sepenuh masa dengan Fitrah Perkasa.

“Macam mana nak kawal orang ramai macam tu? Kami kalau nak anjurkan kursus, tamrin atau program induksi, paling kurang kena ada 20 orang AJK. Silap-silap sama ramai dengan peserta”, sambung pelajar itu lagi.

Kami ketawa.


Ya, bagi seorang pelajar, mungkin agak menghairankan bagaimana saya dan tenaga kerja Fitrah Perkasa boleh mengendalikan kursus selama 3 Hari 2 Malam, sedangkan nisbah fasilitator dengan peserta ialah 1:25 malah pernah 1:40.

Ia bukanlah soal pelajar atau pekerja. Tetapi cara kita menilai dan melayan kemanusiaan manusia.

“Apabila kursus bermula, kita kena faham yang mungkin 90% daripada peserta itu hadir kerana terpaksa. Hadir kerana diwajibkan oleh syarikat”, saya memulakan perkongsian idea.

“Rasa terpaksa itu selalunya bukan dibuat-buat. Memang setiap seorang peserta itu datang dengan membawa luggage kehidupan masing-masing. Ada yang terpaksa meninggalkan ibu di hospital. Ada yang terpaksa mengupah pemandu teksi untuk mengambil dan menghantar anak di sekolah. Ada yang isteri terpaksa mengambil cuti, dan macam-macam lagi”, saya mahu pelajar ini melihat apa yang tidak diperlihatkan.

KEPEDULIAN

“Ingat tak kepada ungkapan yang ustaz selalu sebut tentang hal ini?”, saya bertanya.

“Apa dia ustaz?”, pelajar itu tidak pasti.

“People don’t care how much you know until they know how much you care! Orang tak peduli sebanyak mana kita tahu, sehinggalah mereka tahu sejauh mana kita peduli”, saya cuba mengingatkan pelajar tersebut.

“Oh, ya saya ingat dah”, katanya sambil tersenyum.

Sesi pertama saya bersama peserta mana-mana kursus, saya dilatih di Fitrah Perkasa supaya mengusahakan keselesaan peserta. Tunjukkan kepada mereka dengan hati yang tulus ikhlas, bahawa kita memahami dan mengambil kira kesusahan masing-masing untuk datang ke program tersebut. Saya perlu tenteramkan peserta dan “cuba mengambil hati mereka”.

“Kursus ini tidak ada agenda cium pokok, makan bubur kulit limau, atau rendam kepala dalam air. Kursus ini kursus tuan-tuan dan puan-puan. Solat 5 kali, makan 6 kali! Anggap sahajalah ia cuti-cuti Malaysia. Jalan-jalan cari…?”, saya mencuba ice-breaking.

“Makannn!!!”, sahut peserta diiringi gelak ketawa mereka.

“Sudah-sudahlah cari makan tu ya. Biarlah kali ini kita jalan-jalan cari ilmu pula!”, saya atau mana-mana sahaja fasilitator Fitrah Perkasa akan berusaha memesrakan diri dengan peserta.

Ketika itu lazimnya peserta ini akan bergurau sesama mereka.

“Ha, tu la nko, asyik fikir makan aje. Malu la sikit kat ustaz!”, kata seorang peserta kepada rakan di sebelahnya.

Saya hanya membiarkan mereka saling bergurau. Tetapi mata saya terus memerhati seorang demi seorang peserta. Siapakah di peringkat itu yang masih sejuk dan beku. Masih masam dan berwajah jemu. Perhatikan… dan camkan orang dan namanya.

Semasa sesi perkenalan selesai, ketika orang sedang makan-makan, saya atau mana-mana fasilitator akan datang secara halus kepada peserta yang pendiam itu, duduk di sebelahnya, dan menawarkan kuih yang diambil.

Bertanyakan nama, rumah di mana dan cuba cari satu dua tajuk yang boleh dijadikan titik perbualan.

“Oh, Encik Zam tinggal di Cheras. Saya pun sama. Cuma saya di Taman Midah. Encik Zam duduk di bahagian Cheras yang mana?”, saya mengusahakan perbualan.

“Saya di Cheras Jaya”, jawab peserta tersebut perlahan.

“Gitu… saya tak tahu sangat Cheras Jaya di sebelah mana. Cuma adalah perasan signboard tu”, saya menyimpulkan persoalan yang dikongsi.

Cukup setakat itu. Apabila dia sudah sudi menjawab soalan yang ditanya, ia sudah cukup baik. Tidak perlu dikorek pada masa itu masalah yang dihadapinya. Simpan di hari kedua nanti. Jangan jadi ‘penceroboh’, menceroboh hidup orang. Cukup sekadar kita tunjukkan dengan perbuatan yang kita ini pedulikan dia. Kehadirannya kita sedari dan telah ditanda dengan perbualan ringkas itu.

Begitulah selalunya.

HASAN AL-BANNA DARI KACA MATA ABBAS AL-SISI

Saya sentiasa ingat kisah yang diceritakan oleh Abbas Al-Sisi di dalam bukunya “Jalan Menuju Hati“ tentang pendekatan Hasan al-Banna di dalam dakwahnya.

Suatu ketika seorang lelaki datang ke pejabat Ikhwan al-Muslimin untuk mendaftar sebagai ahli. Apabila Hasan al-Banna melihatnya, beliau berkata, “Assalamualaikum ya Muhammad”

Lelaki itu amat terkejut. Bagaimanakah Hasan al-Banna tahu namanya. Kata Hasan al-Banna, “aku pernah mendengar rakanmu melaungkan namamu semasa kita di sebuah stesyen keretapi!”

Begitu sekali Hasan al-Banna sensitif dalam memenangi hati manusia di sekitarnya. Ia bukanlah skill yang dibuat-buat, tetapi datang dari jiwa yang mempercayai bahawa manusia berhubung dengan perasaan, bukan formaliti dan ilmu kepandaian. Apatah lagi hubungan paksaan.

SUKA MENGHINA DAN MEMALUKAN PESERTA

Namun saya tidak nafikan, dalam pelbagai program sama ada di peringkat pelajar sehinggalah ke alam pekerjaan, memang ramai yang suka membuat pendekatan memalu dan mendera peserta.

“Minta maaf tuan-tuan dan puan-puan. Di sini tak ada Dato’ dan Datin, tak ada Bos dan Manager, semua jawatan tu gantung kat pintu masuk tu. Di sini, saya bos!”, kata seorang penyelia kursus.

“Kamu semua akan diuji sejauh mana ketahanan fizikal dan mental. Maka jangan nak mengeluh kalau makanan tak seperti yang diharapkan”, kata pengarah sebuah program induksi pelajar.

Lalu peserta dikerah mendengar ceramah sehingga pukul 1 pagi. Kemudian bangun jam 4 untuk Qiamullail. Seterusnya sarapan pagi hanya roti keras cicah air sejuk. Dan makan tengah hari, nasi bubur bercampur kulit oren dan biji kopi.

Apa alasan berbuat demikian?

Mahu membina ketahanan mental.

Ketahanan mental atau masalah mental?

TENTERA LAIN

Saya tidak pasti dan tidak ada membuat kajian, dari manakah datangnya kepercayaan perbuatan memalukan manusia dan mendera fizikal, boleh membawa kepada ketahanan diri yang diperlukan? Di dalam sirah Nabi SAW, yang telah berjaya melahirkan pahlawan yang hebat-hebat, saya tidak ketemu pendekatan mendera mental sebagai pembina jati diri sebaik-baik umat itu. Soal kelasakan, ia mungkin tidak perlu dibuat-buat, kerana memang nature kehidupan Arab itu kasar dan amat mencabar.

Namun saya akui, pendekatan itu sudah pun diterima sebagai sebahagian proses membentuk pasukan keselamatan. Polis, tentera, dan mereka yang seangkatan dengannya. Tentu kelasakan begitu adalah sebahagian daripada proses pembentukan.

Tetapi untuk kursus motivasi, program induksi pelajar baru, atau Tamrin membina kefahaman Islam… perbuatan-perbuatan seperti itu hanya memperbodohkan peserta sahaja. Tambahan pula anda hanya penganjur. Bukan ada kuasa untuk menguatkuasa.

Tidak hairanlah jika program begini memerlukan 20 orang AJK dengan nisbah fasilitator dengan peserta 1:2!

Anda bertindak sebagai pengawal, maka berkawallah anda sepanjang masa.

Kita sibuk melatih kader dakwah agar tahan lasak, akhirnya majoriti kecundang sebab kesenangan hidup, bukannya kerana kepayahan.



INSIDE OUT

Tetapi saya percaya bahawa manusia adalah makhluk yang diciptakan Allah inside-out. Perubahan mesti datang dari dalam. Jika perubahan yang dimahukan itu adalah perubahan sikap, perubahan budaya kerja, semuanya membabitkan soal dalaman manusia. Maka proses mengubah manusia, mesti bersifat manusiawi.

Lihat sahaja gerakan Missionary Kristian. Mereka bukan menyampaikan ilmu tentang Bible tetapi mereka menawarkan kepedulian. Dengan kepedulian itu, ia bisa menarik orang untuk terbuka menerima idea perubahan.

Kepedulian bukan ilmu. Jauh sekali indoktrinasi. Ia adalah sikap dan akhlak seorang fasilitator, penceramah dan guru. Kepedulian itu adalah jelmaan perasaan, dan manusia saling berhubung dengan perasaan… bukannya ilmu.

Orang peduli apa, kamu banyak ilmu sampai ke puncak gunung, kalau kamu tidak berjaya menunjukkan prihatin kamu kepada orang lain.

Bahkan Nabi SAW sendiri dikenang dan dikasihi, adalah atas kasih sayangnya kepada umat. Soal ilmu yang diajar sebagai santapan akal, mungkin 7%, tetapi sentuhan akhlak baginda yang tinggi. Keprihatinan baginda, terserlah di dalam peristiwa baginda pergi melawat wanita Yahudi yang tiba-tiba tidak muncul hari itu untuk seperti biasa menyakiti baginda.

