Saturday, July 3, 2010

Pesan Habib

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan Salam Sejahtera Ke Atas Nabi Muhammad s.a.w serta semua para nabi dan rasul sebelumnya.

Pada 23 June lalu telah datang seorang ulama dari yaman ke Sarawak.Habib Muhammad bin Soleh Al-Attas. Antara isi tausiyah yang disampaikan beliau,

Ada wanita yang solat, tapi masih mengumpat dan mengutuk orang lain.


Ada wanita yang solat, tapi dia mengajak suaminya untuk derhaka kepada kedua ibu bapa lelaki tersebut.

Saya ketika itu sedang mengambil wudu' terhenti untuk mendengar tausiyahnya dengan lebih lanjut. Solat yang berkualiti mampu mencegah diri dari melakukan perbuatan mungkar. Formula yang mendidik hati yang akhirnya mengerakkan jasad untuk takut melakukan perkara yang tidak disukaiNya.

Apabila diutarakan ayat yang kedua, daku terfikir sejenak. Seseorang yang menyayangi hambaNya kerana Nya tentu tidak akan tegar untuk melihat yang dicintainya melakukan perbuatan yang tidak disukai Allah. Apatah lagi mengajaknya untuk melakukan perkara yang mengundang kemarahan Allah. "Kalo saya cinta seseorang, saya akan cinta dia di dunia dan di akhirat". Kata-kata keramat yang sering ku utarakan kepada adik-adik. Itulah yang aku maksudkan apabila aku menyatakan sedemikian. Mencintai seseorang dengan mengajaknya melakukan perkara yang disukai Nya supaya kita tidak tergolong dalam satu golongan yang ada di akhirat kelak. Iaitu golongan yang di dunia mereka bercinta tetapi di akhirat, mereka bermusuhan. Naudzubillah

Ukhi bukh fillah.. :)
Itu yang ku maksudkan, bukan cinta yang melampaui batas atau cinta yang terlalu cinta