Wednesday, July 29, 2009

Muhasabah Cinta

Muhasabah Cinta
Album : Munsyid : EdCoustichttp://liriknasyid.com
Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan...
Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Reff. :Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....Muhasabah cintaku...Tuhan...
Kuatkan akuLindungiku dari putus asa
Jika ku harus matiPertemukan aku denganMu

Friday, July 10, 2009

PPSMI Dimansuh

Tingkat pengajaran bahasa Melayu, tanpa ketepi bahasa Inggeris KUALA LUMPUR: Isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang mendapat bantahan beberapa pihak, terutama pejuang bahasa dijangka berakhir berikutan keputusan kerajaan memansuhkan dasar itu. Sebagai ganti, kerajaan akan mengumumkan strategi yang lebih menyeluruh untuk meningkatkan pengajaran bahasa Melayu dan pada masa sama tidak mengetepikan kepentingan bahasa Inggeris di semua peringkat sekolah. Menurut sumber, dasar baru itu dijangka bermula pada 2012 dan akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet hari ini untuk kelulusan.

Antara langkah yang dijangka diumumkan kerajaan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris adalah menambah bilangan guru dan waktu pelajaran bahasa itu di sekolah, memperkenalkan subjek baru serta merapatkan jurang perbezaan pencapaian murid luar bandar dan dalam bandar. Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika diminta mengulas perkara itu, berkata beliau akan mengumumkan keputusan muktamad kerajaan selepas membentangkannya kepada Kabinet tetapi enggan menyatakan butirannya. Beliau yang juga juga Menteri Pelajaran, berkata keputusan itu dibuat selepas kajian teliti termasuk perbincangan dengan pelbagai badan atau pertubuhan berkaitan pendidikan.

"Tunggulah esok (hari ini). Saya sudah mengemukakan memorandum kepada Kabinet mengenai kedudukan PPSMI dan apa yang telah dilaksanakan dan bagaimana kedudukan penguasaan bahasa Inggeris serta subjek Sains dan Matematik sejak kita melaksanakan dasar itu," katanya selepas melancarkan Projek Gerak Bakti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), di Kompleks Seri Pekembar Pagoh, dekat Muar, semalam. Beliau berkata, kementerian sudah membuat banyak kajian dan menemui pelbagai hasil termasuk prospek masa depan PPSMI sebelum dibentangkan kepada Kabinet. "Antara yang diteliti dan menjadi perkara pokok ialah bagaimana kita meneruskan usaha memartabatkan Bahasa Kebangsaan, di samping memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris," katanya. Beliau juga berkata, keputusan mengenai kedudukan PPSMI tidak dibuat secara terburu-buru dan bukan kerana desakan serta tekanan mana-mana pihak, sebaliknya ia berdasarkan kepentingan pelajar dan keutamaan untuk mempertingkatkan sistem pendidikan negara.

Ditanya sama ada keputusan itu adalah yang terakhir dan tiada lagi kajian selepas ini, Muhyiddin berkata pihaknya sudah menerima pandangan mengenai PPSMI sejak bertahun-tahun lalu dan sepatutnya sudah ada keputusan muktamad dicapai. Beliau turut mengakui mengadakan perbincangan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjelaskan kedudukan PBSMI dan membentangkannya kepada Majlis Tertinggi Umno untuk mendapatkan input daripada pimpinan parti. Katanya, wakil parti komponen Barisan Nasional (BN) juga akan menyuarakan pendapat pada mesyuarat Kabinet.

Friday, July 3, 2009

Siapa Yang Harus Disingkir?

Saya tergerak hati untuk menulis artikel ini apabila terbaca dialog di shout box saya. Saya berseloroh di dalam hati "ada juak urang agak blog bersawang tok. shoooooh, (buru labah2)". hehehe. Tercetus insipirasi daripada artikel oleh seorang sahabat yang bergelar 'kereta mayat' yang pernah saya baca.

Dalam artikelnya, dia telah mempersoalkan bantuan Allah yang bagaimana kita harapkan apabila melihat kekejaman tentera zeonis terhadap rakyat palastin. Adakah kita mengharapkan bantuan Allah dengan mendoakan kehancuran Yahudi?

Ini telah membuat saya terfikir, apakah apabila kita melihat penyelewengan berleluasa maupun penyelewengan dari segi fitrah, akhlak dan akidah, kamu berharap mereka ini disingkirkan. Dan apabila mereka ini ternyata disingkir, itukah hakikatnya bantuan Allah? Adakah kamu berfikiran begitu? Apakah betul bantuan Allah yang kamu pinta?