Saya ulangi kembali, “people don”™t care how much you know until they know how much you care!“

Jika anda buat program untuk tunjuk pandai, maka bertarunglah anda dengan tindakan peserta yang memperlekeh, buat dunno, atau membalas kembali hujah anda dengan bidasan yang memalukan diri.

Tetapi jika anda buat program untuk memandaikan peserta mengurus kehidupan, maka berikan keselesaan kepada mereka, tenangkan mereka, menangi hati mereka dan berikan apa yang mereka perlu, bukannya apa yang anda tahu.

Kita mahukan dari peserta itu perHATIan, bukannya perAKALan. Jika hati yang mahu dimenangi, binalah jambatan, bukannya tembok.

JADUAL YANG RIGID

Di antara penyakit pelajar semasa menganjurkan program, mereka sangat rigid dengan kepatuhan masa berdasarkan apa yang dilakarkan di atas kertas jadual program. Walhal jadual masa itu bukannya ada asas pun. Ia tidak dibuat berdasarkan kajian terhadap realiti peserta.

Makan buffet, peserta 100 orang, tempoh masa makan yang diberi ialah 1 jam. Itu tidak realistik namanya. Anda merancang untuk mencacatkan program anda sendiri.

Saya percaya, jadual mesti ada ruang anjal. Dalam jadual asal, kita tetapkan sesi tengah hari bermula pada jam 2:30 petang. Tetapi jika peserta kelihatan penat, kita boleh tawarkan peserta untuk melewatkan sesi itu kepada 3:30 petang supaya mereka sempat tidur sekejap. Cumanya, jika semua orang telah bersetuju begitu, maka semua orang kenalah tidur dan bukannya bersembang atau menonton TV.

Maka ketepatan masa, akan diukur pada masa baru yang telah dipersetujui bersama.



Saya rasa sangat badut apabila memaksa juga peserta mendengar ceramah saya dalam keadaan mereka sudah hilang upaya untuk mendengar.

Apatah lagi, jika pelajar yang menganjurkan Tamrin mahu menjana pemikiran Islam peserta, tetapi alat utama pemikiran itu ialah AKAL dan HATI sudah dimusnahkan oleh tidur yang dipotong-potong, dan hati yang disakit-sakitkan.

Ujian kelasakan fizikal, lakukan pada sesi kelasakan fizikal.

Tetapi mulakan dahulu dengan rombakan akal dan kefahaman. Rasulullah SAW tidak melatih sahabat berlaku lasak. Tetapi input kepercayaan yang teguh, menjadikan mereka lebih lasak dari mana-mana pencapaian sejarah manusia. Seorang wanita pun boleh jadi besi dengan sentuhan yang menjunam ke hati. Tanya sahaja Sumayyah, wanita syahidah pertama… kekuatan apakah yang membolehkan beliau memilih mati?

Itu dalam sejarah. Kita boleh mengeluh jika generasi manusia ini makin kemudian makin ‘manja’. Khususnya di zaman generasi yang sangat bebas berfikir ini. Tetapi itulah realitinya. Nak dimarah pun, generasi hari ini adalah begitu. Mereka mungkin lemah fizikal, tetapi mereka berani dan ganas fikiran.

Keberanian berfikir yang ada pada generasi muda hari ini, tidak membolehkan mereka memaafkan pembodohan secara mudah. Perbuatan mendoktrin dan memaksa idea hanyalah manifestasi kedangkalan penganjur yang gagal memahami bagaimana manusia berubah.

Manusia boleh ada hati sekeras batu. Jika anda mahu memecahkan batu itu, anda boleh mengetuknya dengan penukul. Tetapi jika anda mahu membentuk batu itu, maka ia memerlukan kesabaran seperti air yang sabar menitik ke atas batu, lantas beroleh kejayaan.

Di dalam setiap program, jika gagal mendapatkan kawan sekali pun, janganlah membanyak biakkan lawan.

Hormati maruah manusia, menangi hati mereka, berhubunglah sesama manusia secara manusiawi kerana manusia tidak pernah peduli sebanyak mana yang kamu tahu, hinggalah mereka tahu sejauh mana kamu peduli.

Bina jambatan… bukan tembok yang memisahkan.



Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila Engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. (Aal Imraan 3: 159)

Tuesday, December 9, 2008

Kamu Sentiasa Layak Diuji

“Mak kambing, maafkan saya. Saya nak ambil anak makcik untuk buat rendang ya!” pinta seorang pengusaha ternakan kambing kepada seekor kambing betina tua, yang terpinga-pinga.

Perlukah beliau meminta izin si emak untuk menyembelih si anak?

Tidak perlu.

Hakikatnya, emak kambing, ayah kambing, anak kambing dan seluruh ahli keluarganya adalah milik pengusaha ternakan kambing tersebut. Mahu diambil si emak, mahu diambil si anak, kuasa mutlak ada padanya.

Namun kerana ihsan yang ada pada diri, penternak kambing sentiasa mengambil si kambing dewasa untuk jualan dan sembelihan. Sesekali sahaja keadaan sebaliknya berlaku. Tiada pertikaian, kerana seluruh kandang itu milik dirinya. Manusia yang memberi makan, minum, penjagaan, rawatan, perlindungan dan segala yang diperlukan oleh si kambing untuk hidup sejahtera.

Ada apa di sebalik kisah kambing?

“Katakanlah: Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau siapakah yang memiliki penciptaan, pendengaran dan penglihatan? Siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka akan menjawab: Allah! Maka katakanlah: Mengapa kamu tidak bertakwa kepadaNya?” [Yunus 10: 31]

Mengimani bahawa Allah sebagai RABB, bahawa Dia itu Pencipta alam, Pentadbir alam, Pengatur alam dan Pemilik alam…

Namun, Iman warisan yang tiada nilai pilihan, mungkin tercicir akan hakikat ini. Justeru dalam ‘kesempurnaan’ ibadah dan ritualnya, dia terlupa akan hakikat diri sebagai HAMBA.


HAMBA YANG LUPA


Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji.

“Apa salah anak saya. Mengapa dia yang mati, bukan saya!” kata-kata manusia yang terlupa.

Terlupa bahawa dirinya, anaknya dan seluruh ahli keluarganya, adalah milik mutlaq Allah, Pemilik mutlaq alam ini. Terikatkah Allah kepada peraturan kita bahawa anak yang sepatutnya menghantar ibu bapa ke kubur dan bukan sebaliknya?

AYAT-AYAT CINTA

“Oh, novel itu sangat bagus. Ia panduan bercinta menurut Islam,” komen gadis-gadis Islamik yang jatuh hati dengan novel Habiburrahman El Shirazy.

“Ceritanya indah sekali. Ana kepingin menjadi Fahri,” ulas seorang akh yang larut dalam kisah syahdu di bumi Kinanah itu.

Mana mungkin Habiburrahman El Shirazy menulis sebuah novel, hanya untuk membentangkan soal cinta!

Saya bukan seorang pembaca novel. Namun dek kerana gahnya karya Ayat-ayat Cinta ini, saya gagahkan jua membacanya. Sungguh luar biasa. Filemnya juga ditonton. Bukan sekali tetapi dua.

Tetapi saya tidak melihat novel itu kemuncaknya adalah cinta. Saya tidak jadi ‘mabuk cinta’ membaca bait Ayat-ayat Cinta. Sebaliknya jiwa saya remuk meneman Fahri ketika di dalam penjara, kerana di situlah mesej teragung yang sepatutnya diangkat sebagai muhasabah terbesar ke atas jiwa.

Sama ada rakan sepenjara Fahri itu adalah Profesor Abdur Rauf yang dinukil novel, atau lelaki gila tanpa nama di dalam filem, ungkapannya bagai panahan lintar menampar pipi Fahri, juga saya yang membacanya:

“Allah sedang berbicara kepadamu tentang SABAR dan IKHLAS… SABAR dan IKHLAS itulah Islam”

Ya… kesalahan Fahri adalah pada sangkaan dirinya, bahawa setelah hidup dalam ilmu dan ketaatan, beliau tidak wajar diuji. Beliau itu bersih, suci, bagai yang dimahukan oleh Allah. Apatah lagi ujian itu adalah pada sesuatu yang bertentangan dengan nilai hidupnya. Mana mungkin seorang yang begitu bersih dari menggauli manusia berlawanan jantina, tertuduh dengan sebusuk-busuk fitnah, merogol Nora?

“Apa salah saya kepada Allah???” soalan seorang manusia bernama Fahri, yang tertipu dengan dirinya sendiri.

“Istighfar! Allah sedang memberitahu kamu supaya jangan sombong! Ingat siapa diri kamu!” bicara waras seorang manusia gila.

Itulah beban Ayat-ayat Cinta, bahawa segala tentang Fahri adalah untuk mempotretkan seorang manusia yang sempurna pada ilmu, pada amal, pada ibadahnya kepada Dia. Tetapi ikhlas dan musuh ikhlas itu sulit. Sulit dan tersembunyi bagai semut hitam merayap di atas batu hitam pada malam yang hitam pekat.

MUSIBAH ITU ADA TUJUANNYA

Agar keikhlasan itu dapat dirasa, datanglah segala musibah untuk berbicara, dalam bentuk yang di luar bayangan dan jangkaan kita. Kerana kita manusia yang lupa, bahawa kita semua adalah hamba. Status yang menjadikan kita sentiasa layak untuk diuji, dan diperlakukan apa sahaja oleh Pemilik kita (dengan selautan hikmah). Masakan kita boleh terlupa bahawa sujudnya kita adalah kerana kita hamba, milik Dia?

Lulus ujian itu, meningkatlah darjat kita. Daripada seorang hamba yang kurang baik, kepada hamba yang lebih baik. Namun masih tetap seorang HAMBA.

Buruk sangka, tidak mencari ‘bicara Tuhan’ di sebalik musibah dan berantakan menyelaputi jiwa, binasalah kita sebinasa-binasanya.

Seorang lelaki yang baik, menjaga iman dan beramal soleh, difitnah berzina?

Seorang isteri yang baik, taat, melakukan segala kebaikan untuk kesempurnaan rumahtangga, dihadapkan dengan khianat suami bermain kayu tiga?

Seorang suami yang bertanggungjawab, melakukan kebaikan kepada rumahtangga tak berbelah jiwa, diuji dengan isteri dan anak-anak yang kufur nikmat bernafsu rakus meminta dunia?

Seorang anak yang datang dari sebuah keluarga bahagia, berdepan dengan keluarga mertua yang mengundang sengsara?

Seorang ibu dan seorang bapa, yang sangat menjaga hal ehwal pendidikan dan akhlaq anak-anak mereka, diuji dengan salah seorangnya menjadi pelesit menconteng arang ke muka?

Mengapa semua ini berlaku?

Itulah bicara Allah kepada kamu…

Kamu pernah mendakwa yang kamu menjaga pergaulan adalah KERANA DIA.

Kamu pernah mendakwa bahawa kamu mentaati suami dan menjaga kebajikannya adalah KERANA DIA.

Kamu pernah mendakwa bahawa kamu memelihara isteri dan anak-anak adalah KERANA DIA.

Kamu pernah mendakwa bahawa kamu menjadi anak yang baik adalah KERANA DIA.

Kamu pernah mendakwa baahwa kamu menjadi ibu dan bapa yang melaksanakan segala tugasan dengan sempurna adalah KERANA DIA.

LUPA

Tetapi kamu terlupa.

Ketika kamu tidak bergaul bebas, menjaga hubungan, dan berakhlaq baik, kamu terlupa kepada Allah hingga menyangka yang kamu seharusnya menerima yang baik-baik sahaja dalam hidup ini. Bukan cela, bukan hina. Lelaki baik harus lancar memiliki perempuan yang baik.

Ketika kamu mentaati suamimu, menjaga segala keperluannya, kamu terlupa kepada Allah dan meletakkan jangkaan bahawa mencintai sama dengan memiliki, dicintai sama dengan dimiliki.

Tatkala kamu menjaga isteri dan anak-anakmu, kamu lupa kepada Allah hingga kamu sangka itu semua jasa, dan jasa mesti dibalas budi.

Ketika kamu menjadi anak soleh, kamu lupa kepada Dia dan kamu sangka kebaikanmu itu suatu jaminan. Mustahil anak yang baik dikeji manusia ibu dan manusia bapa, biar pun mereka hanya mertua.

Semasa kamu mendidik anak-anak dengan sebaik-baik didikan, kamu lupa kepada Allah lalu mengharap kebaikanmu dikenang dan dibalas mereka, hingga terlupa niat kamu berkaitan Dia.

BAIK DAN MUKHLIS

Garis yang memisahkan di antara seorang manusia yang berlaku baik, dengan seorang manusia yang ikhlas dalam kebaikannya, amat tipis.

Justeru datanglah ujian yang tidak disangka-sangka, untuk menzahirkan keikhlasan itu.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “kami beriman”, sedang mereka tidak diuji? [Al-Ankabut 29: 2]

Maka lelaki soleh yang difitnah zina, maka isteri solehah yang dikhianati suami, maka suami soleh yang dikufuri isteri, maka anak soleh yang disakiti ibu bapa, baik kandung atau mertua, maka ibu bapa solehin yang dikecewakan anak oleh perlakuan buruknya, ketahuilah bahawa ALLAH sedang berbicara kepada kamu.

Bicara untuk menyedarkan kamu, bahawa hati harus puas kerana mengikhlaskan kehambaan kepada-Nya. Bahawa sebaik mana sekali pun ibadah kamu, tanpa JIWA HAMBA, segalanya tidak bermakna.

HAMBA sentiasa sedar dirinya dimiliki dan tidak memiliki.

HAMBA sentiasa sedar dirinya sentiasa layak diuji.

HAMBA sentiasa sedar bahawa lahirnya hanya untuk DIA.

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan tentang diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik - derhaka. [Al-Hasyr 59: 19]

Kita sentiasa layak diuji…

Kerana kita adalah HAMBA.

Justeru hancurkanlah RASA MEMILIKI!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur


p/s apabilaku khabarkan syurga itu dipagari dengan kepayahan,ujian seperti inilah yang kumaksudkan. Tetapi, jiwa merdeka yang memiliki hati saleem bisa merungkai hikmah di sebalik mehnah hingga hanya nikmat yang dirasai..

"Ya Tuhanku, anugerahkan aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau Redai dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh." 27:19

Dicadangkan untuk membaca artikel ini, Kenapa Mentari Cahayanya Malap , Pelik Kerja Tuhan , Usaha dan Takdir

Thursday, November 27, 2008

SiapaYang Sedang Kamu Rindu

(Artikel ini ditulis semasa bulan puasa)
Dalam kedamaian sahur, dan kedinginan sepertiga malam, setelah selesai melabuhkan tahajjud dan kini tenang menjamah makanan …, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Mungkin kita terlupa pada isteri Nabi Musa a.s yang kesejukkan di bawah kaki bukit Tsur, bersama anak-anaknya, yang tabah menunggu suami serta ayah mereka, yang telah pergi mengambil api dari puncak bukit, tapi suami yang di tunggu tak muncul tiba, kerana hakikatnya si suami sudah di lantik menjadi Nabi, dan bermulalah sebuah pengorbanan dalam mencari nikmat berugama..…

Dalam kemeriahan kita berbuka puasa, sedang asyik menjamah makanan dan menjamu selera…, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Barangkali kita terlupa pada Isteri Nabi Ibrahim a.s yang kepanasan dan kehausan, serta kelaparan dan keletihan dalam mencari air di Lembah Safar dan Marwah.. sedang anak masih dalam susuan, lalu tinggalah dua beranak di lembah Mekah tanpa suami di sisi kerana suaminya sedang berkorban dalam mencari nikmat berugama…

Hari ini kita bersolat berlangitkan kipas syiling, dan berdiri di atas karpet yang lembut lagi tebal, serta masjid yang sungguh indah saujana mata, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Mungkin kita terlupa pada Summayah r.aha yang di tombak di kemaluan kerana ugama ini, atau keluarga Yassir yang mati di seksa, atau Nabi zakaria a.s yang di gergaji dan juga Nabi Yahya a,s yang di pancung, semuanya kerana ugama!

Nampaknya, demi ugama, Allah sanggup melihat kekasihNya terkorban dan di korbankan....

Dalam kemeriahan kita semua berbuka puasa, makan bersama kicap cap ‘Bilal’ penyedap rasa, sebenarnya kita telah terlupa pada Bilal bin Rabah yang hidup di seksa, di jemur di padang pasir sedang di dadanya di pasak dengan batu sebesar raksasa, saban malam di cemeti bergilir-gilir pula...

Tak lupa juga akan kita yang berbuka dengan roti Khebbab yang enak dan menyelerakan, danging panggang dan roti pital yang empuk.., sedang Khabbab bin Alarat r.a telah di seksa kerana ugama ini, beliau di seret atas bara api sehingga lemak dan darahnya telah memadamkan bara api.. semuanya kerana ugama.... berkorban dalam mencari nikmat berugama…!

Dalam kedamaian sahur, dan kemeriahan berbuka puasa, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat berugama ini, sebenarnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Jika kamu mahu mengenang cerita dan derita,
Izinkan aku titipkan beberapa lembaran kisah mereka yang telah menderita kerana ugama, berkorban dalam mencari nikmat berugama…!

Pada suatu waktu di saat zaman dan kurun yang terbaik, terdapat cerita seorang sahabat Nabi SAW yang baru kematian isterinya sedang beliau masih mempunyai seorang anak lelaki berusia 5 tahun, namun sahabat ini telah datang berjumpa Nabi SAW untuk menyertai jihad menegakkan ugama Allah...

Nabi menasihatinya supaya duduk di rumah bersama anaknya yang masih kecil itu.., tapi dia mendesak juga untuk menyertai, barangkali beliau telah tercium bau syurga. Dan Nabi Muhammad SAW telah benarkan beliau pergi..

Si anak yang di bernama Basyir ini pun bukan calang calang budak. Walaupun baru berusia 5 tahun telah sanggup berpisah dan di pisahkan demi semata mata kerana agama Allah.

Malahan si anak-anak para sahabat Baginda ini akan saling berbangga terhadap ayah dan bapa mereka yang telah turut sama menyertai peperangan bersama Baginda SAW.

Allah jua yang mencampak kefahaman dalam diri mereka tentang nilai ugama..

Setelah beberapa masa berlalu, terdengarlah khabar berita akan kepulangan tentera islam dari luar kota Madinah, Nun di sana kelihatan segerombolan habuk dan debu yang berterbangan menjulang ke langit kesan hentakan tapak kaki kuda dan unta milik tentera islam.

Di sempadan Madinah, sebaik kuda dan unta menghentikan tapak kakinya, dan dalam suasana debu debuan yang masih berterbangan, si anak-anak sahabat sudah tidak sabar menunggu untuk bertemu dengan bapa-bapa mereka. Dalam larian kasih sayang, Basyir bin Abarkah telah mendahului kesemua perindu yang lain, walaupun usianya baru 5 tahun, tapi beliaulah yang paling maju, katanya: ingin menyergah ayahnya..maklumlah, Mereka baru belajar erti rindu.

Debu debu pun mulai turun ke bumi. Sedikit demi sedikit terpancullah wajah kuda dan wajah unta yang setia.

Dan debu debu pun masih terus turun ke bumi. Sedikit demi sedikit terlihatlah wajah bapa bapa mereka. Maka si anak mula menerkam si bapa, dan bapa mulai menerpa si anak, mereka saling berpelukan menangis gembira melepaskan rindu dendam seolah olah seperti baru terlepas dari hukuman mati. Bapa mana yang tidak rindu pada anak? Anak mana yang tidak gembira bertemu bapa? Lantas terdengar suara takbir di sini sana, memuji Allah sambil menangis kesyukuran..

Memuji Nikmat Allah..

Tidak lama kemudian.. sempadan Madinah itu telah menjadi daerah sepi dan sunyi, yang tinggal hanyalah kesan tapak kaki manusia dan binatang tunggangan. Namun yang terlihat pada waktu dan ketika itu, Basyir budak berumur 5 tahun seorang diri sedang melilau mencari ayahnya. Sudah puas ke kiri dan ke kanan… sudah jauh mata memandang, sudah penat menunggu, namun si ayah yang di rindu, tidak datang-datang!. Tidak kunjung tiba!

Ke mana ayah pergi?
Kenapa masih belum pulang?

Dalam debu debu yang masih tinggal, terlihat satu kelibat lelaki sedang berjalan ke arah Basyir Abarkah budak berumur 5 tahun itu,
Lalu si Basyir menerpa lelaki itu kerana disangkanya bapanya sudah pulang. Namun lelaki itu bukanlah bapanya, sebaliknya lelaki itu adalah Nabi Muhammad SAW .

Lantas Basyir bertanya:
Mana ayah ku?.

Lalu Nabi memalingkan wajahnya ke kanan kerana tidak sanggup untuk berkata kata.
Si Basyir lantas bergerak kekanan Baginda dan terus bertanya:
“Mana ayah ku?”.

Sekali lagi Nabi memalingkan wajahnya ke kiri lantaran tidak sanggup untuk menuturkan kata kata sedang air mata mulai berlinangan di pipi. Si Basyir tidak berputus asa dan terus bergerak ke kiri Baginda.
"Mana ayah ku?”.

Lalu Nabi duduk sama tinggi dan menjawab dengan nada sedih dan pilu sedang tangan baginda di pipi Basyir....

“Anak.., Ayah mu telah syahid.”

Air mata anak terus mengalir hangat, di kala darah yang mengalir dari badan ayahnya sudah lama lenyap di telan bumi....

Dalam kedamaian sahur kita pagi ini, dan kemeriahan berbuka puasa petang nanti, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa di waktu malam, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah… Sesungguhnya mereka telah mewarnai bumi Mekkah dan Madinah dengan darah..

Sekurang-kurangnya, kenanglah pada Basyir budak berumur 5 tahun itu..

Jika kita masih terlupa, biarlah aku ceritakan kisah Mus’ab bin Umair, yang hidup dalam kesempitan telah berjalan melewati Baginda SAW sedang beliau hanya memakai sehelai kain yang telah koyak di beberapa bahagian. Salah satu bahagian yang terkoyak telah di tampal dengan kulit binatang kerana tidak cukup kain, lalu sambil menangis Rasululullah bercerita kisah Mus’ab bin Umair kepada sahabat yang lain, bahawa sebelum islam, Mus’ab bin Umair adalah anak orang kaya dan hidup dalam kemewahan, di sayangi dan di manjai, hidup ditatang bagai minyak yang penuh, pakaiannya sahaja berharga 200 dirham dan hidup dengan penuh perhatian dari ibu bapa. Tapi sebaik beliau memeluk ugama islam, beliau telah di murkai oleh ibu bapa, di ikat dan di kurung, satu hari beliau dapat melepaskan diri dan lari mengikut sahabat Nabi lalu hidup dalam keadaan zuhud dan miskin.

Di hujung pengorbanan, dalam perperangan Uhud, mayatnya di lihat terbujur tanpa ke dua-dua tangan, di potong musuh selangsung tugasnya yang memegang bendera.., dan baginda SAW telah menutup mayatnya dengan kain tapi tidak cukup lalu di tutup dengan daun-daun Izkhar..

Dalam hidangan berbuka puasa yang enak dan meyelerakan, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa di sepertiga malam, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Dan ada juga cerita lain seorang ibu kepada beberapa anak lelaki yang di beritahu tentang kematian suami di medan perang, tentang kematian anak sulung, tentang kematian anak nombor dua dan seterusnya anaknya yang bongsu. bila terdengar semua ahli keluarganya mati di jalan Allah dia masih bertenang, tapi bila mendapat tahu anaknya yang bongsu juga mati , si ibu ini terpegun dan menangis…dia dipujuk orang, supaya bersabar dengan ujian Allah..
Tapi si ibu berkata:
“janganlah kamu semua ucap takziah pada aku, tapi ucapkanlah tahniah kepada aku, …, aku menangis bukan kerana semua ahli keluarga ku telah mati, tapi aku menangis kerana aku sudah tiada anak lelaki lagi untuk di korbankan di jalan Allah.!!!!”

Dalam kerehatan kita bertarawaikh, dan sedang menikmati juadah sejurus lepas solat witir, di sebalik semua nikmat berugama ini, sesungguhnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Seorang sahabat ketika hendak di campak ke dalam api oleh seorang kafir telah menangis sambil berkata:
“aku menangis bukan kerana takut mati, aku menangis kerana aku hanya ada satu nyawa sahaja, seandainya aku mempunyai nyawa sebanyak bulu roma di badanku…maka, satu demi satu akan ku korbankan untuk ugama!!! "
Dalam keseronokkan kita membuat persediaan hari raya, bertepuk tampar, dan saling bergembira, bertakbir di sini sana, di sebalik semua nikmat berugama ini, sesungguhnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Mungkin kita terlupa pada awal kerja Nabi di jalankan, ketika Nabi Muhamad SAW keluar dari rumah dengan baju yang bersih, tapi bila petang nanti pulang, baju Nabi sudah kotor, di jalanan beliau di pukul orang, di sepak terajang dan di baling batu serta najis..,

Dari celah daun pintu Fatimah r.aha anak Nabi mentintai perlakuan ayahandanya yang tercinta, lalu bergenanglah air matanya melihat penderitaan ayahnya, namun sebaik Nabi pulang, lekas-lekas beluau menyampu air mata dan menyambut Baginda dengan senyuman, menyembunyikan kesedihan demi memberi sokongan moral dan sedikit hiburan kepada jiwa luhur bapanya yang teramat tabah itu..

Namun hati anak mana yang tahan melihat ayanya di seksa? Lantas suatu hari beliau telah mengikut di belakang Nabi, melihat perlakuan ayahnya secara langsung, di jalanan beliau melihat ayahnya berdakwah dan di hina, di layan seperti pengemis dan binatang, di sakiti, di caci, di maki, di pukul, dan di baling batu...

Kemuncak penghinaan, ketika Nabi bersolat di hadapan Kaabah, Abu jahal dan sekutunya telah membuang najis dan perut unta ke belakang badan baginda yang sedang sujud.., dengan linangan air mata Fatimah r.aha datang membersihkan najis di badan ayahnya..

Di suatu hari yang lain, Fatimah r.a telah menyambut kepulangan Nabi Muhammad SAW dengan linangan air mata., Lalu Baginda bertanya: kenapa menangis?

Dengan air mata yang bergenang, melihat penderitaan ayahnya, Fatimah r.aha berkata:

“Aku menangis kerana ku lihat telah bertukar warna kulitmu dan kotor pakaianmu.., ”

Nabi menjawab (lebih kurang maksud)
“Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, satu hari nanti, ugama yang aku bawa ini, akan pergi menuju ke setiap rumah walaupun rumah itu berada di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumahseperti tersebarnya malam…”

Maka kita semua pada hari ini, Dalam kedamaian pagi dan ketenangan petang atau kesejahteraan malam, sedang kita menikmati nikmat berugama, mungkin di suatu hari akan datang wakil Nabi mengetuk pintu rumahmu, tidak kira di mana kamu berada, di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumahmu seperti tersebarnya malam… dan bukakanlah pintu hatimu.., kerana mereka sedang mengzahirkan hadith Nabi Muhamad SAW.

Ziarah mereka bukan kerana hari raya, atau kerana menuntut hutang, tapi semata mata kerana Allah, mudah-mudahan kamu dan mereka akan dapat menikmati ruang di bawah arasy berkat amalan ini, dan semoga Allah kasihan pada kamu dan mereka lantaran amalan yang mulia ini lalu mengekalkan kita semua dalam iman, dan menyebarkan hidayat ke seluruh alam, sehingga akhirnya kesemua lelaki akhil baligh dapat minikmati solat berjemaah, dan keseuma wanita akhil baligh dapat menikmati solat di awal waktu serta tutup aurat dengan sempurna, kemudian, anak-anak akan taat perintah ibu bapa, dan isteri-isteri akan taat perintah suami dan semua mahkluk akan taat perintah Allah lalu menyembah Allah dengan cara yang paling layak selayak-layaknya Dia di sembah!...

Sesengguhnya, Dalam kedamaian sahur, dan kemeriahan berbuka puasa, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Selamat menyambut malam Lalatul Qadar, Lalilatul Jaizah, dan selamat menyambut Hari raya..

Hamka
KeretaMayat.
(28 Ramadhan 1428H)

Tuesday, November 25, 2008

RABI'AH AL ADAWIYAH

RABI'AH AL ADAWIYAH Perindu Cinta Allah

Pada Induksi program SHOAW lepas, sahabat memperkenalkan kepadaku teknik membahagikan kumpulan dengan menggunakan pribahasa. Kaedahnya? rahsia.. heheh. Salah satu pribahasa yang diutarakan adalah hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Entah mengapa pribahasa itu mengingatkan daku kepada rintihan seorang ahli sufi wanita, Rabi'ah Al Adawiyah. Rintihnya,
Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu

Rabi’ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.

Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara’ serta zuhud hampir lenyap sama sekali.

Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.

Bapa Rabi’ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi’ah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabi’ah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.

Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabi’ah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba brgantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.

Marilah kita teliti ucapan Rabi’ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:

“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!

“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.

“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.

“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”

Rabi’ah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:

“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan, yang disujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”

Setiap malam begitulah keadaan Rabi’ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi’ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:

“Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.”

Seperkara menarik tentang diri Rabi’ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:

“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”

Rabi’ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi’ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.

Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:

“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”

Antara syairnya yang masyhur berbunyi:

“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”

Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:

“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”

Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.

“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”

Begitulah keadaan kehidupan Rabi’ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi’ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin!

Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula. Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar.”

Bagaimana perasaan kita apabila insan yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan meletakkan kesalahan kepada insan berkenaan? Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini:

“Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan.”

Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur.

Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita.

Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi. Ya Allah, kami memohon kepada Mu agar Engkau mengurniakan kami jiwa yang merdeka sepertimana Engkau merdekakan jiwa Rabi'ah Al Adawiyah daripada penjara dunia.

Rujukan: http://www.geocities.com/SoHo/Museum/2280/am6.htm

Why Do We Read Quran?


Once upon a night in an usrah, a Naqib said "Oneself should not make wild interpretations when reading the tafseer al Quran. The fundamental of its translation should be based on asbabun nuzul".

That statement has created a confusion to one of the members in the usrah. She said, "That's nonsense. It sounds like forbid thinking while reading. Reading Quran without its tafseer, Sis it sounds like a punishment to me! I don't understand Arabic. There's no point reading if you don't understand a word," whispered a sahabiah. "Shhh.. try not to be exaggerated. You miss the 'wild' part, " her sahabiah whispered back.

Why do we read Quran, even if we can't understand a single Arabic word? This is a beautiful story.

An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Quran. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could. One day the grandson asked, “Grandpa! I try to read the Quran just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur'an do?” The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, “Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water.”

The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, “You'll have to move a little faster next time,” and sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead. The old man said, “I don't want a bucket of water; I want a basket of water. You're just not trying hard enough,” and he went out the door to watch the boy try again.

At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, “See Grandpa, it's useless!” “So you think it is useless?” The old man said, “Look at the basket.” The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out.

“Son, that's what happens when you read the Qur'an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives.”

InsyaAllah, Allah looks upon your every single step, efforts that come with sincerity. The sin that made you sad and repentant is more liked by Allah than the good deeds, which turn you arrogant. Meaning, even if you understand Arabic and and read Al Quran not merely because of Allah, it is pointless.

ref: http://suluhhati.blogspot.com/

Thursday, November 20, 2008

Maafkanlah Sahabatmu Kerana Allah


“Akak! Mun kitak molah macam tok, kamek sik maok maafkan kitak!”, amaranku kepada Kak Ni apabila dia menarik-narik kakiku ketika mindaku sedang fokus melakukan kerja. “Ala…Kitak sikkan sampei hati nangga akak dicampakkan Allah ke neraka”, jawabnya sambil tersengih-sengih macam kerang busuk. Aduh! Hati mana yang tidak cair! Entah mengapa, akhir-akhir ini daku sering terimbau kembali kenangan bersama kakak-kakak seperjuanganku (sekarang masing-masing sibuk dengan tugas dan kerjaya masing-masing). Mungkin daku mendambakan layanan sebegitu. Zaman diriku (hanya) sebagai mad’u. Daku merenung kembali cara dan akhlak kakak-kakakku (dari FSKPM, FPSK, FSTS dll) melayan karenah kami. Dialog seharian disulami dengan sirah Nabawi, kekadang amaran dan janji Allah. Jazakumullahu khairan katsira kepada mereka yang merasakan kakak kepadaku.. heh
Asbab persahabatan kami telah mendidik hati-hati kami untuk menghadirkan Allah dan Rasul dalam setiap detik kehidupan, menjadikan Allah dan Rasul lebih berbekas di hati kami (mad'u).
"Mun Rasulullah s.a.w nak, .....,"
" Ingat sik kisah (sirah)......,"
" Da ayat lam Quran madah,....",
"Allah sik suka pada..."
Lebih kurang begitulah dialog seharian kami. Allah dan Rasul s.a.w bukan hanya 'hadir' waktu ketika usrah, tetapi dalam seluruh kehidupan!. Hatta ketika bermesej! Bukan sarat dengan kata-kata pendapat peribadi si fulan (fulan merujuk kepada murabbi) yang akhirnya (secara tidak langsung) mengajak mad'u cenderung mengingati murabbi, meng'idola'kan murabbi, ikut taklid buta kepada murabbi yang akhirnya murabbi lebih berbekas di hati mad'u daripada Allah dan Rasul. Ya Allah, jangan Kau biarkan syaitan memutarbelitkan usaha-usaha dakwah kami..

Persahabatan kami juga tidak maksum yang selamanya cerah. Ada kalanya mendung, guntur, kilat petir panah-memanah. Syaitan pasti mencari-cari ruang dan kesempatan untuk mewujudkan kekeruhan. Tidak kurangnya menyepi. Tetapi, hati kami tetap terikat atas nama ukhuwah fillah, bersahabat kerana Allah. Tika ada yang berkecil hati lalu didekati. Tika seseorang merasai kesusahan, pasti ada yang menghulurkan bantuan. Jika ada yang tersalah langkah, pasti ada yang menegur. Ketika ada yang alpa, pasti ada yang megingatkan. Jika ada yang tidak tahu, pasti ada yang memberitahu. Di sinilah berlakunya proses tafahum selepas proses ta'aruf. Jika ada hubungan di antara dua pihak menjadi keruh, pasti ada pihak ketiga yang menjernihkan, bukan menjadi pengadu domba yang akhirnya menyebabkan putusnya persahabatan! Sedangkan fitnah boleh berlaku kepada Isteri Rasulullah s.a.w, apatah lagi di akhir zaman yang penuh dengan fitnah ini. Selidiki dahulu masalah yang timbul sebelum membuat kesimpulan dan keputusan. Jangan sewenang-wenangnya menghukum sedangkan tiada siapa yang melantikmu menjadi hakim. Fahami sahabatmu itu terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan. Dalam bersahabat, kita pasti akan diuji dengan pelbagai ujian dan dalam ujian ini kita harus mendidik diri untuk bersangka baik, menjadi pemaaf dan sabar. InsyaAllah sifat-sifat ini akan menghakis segala penyakit hati seperti dengki, bersangka buruk dan rasa benci yang boleh merosakkan hati dan persahabatan. (nasihat untuk diri ini juga)

Ukhuwah fillah tidak terjadi dengan sendirinya. Ia perlukan insan-insan yang sedar bahawa tidak sempurna iman seseorang sehingga saudaranya lebih dia cintai daripada dirinya sendiri. Itu semua bermula dengan dirimu. Jadilah yang mendekati, yang menghulurkan, yang menasihati, yang meleraikan pergaduhan, yang mengingatkan kepada Allah dan Rasul. Jadilah seperti ini walaupun ilmumu tidak tinggi setaraf pelajar sekolah agama. Seringkas-ringkas kata “Sesungguhnya Allah bersama kita” yang datang dari hati boleh menenangkan jiwa yang gusar. Pilihlah untuk menjadi sebegini, bukan hanya menanti dan mengharapkan hadirnya sahabat sebegini. Jika mengharapkan hadirnya sahabat sepersis Abu Bakar, maka jadilah sehebat Muhammad.

Beberapa hari yang lepas, Umi menerima mesej daripada seorang adik “… kamek sik maafkan orang ya sebab nya nyakit hati kamek. So, pakey apa kamek nak maafkannya.. huh!”..Hmm…Dalam kesibukan menjadi fasilitator kepada pemimpin-pemimpin di SHOAW, fikiranku terkunci. Hatiku terdetik… “sifat ahli syurga ya adalah pemaaf. Maok sik masuk syurga?”,ku balas dengan persoalan ini.

Ahh… sigh…
Ya Allah… pimpinlah… Ya Rasul..

Pernah suatu hari Rasulullah s.a.w duduk. Para sahabat melihat baginda tertawa hingga kelihatan gigi tengahnya. Umar bertanya, “Apakah yang membuatkan engkau tertawa ya Rasulullah?”. Rasulullah menjawab, “Dua lelaki (dari kalangan) umatku berdebat di hadapan Tuhan. Yang satu berkata, “Ya Tuhan, ambillah untukku kezaliman saudaraku kepadaku!” Tuhan berkata, “Berikan saudaramu kezalimanmu kepadanya!”. Lelaki itu berkata, “Ya Tuhan, aku tidak punya kebaikan lagi.” Allah berkata kepada lelaki yang meminta. “Apakah yang hendak kau perbuat, dia tidak mempunyai kebaikan apa-apa?”, lelaki itu menjawab, “Tuhanku, pikulkan keburukanku kepadanya.” Dari Anas.

Anas berkata, “Rasulullah menangis, berlinang air matanya. Lalu baginda bersabda, “Itulah hari dasyat, di mana orang ingin beban dosanya dipikulkan.” Rasulullah berkata, “Kemudian Allah berkata kepada lelaki yang meminta, “Angkatlah kepalamu, lihatlah syurga.” Lelaki itu mengangkat kepada lalu berkata, “Ya Tuhan, kulihat kota dari perak indah dan gedung-gedung dari emas bertahtakan lukluk. Untuk nabi mana ni? Atau untuk siddiq mana ini? Atau untuk syahid siapa ini?” Allah berkata, “Untuk orang yang memberikan harganya?” Allah berkata, “Kamu memilikinya.” Lelaki itu bertanya lagi, “Apa itu harganya?”, Allah berkata, “Ampunan kepada saudaramu”. Lelaki itu berkata “Aku mengampuninya.” Allah berkata, “Jabatlah tangannya, bawalah ia masuk ke syurga.” Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda ketika itu, “Takutlah kepada Allah, berdamailah kamu kepada sesamamu. Allah mendamaikan sesama mukmin.”

Begitulah situasi yang digambarkan oleh Rasulullah di akhirat kelak. Tatkala salah seorang daripada lelaki itu ingin memikul kezaliman yang diperlakukan oleh sahabatnya terhadapnya, lantas sahabatnya ingin membalas dengan kebaikan sedangkan dirinya tiada kebaikan lagi. Lalu lelaki itu meminta untuk memikul kezaliman yang dia perlakukan kepada sahabatnya. Kedua-duanya tidak mahu membebankan masing-masing lantas berakhir dengan kemaafan dan syurga. Sikkanlah kita kempang maok kawan kita masuk neraka nak? Maka, wahai jiwa yang ingin menjadi ahli syurga, bermaafanlah ….

Wallahua’lam..

Thursday, November 13, 2008

Apa Khabar Hari-hari Dakwahmu, Saudariku?


Apa khabar hari-hari dakwahmu, saudariku? Mungkin hari-hari yang kau lalui penuh dengan ujian dan rintangan. Mungkin kau terpaksa mengorbankan waktu istirehatmu untuk merencanakan kerja2 dakwah. Atau kau terpaksa mengorbankan waktu kuliahmu kerana tidak ada yang bersedia mengalah untuk mengorbankan waktu kuliahnya ketika koordinasi dakwah harus dilakukan segera. Dengan penuh keikhlasan, kau pun bersedia mengikuti jadual rakan-rakanmu yang lain meski harus mengorbankan kepentingan dirimu. Betapa kau percaya bahwa Allah akan sentiasa memberikan pertolongan kepada mereka yang menolong DeenNya.

Apa khabar hari-hari dakwahmu, saudariku? Apakah pertanyaan-pertanyaan penuh nada curiga dari keluargamu masih kerap menemani setiap langkahmu? Betapa pun dalam setiap sujud panjangmu kau tak pernah lalai memohon hidayah untuk keluargamu, terkadang dengan deraian air mata. Tapi kau selalu tersenyum, ceria, dan penuh semangat di kalangan saudarimu yang lain. Seolah tak pernah ada duka menghampiri kehidupanmu. Kau terlihat begitu tegar, bahkan kau kerap menghadiahkan taushiyah yang mampu menguatkan saudarimu yang lain.
Bersama kesulitan selalu ada kemudahan, janji Allah itu membuat engkau begitu kuat dan tegar.


Apa khabar hari-hari dakwahmu, saudariku? Kulihat kau begitu bersahaja, sederhana, dan anggun dengan tudung dan pakaian sederhana yang tak banyak kau miliki. Kau tak pernah iri melihat saudarimu mengenakan pakaian beraneka fesyen, bahkan selalu berganti setiap hari. Selalu rasa syukur yang tergambar dari teduh wajahmu, kau tidak ingin menggunakan pakaian hanya untuk kelihatan moden. Sutera hijau nan indah menjadi impianmu kelak di syurgaNya.

Apa khabar hari-hari dakwahmu, saudariku? Hari-harimu dilewati penuh dengan perencanaan. Tilawah Al-Qur'an nan syahdu selalu kau sempatkan sekalipun di kampus. Dzikirullah tak pernah terlepas dalam setiap harimu. Sering terdengar alunan ayat-ayat Al-Qur'an dari bibirmu ketika kau menghafaz surat cinta dari Illahi. Ketika banyak saudarimu lebih semangat menyenandungkan bait-bait nasyid yang begitu banyak mereka hafal, kau tak pernah tergoda. Subhanallah, kudengar sudah beberapa surah tersimpan di memorimu.

Apa khabar hari-hari dakwahmu, saudariku? Sudahkah engkau menyempatkan diri membaca lara yang menimpa saudaramu di belahan bumi lain? Di Afghanistan, Palestina, Kashmir, Maluku, dan lain-lainnya. Sudahkah kau membaca akhbar dan majalah hari ini? Ataukah kau masih suka membaca buku cerita dan novel cinta yang menjadi santapanmu ketika jahiliyah dulu? Pernahkah kau baca Tafsir Al-Qur'an di rumah ketika tilawah, menekuni buku Fiqh Dakwah, Petunjuk Sepanjang Jalan, dan buku-buku Islam lainnya. Ataukah kau masih menunggu arahan murabbi untuk membukanya?

Apa khabar hari-hari dakwahmu, saudariku? Begitu banyak kewajiban dakwah yang belum tersentuh tanganmu, saudariku. Bagaimana khabar dakwah di kampusmu, di keluargamu, di lingkungan rumahmu, di tempat kerjamu? Sudahkah kau memberikan sumbangan bererti untuk membangun peradaban madani ataukah kau lebih suka menjadi penonton? Pasif, diam, tidak percaya diri, takut menghadapi dunia luar, dan sibuk dengan diri sendiri? Saatnya bangkit dan berjuang saudariku. Mari bersama berjuang membangun generasi pewaris. Jangan tunggu lagi!

Artikel dipetik dari kotasantri.com (versi indonesia)

Tuesday, October 21, 2008

Lepak Tengahari

Tuesday, 21 Oktober 2008
12.00 pm.
UNIMAS Postgraduate Room
Kota Samarahan

I was preparing a slide show for tomorrow's persentation.Tired.. I need a break. Breaking out of tiredness and dunia, my fingers danced gracefully typing my friends' blogs url . My eyes nailed to the computer's screen, reading their entries. Refreshing iman....Suddenly, out of no where... "Hi Kak!!", a voice of a girl in brownish tudung loose my concentration. Aisyah Humairah, affectionally known as Waiz grinned at me. She looks so happy. It is normal for me, receiving visit from juniors in the afternoon. They love to lepak here (PG Room) while waiting for the next class. I smiled back, diverting my concentration to her.

Aisyah a.k.a Waiz :Assalamua'laikum wbt kak!
me: Wa'alaikumussalam w.b.t.

Aisyah a.k.a Waiz : Are you going to be here the whole evening?
me: Yup... InsyaAllah

Aisyah a.k.a Waiz : Can I do my work here?
me: Sure ... :)

and our conversation continues,

Me: Aisyah, may I ask you something?
Aisyah a.k.a Waiz :Sure. Why not.

Me: What do you feel before you embrace Islam?
Aisyah a.k.a Waiz : I feel like there was an empty side (i don't know how to exactly express it in words) but I do feel empty. Every day, i woke up having my breakfast, go to class and came back having my dinner and go to sleep. That was how my lame routine goes.

Me: How did you define that emptiness?
Aisyah a.k.a Waiz :Emptiness.. erm.. emptiness... (thinking)..I felt empty when I didn't have the answer of 'why we (human being) should live and yet, die'. I mean, if we live for searching endless fortune, obviously it i useless in life after death. Then if it is for fame, erm... kak.. you think it yourself.. there is no point too! If it is to find hapiness, you know that it would not last long.

Me: How did you define happiness back then?
Aisyah a.k.a Waiz : Have you ever felt of needing something or someone's attention so badly? (I nod) What do you feel when your wish is granted? I am sure you would feel like 'butterflies flying over your head' (I went.. huh?). Opss sorry, is it sound so artistic? erm... I meant that, you would feel a tremendous happiness that cannot be described in words.

Me: From what you have said, it seems that there is a point to gain hapiness. Isn't that just enough?
Aisyah a.k.a Waiz : But the feeling does not last long. Can you think of something that can last long. Eternal?

Me: Yes.
Aisyah a.k.a Waiz : What is it?

Me: Allah. The only creator that creates the universe and even when the world is at its end, Allah will never die.
Aisyah a.k.a Waiz : That is right! That is in a muslim's point of view. But before I embrance Islam, I didn't have the answer.

Me: Erm... Didn't you believe in God before?
Aisyah a.k.a Waiz :Well, erm.. honestly speaking, no. My way of thinking before was based on logic. Everything needs proof. Seeing is believing. I never met God before and it even goes the same to everyone. So i did not believe in God.

Me: So, what makes you do now?
Aisyah a.k.a Waiz : ... silence... thinking...Erm...Try to think of the electricity. We can feel the benefits out of it, But, can you really see the electricity itself? No, you don’t. It goes the same with God. We never see God but we can feel God's existence. The proof is at your surroundings. Look at the sky....

Time show 1.07 pm.Break for zohor prayer. To be continued...InsyaAllah

Tuesday, October 14, 2008

Lepak Raya

SALAM
Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin. Sudah lama aku tidak mengemaskinikan blog. Bergena kata-kata salah seorang pelayar blogku yang selalu meninggalkan komen yang menarik. Katanya, BIOR ISTIQAMAH, JANGAN TERSEKAT-SEKAT. Geli hati juga apabila membaca pesanan ringkas di shoutbox, berjanggut akak tunggu ni (hehe, can't imagine). Di sinilah kita harus rasa diuji, atas sebab apa kita menulis? adakah kerana manusia atau atas rasa ingin menghasilkan karya untuk dikongsi semata? atau kerana ingin mengejut hati yang tengah tidur atau kerana Diakah? benarkah kerana Dia? wallahua'lam.. bak kata Hamka, ikhlas itu ibarat semut hitam di atas batu yang hitam. Tidak dapat dipastikan melainkan penilaian Allah semata. Teringat kembali perkara yang pernahku tulis dalam entri Perjuangan Dalam Pengajian

‘Kata salah seorang adikku ketika kami membincangkan isu blog. 'Mengapa perlu dicanang kisah diri kepada seluruh dunia?’. Persoalannya membuatku tersenyum dan terfikir bahawa setiap amalan itu adalah dengan niat. Astarghfirullah hal a’zim,ikhlaskanlah niatku Ya Allah. Kisah-kisah ini bukan untuk mencanang diri, tetapi mencanang rasa ketenangan berada dalam agamaNya, mencanang agamaNya, mencanang iktibar tauladan buat semua. Semua ini boleh menjadi investment terbesar di alam barzakh, selagi tinta ini terus dibaca dan tidak hilang dakwatnya (or more appropriate , as long as this blog is not suspended).

AYAT - AYAT CINTA
Raya ini adik-adikku seringkali menjadikan filem ayat-ayat cinta sebagai bahan topik perbualan. Kalau tak silap, filem ini akan disiarkan di kaca TV pada raya ke 10. “Cerita tok sik kedak yang ditulis oleh Habiburrahman El Shirazi. Lakonan Fahri dalam filem ya sik kedak watak Fahri yang kamek imagine dalam novel”, ngomel salah seorang adikku. “Yalah, baca novel nya best agik. Habiburrahman nulis dengan teliti, sangat menyentuh jiwa,” sahut salah seorang daripada mereka. “Hmm, mun watak Fahri dilakokan mena-mena kedak di dalam novel, mungkin rami penonton awwam yang si faham. Even, watak Maria pun sangat mengconfiuskan”, sahut salah seorang kakak PERKEPIS. “Iman dan taqwa sik mungkin dapat dilakonkan walaupun oleh pelakon filem yang terbaik. Mungkin, Habiburrahman telah menulis atas dasar iman dan taqwa, sebab ya penulisannya sangat menyentuh jiwa,” sahutku. Menulis dengan hati akan sampai ke hati. Mereka mengangguk-angguk tanda setuju.

Kita sedang berada zaman dunia tanpa sempadan. Bak kata pensyarahku “Everything is in single touch”. Maksudnya, dengan menekan-nekan computer sahaja sudah mendapat pelbagai maklumat. Dari media massa, internet, input datang dari pelbagai arah. Ada yang benar dan ada yang tidak, terpulang kepada kefahaman dan tafsiran individu. Ada yang mentafsir atas rasa hobi, ataupun atas rasa logik akal dan tidak kurang juga yang mentafsir atas dasar agama. Sesuatu yang dicopkan sebagai Islam di pasaran tidak semestinya seratus peratus benar pada pandangan Allah. Segala-galanya harus dilihat dengan panduan Al-Quran dan As-Sunnah.

Ini termasuklah lagu-lagu nasyid dan lagu ayat-ayat cinta. Seorang yang kukenali menolak lagu ayat-ayat cinta malah dia menolak semua lagu yang tidak berunsurkan Islam (termasuklah lagu nasyid yang tidak Islami). Dalam penafsirannya, lagu itu boleh melalaikan hati. Setiap anggota badan kita akan dipersoalkan di hadapan Allah di akhirat kelak. Seseorang yang mengharapkan perjumpaan dengan Allah, pasti bergetar jiwa bila mendengar dengan ayat ini.

Katakanlah: Sesungguhnya Aku Ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahwa Sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa". barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, Maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan sesuatupun dalam beribadat kepada Tuhannya". Al-Kahfi:110

Begitulah hati yang gentar apabila mendengar firmanNya. Dirinya ingin bertemu dengan Allah dalam keadaan yang sempurna lantas tidak wajar dia menyengutukan atau hadirkan bersama di dalam hati sesuatupun selain Nya. Bagaimana begitu? Takkan dengar lagu, ala sikit jer lagu-lagu nih, tak boleh? Hmmm... agak tidak selaras dengan ikrar kita di dalam solat, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku hidup dan matiku adalah untukMu. Teori semata-mata? Sememangnya hakikatnya begitu. Ya Allah hisablah kami dengan hisab yang mudah!
Mungkin yang tidak mengenalinya akan berpendapat dia seorang yang ekstrim. Taqwa itu hadir apabila seorang hamba bersikap berhati-hati agar tidak melakukan perkara haram dan syubhah (perkara yang tidak jelas halal haramnya). Bagi yang memahami ini akan berpendapat sahabat yang kukenali itu ingin menjaga dirinya agar pertemuannya dengan Allah kelak dalam keadaan sempurna.

Namun begitu, kehebatan manusia adalah pada akalnya. Manusia lurus yang tercatat di dalam sirah bukanlah manusia yang bendul, menerima bulat-bulat atau menolak kemungkaran ringan di sekelilingnya secara tidak berhikmah. Tapi, manusia lurus akan meluruskan bengkang-bengkok di sekelilingnya dan input-input yang diterimannya sebelum disimpan tetap di dalam minda. Mereka lurus dalam agama. Menilai semuanya atas pandangan Allah. Tidak tetap tidak dan ya tetap ya. Haram tetap haram dan halal tetap halal dan antara duanya adalah syubhah. Kelurusan yang bersamanya dengan ilmu, toleransi dan hikmah. Bukan seperti lalang berubah-ubah mengikut tiupan angin.

Ayat-ayat Cinta oleh Rossa

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan
Maafkan jikaku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku pada Mu
Bila bahagia telah menjelma
Seakanku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Tika ku bersujud

Seorang yang ku kenali menyangkakan lagu ini adalah suara hati Maria, ahli kitab dalam filem ayat-ayat cinta yang telah menemui cintanya.
Bila keyakinanku datang. Kasih bukan sekadar cinta .....Seolah-olah hidayahNya datang bersama cinta dan keyakinan.
Pengorbanan cinta yang agung. Ku pertaruhkan ..... Seorang yang kemaruk cinta akan berkorban demi yang dicintainya. Lantas dia berkorban, mempertaruhkan kecintaan (keluarga, harta, pangkat dll) yang dia miliki demi cinta Ilahi.
Maafkan jikaku tak sempurna. Cinta ini tak mungkin ku cegah ....... Walaupun dia sedar pemahamanya tidak sesempurna mereka yang sudah lama bergelar Islam, namun cintaNya tidak mungkin dapat dicegah.
Ayat-ayat cinta bercerita. Cintaku pada Mu .... Apabila dia menelusuri Al-Quran, seolah-olah Al-Quran itu ayat-ayat cinta yang menceritakan kemusykilan yang bermain di mindanya. Seolah-olah menceritakan maksud cintanya kepada Dia.
Bila bahagia telah menjelma. Seakanku bisa hidup lebih lama ... Pasti bahagia mereka yang merasai semua ini.
Namun harus ku tinggalkan cinta. Tika ku bersujud..... Erk !!?? Sangaannya meleset apabila sampai ke ayat akhir. ‘Kenak nya maok tinggalkan cinta ketika bersujud? Nampak gilak cinta ya bukan pake Allah’, protesnya lantas dia meluruskannya menjadi begini, ‘Cintaku kian memuncak, Tika ku bersujud’.
Begitulah tafsirannya. Sangat berbeza dengan maksud sebenar penulis lirik dan komposer lagu. Itulah yang ku maksudkan meluruskan yang bengkok, harus hadir dengan iman serta kefahaman ilmu yang benar. Bagaimana pula kamu mentafsirkannya?

p/s Al Quran dan hadith sikpat lah nak tafsir ikut hati. Kenak nangga juak sebab-sebab kenak Allah dan Rasulullah s.a.w padah camya. Mesti da cerita di sebaliknya. Kenak rujuk asbabun nuzul dan asbabun hadith.

Tuesday, July 29, 2008

Sanah Hilwah




Your Birthdate: July 29



You have the mind of an artist, even if you haven't developed the talent yet.

Expressive and aware, you enjoy finding new ways to share your feelings.

You often feel like you don't fit in - especially in traditional environments.

You have big dreams. The problem is putting those dreams into action.



Your strength: Your vivid imagination



Your weakness: Fear of failure



Your power color: Coral



Your power symbol: Oval



Your power month: November

My IC Name Hidden Meaning

Assalamua'laikum wbt.. As I running my river simulation, Kak Fina, my colleague buged me over this webpage...she asked me to check it out..She was worrying over the mening of her name.Dearest kak Fina.. don't worry dear.. this thing is just SUPERSTICOUS... :)




What (MY IC NAME... heh) Means



You are very intuitive and wise. You understand the world better than most people.

You also have a very active imagination. You often get carried away with your thoughts.

You are prone to a little paranoia and jealousy. You sometimes go overboard in interpreting signals.



You are a very lucky person. Things just always seem to go your way.

And because you're so lucky, you don't really have a lot of worries. You just hope for the best in life.

You're sometimes a little guilty of being greedy. Spread your luck around a little to people who need it.



You are wild, crazy, and a huge rebel. You're always up to something.

You have a ton of energy, and most people can't handle you. You're very intense.

You definitely are a handful, and you're likely to get in trouble. But your kind of trouble is a lot of fun.



You are usually the best at everything ... you strive for perfection.

You are confident, authoritative, and aggressive.

You have the classic "Type A" personality.



You are loving, compassionate, and ruled by your feelings.

You are able to be a foundation for other people... but you still know how to have fun.

Sometimes your emotions weigh you down, but you generally feel free from them.







You tend to be pretty tightly wound. It's easy to get you excited... which can be a good or bad thing.

You have a lot of enthusiasm, but it fades rather quickly. You don't stick with any one thing for very long.

You have the drive to accomplish a lot in a short amount of time. Your biggest problem is making sure you finish the projects you start.



You are friendly, charming, and warm. You get along with almost everyone.

You work hard not to rock the boat. Your easy going attitude brings people together.

At times, you can be a little flaky and irresponsible. But for the important things, you pull it together.















You are a free spirit, and you resent anyone who tries to fence you in.

You are unpredictable, adventurous, and always a little surprising.

You may miss out by not settling down, but you're too busy having fun to care.







You are the total package - suave, sexy, smart, and strong.

You have the whole world under your spell, and you can influence almost everyone you know.

You don't always resist your urges to crush the weak. Just remember, they don't have as much going for them as you do.



You are truly an original person. You have amazing ideas, and the power to carry them out.

Success comes rather easily for you... especially in business and academia.

Some people find you to be selfish and a bit overbearing. You're a strong person.

Friday, July 11, 2008

Apabila Abang Menasihati Adik

Assalamua'laikum w.b.t. Tiada entri yang berat hari ini. Sabtu dan ahad lepas sibuk dengan induksi PMG...Sedang saya melayari blog sahabat2, saya terbaca artikel yang sangat menarik..

Nasihat-menasihati bukanlah sesuatu perkara yang asing, walhal ia adalah perkara yang sangat dituntut dalam Islam seperti mana firman Allah dalam surah Al-Asr:

"... berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran".

Bagaimana jika senario pesan-memesan berlaku di kalangan kanak-kanak dalam lingkungan umur 5 tahun -8 bulan? Comel....Inilah yang berlaku dalam keluarga Dr Yaqeen...

Mengikut ceritanya....
Ketika saya sedang meng'iron' baju, Luqman telah bermain-main dengan alat penyembur air, sambil menyembur-nyemburkan airnya di merata-rata tempat. Habis basah sebahagian daripada 'ironing board' itu. Saya lalu mensihatinya:

Saya: Luqman, tak soleh main air macam tu. Nanti Allah marah, rasul marah, ummi marah, walid marah, semua orang marah nanti.

Luqman: Ooo..Nanti Allah marah ke?

Saya:Iye..

Luqman: Nanti Rasul marah ke?

Saya: Iye..

Luqman: Nanti Ummi marah ke?

Saya:Iye..(dah 3x cakap bende yg sama..ok..)

Luqman: Nanti Waleed marah ke?
Saya: Iye..
Luqman: Nanti semua orang marah ke?

Saya: Iye..(alhamdulillah..akhirnya da selesai)

10 minit kemudian, Syed Iqbal didapati sedang menggigit-gigit selimut di katil yang berdekatan. Lalu, berlakulah dialog antara Syed Luqman dan Syed Iqbal:

Luqman: Iqbal..tak soleh gigit-gigit selimut macam tu. Nanti Allah marah, Rasul marah, Ummi marah, Waleed marah..Abang Luqman marah..semua orang marah nanti.

Iqbal:Da..da..nyum..nyum..(sambil meneruskan aktivitinya menggigit selimut. Saya hanya tersenyum mendengar perbualan mereka.

Syed Luqman dan Syed Iqbal


Cepat sungguh kanak-kanak ini mempelajari sesuatu dan meniru perbuatan ibu bapanya. Yang paling tak tahan, adalah apabila Luqman turut menyelitkan namanya di dalam list 'orang yang akan marah' itu. Oh ya..Luqman telah mula menggunakan perkataan 'Abang' Luqman dan 'Adik' Iqbal sejak akhir-akhir ini..alhamdulillah..semakin matang nampaknya dia:)

Kanak-kanak adalah pemerhati yang paling baik. Mereka dapat mengumpul maklumat walaupun semasa mereka sedang bermain. Pendek kata, mereka boleh bermain dan belajar dalam satu masa. Semasa saya menjadi fasilitator untuk pelajar sekolah rendah semasa program di SRK Tambirat, saya berhadapan dengan situasi yang sangat menarik dan menguji psikologi saya. Bayangkan, semasa sesi Latihan Dalam Kumpulan dan anda sedang menerangkan resional, adik-adik sibuk dalam urusan masing-masing. Ada yang mewarna, melukis, ketawa sedangkan sewaktu itu anda sedang menerangkan sesuatu imput. Tetapi, Maha Suci Allah, mereka boleh mengulang semula isi-isi yang saya sampaikan apabila saya meminta mereka untuk ulang. Begitulah, minda cerdas apabila hati bebas daripada dosa...


Lukisan Adik Syu'aib, 12 Tahun Dari SK Tambirat

Tetapi, isu yang hendak saya bangkitkan bukanlah berkenaan dengan kanak-kanak. Tetapi, budaya nasihat menasihati, tegur-menegur. Budaya ini bukan hanya boleh diamalkan melalui ucapan lidah tetapi juga melalui perbuatan. Antara contohnya adalah kisah husin dan hasan yang menegur seorang orang tua yang tersilap tertib wudu'. Tanpa menyuarakan kepada orang tua itu yang wudu'nya salah, mereka men'demo' kembali wudu' sehingga lelaki tua itu sedar akan kesilapannya. Itulah antara salah satu konsep menegur.

Akhlak yang baik itu adalah salah satu uslub menasihati. Malah ia adalah modus operandi yang paling hebat di zaman Rasulullah s.a.w. Bukan teknologi canggih, ceramah yang gah-gah atau penulisan blog yang membawa kepada kemenangan ummat Islam pada zaman itu, tetapi akhlak Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Akhlak merekalah antara asbab kemenangan Islam. Akhlak mereka telah "menyuarakan" Islam kepada masyarakat menyebabkan hati-hati pilihan Allah di zamannya yakin, tunduk dan patuh kepada Islam. Itulah 'suara' yang paling berkesan dan secara tidak langsung menjadi ikutan mad'u.

Sistem pentarbiyahan bukan terikat pada program, ataupun usrah, ataupun waktu-waktu tertentu. Proses pentarbiyahan Rasulullah s.a.w berlangsung pada keseluruhan waktu. Dari bangun, makan, tidur, saat buntu, saat senggang, saat sibuk hatta saat ketawa, semuanya adalah proses pentarbiyahan kerana sistem nasihat-menasihat yang paling berkesan adalah semasa tidak formal. Begitu juga hendaknya dengan sistem pentarbiyahan qiadah kepada mad'u, ibu bapa kepada anak-anak. Semuanya bermula dengan akhlak diri. Benarlah, Allah tidak akan merubah sesuatu kaum sehingga kaum itu merubah nasibnya sendiri....

wallahua'lam

Wednesday, June 18, 2008

DHA - Sign of Allah's Wisdom

In The Name Of Allah and Rasulullah, Allah's messenger. Ohayo gozaimasu. It is Wednesday morning. The time is 6:42 AM. While waiting to 7;30 am, I am thinking of updating my blog. Unexpected comments in the previous entry makes me chuckle and realise that dunia is full of different types of people. Yet, that makes life wonderful.

O mankind! We created you from a single (pair) of a male and a female, and made you into nations and tribes, that ye may know each other (not that ye may despise (each other). Verily the most honoured of you in the sight of God is (he who is) the most righteous of you. And God has full knowledge and is well acquainted (with all things). Al-Hujurat:13


The harmonious small "hands split" comments in issue Tudung inspires me to share this simple topic of DHA.


DHA.. Ring A Bell?

When I see hyperactive children, they reminded me of someone I know . She would say "Miak kinek tok dah terlebih DHA" and I would reply "Akan datang gonna be tough. Mun miak sik di nurture ngan agama, mungkin leads to jenayah kolar putih. Naudzubillah". Then, she would smile and say "By the time comes, we're gonna be great mothers. InsyaAllah. Amin"



Whoa!! Wait.....what is DHA?? Wll, here something from wikipedia. Chemists define DHA as docosahexaenoic acid ( 22:6(ω-3), all-cis-docosa-4,7,10,13,16,19-hexa-enoic acid; trivial name cervonic acid) is an omega-3 essential fatty acid. It is a carboxylic acid with a 22-carbon chain and six cis double bonds; the first double bond is located at the third carbon from the omega end. DHA is metabolized to form the docosanoids—several families of potent hormones. DHA is a major fatty acid in sperm and brain phospholipids, and especially in the retina.


ENGLISH.. Please..
In other words, DHA is essential for the growth and functional development of the brain in infants or for maintenance of normal brain function in adults. The inclusion of plentiful DHA in the diet improves learning ability, whereas deficiencies of DHA are associated with deficits in learning. DHA is taken up by the brain in preference to other fatty acids. The turnover of DHA in the brain is very fast, more so than is generally realized.
DHA in ALLAH's Creation

Fish oils are rich in DHA. Most of the DHA in fish and more complex organisms originates in photosynthetic and heterotrophic microalgae, and becomes increasingly concentrated in organisms as it moves up the food chain. DHA is also commercially manufactured from microalgae; Crypthecodinium cohnii and another of the genus Schizochytrium.


Most animals make very little DHA through metabolism; however small amounts are manufactured internally through the consumption of α-linolenic acid, an omega-3 fatty acid found in chia, flax, and many other seeds and nuts.

Is It Important?

Decreases in DHA in the brain are associated with cognitive decline during aging and with onset of sporadic Alzheimer disease. The leading cause of death in western nations is cardiovascular disease. Epidemiological studies have shown a strong correlation between fish consumption and reduction in sudden death from myocardial infarction. The reduction is approximately 50% with 200 mg day(-1)of DHA from fish.

Dietary DHA InsyaAllah may reduce the risk of heart disease by reducing the level of blood triglycerides in humans. Low levels of DHA result in reduction of brain serotonin levels and have been associated with ADHD, Alzheimer's disease, and depression, among other diseases, and there is mounting evidence that DHA supplementation may be effective in combating such diseases


Subhanallah. It all started with fish, not scott's emulsion :) . Eat more fish and nuts. They are good supplements for brain. Allah creations are signs of Allah's Wisdom. Don't you think?
p/s Harga minyak berkadar terus dengan harga ikan. Akibatnya, (harga minyak) (mungkin) akan berkadar langsung dengan pengambilan ikan dalam diet pemakanan. Adakah (harga minyak) akan berkadar langsung juga dengan pemikiran rakyat termasuk kerajaan Malaysia? hmm...

Thursday, June 12, 2008

Aurat Wanita- Gine Sebenarnya?



Aurat Wanita dari Firman Allah dan Hadis-hadis Nabi

1. Bulu kening — Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari. Jadi bulu kening iboh dicukur. Rasulullah sik suka dan Allah marah. Let it be. Cantik! :)

2. Kaki (tumit kaki) —"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki. * kalau antunna ada pakai rantai tangan or gelang kaki, elakkan pakai yg ada loceng ( bunyi-bunyian).

3. Wangian — "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinta." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban. Jadi, ada nok kedak iklan TV ya, pompuan key minyak wangi sampey lelaki berpaling kepadanya..sik elok cam ya. Mun popuan, better elakkan makey benda-benda yang bleh distract guys.Iboh diekot gilak mags.

4. Dada — "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "An-Nur : 31 * tudung juga hendaklah tidak jarang yg boleh menampakkan leher ataupun rambut. (refer point no 6) Pakeylah gine2 pun tudung ktk. Cantik. Tapi, perlu labuhkan hingga menutup dada dan sik menampakkan bentuk leher.


Jenis pemakaian yang kurang solehah..

5. Gigi — "Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim. 6. Muka dan leher — "Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu." Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan — "Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan — "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata – "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32. Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An Nur : 31. "Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar. "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian — "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah. "Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu."Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.

13. Rambut — "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang ukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.


sumber gambar
http://www.sempoi02.com/~ramadan/TutupAuratYgBetul_Page_2.jpg
http://www.sempoi02.com/~ramadan/TutupAuratYgBetul_Page_1.jpg

Jadilah wanita solehah, kerana dirimu begitu bahagia. Educate a woman, educate a family