Renungkan kembali, pada 1400 tahun yang lalu siapa yang di singkir dan siapa yang menyingkir? Siapa yang diboikot dan siapa yang memboikot? Pada ketika itu, berbahagia mereka yang telah diperlakukan daripada mereka yang melakukan. Dan kita imbas kembali gelaran apakan yang diwartakan sejarah kepada sekelompok manusia yang berkumpul untuk melantik pemimpin ketika para sahabat sibuk menguruskan jenazah Rasulullah s.a.w?. Golongan ini pernah menentang syura. Gelaran apakah? Tanyalah kepada ustaz..Jika kurang faham apa itu syura dan bagaimana kisah sebenar sejarah di atas, sila tanya ustaz.

Merujuk kepada artikel sahabat saya itu, dia bertanya,

Kamu tahu apa itu pertolongan Allah yang sebenar?, Pertolongan yang kamu patut minta siang dan malam?


Kamu tahu? Pertolongan bagaimanakah yang harus dipinta berkenaan dengan isu palestin?


Tapi, dak Yahudi tok nang patut dihancurkan, Sidak tok perang berdarah ngan dak Palestin. Nang patut kita doakan cidak tok masok neraka.


Betul. Tapi, ‘Pertolongan Allah’ yang bagaimana yang kamu mahu, dalam bentuk apakah sebenarnya pertolongan Allah yang kamu mahu? , adakah dalam bentuk “orang kafir itu mati masuk neraka dan kamu mahu cepatkan mereka masuk neraka melalui pertolongan Allah menghancurkan mereka?!!”


Kamu tahu apa itu pertolongan Allah yang sebenar?, Pertolongan yang kamu patut minta siang dan malam?
Kamu tahu?


Dan adakah kamu tahu apakah maksud kemenangan dalam islam?
Apakah itu maksud kemenangan dalam islam?
Berjaya bunuh orang kafir?, Berjaya mufliskan mereka?, Berjaya menyingkirkan mereka yang KAMU SANGKA menjadi duri dalam daging ? Berjaya menyingkirkan mereka yang KAMU SANGKA tidak layak?

Dalam Al Quran menceritakan bahawa Pertolongan Allah yang sebenar adalah apabila Allah membukakan Pintu Hidayat kepada manusia. Manakala maksud kemenangan Ummat Islam adalah apabila manusia kembali ke fitrah Islam secara berbondong-bondong.

Surah AN-NASR yang bermaksud..
(1)Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,
(2)Dan kamu Lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong,
(3)Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat

(tanyak gik ngan guru agama sebab kamek bukan yang faqih)

Itulah hakikat kemenangan. Mendoakan sahabatmu memasuki fitrah Islam secara menyeluruh.. Itulah kemenangan apabila sekeliling mu jauh dari permusuhan dan persengketaan. Itulah objektif Islam. Pernah kamu berdoa sedimikian?

Tapi kak.... Ishhh..

Tidakkah kamu nampak ketika ini siapa yang sedang ketawa? Tidakkah kamu sedar yang dia sedang bersarang menyirna iman di hati? Dan kita secara tidak sedar sedang mengikut rentak tarian kemenangannya?? Dialah yang patut kita singkirkan. Siapa dia?

"Sesungguhnya syaithan adalah musuh bagi kalian, maka sikapi mereka sebagai musuh." (Al-Fathir: 6). Dialah yang patut kamu singkir.

Hatta sesiapapun yang kamu jumpa, maupun fitrahnya, fahamannya, pemikirannya berbeza. Jauhi persengketaan. Singkir-menyingkir bukan budaya kita. Adakah kamu hakim yang diamanahkan untuk menghukum? Adakah kamu mufti yang diamanahkan memfatwakan halal haram? Adakah kamu ulama yang faqih puluhan kitab?. Siapa kamu untuk melawan syura? Siapa kamu untuk memfatwa siapa yang tidak layak dan siapa yang harus disingkir? Siapa kamu untuk medabik menyatakan diri yang lebih benar?! Siapa kamu? Biarlah hanya setitis air mani yang hina, bukan penentang yang nyata!

Kita ditarbiyah untuk menjadi daie. Kita ditarbiyah menjadi pembantu, bukan pembuntu. Kita ditarbiyah untuk membina, bukan menghina. Kita diajar untuk mengajak diri kita dan manusia di sekililng kita kembali kepada fitrah. Kita berdiskusi tetang agama. Mendalami satu atau tiga kitab belum melayakkan kita untuk berkonfrontasi tentang agama. Tidak juga melayakkan kamu gah mendabik dada menyatakan kamu benar dan lain salah. Hanya gah mengeluarkan fatwa di kalangan kawan-kawan tetapi membisu di gelanggang lawan tidak mendatangkan kemenangan pada Islam. Serang biar kena gelanggang!

Ilmu yang kita pelajari itu bukan untuk berdebat. Ilmu yang kita pelajari bukan untuk MENUNJUKKAN diri hebat. Ilmu yang kita pelajari bukan untuk MENUNJUKKAN siapa yang lebih benar. Ilmu yang kita pelajari bukan untuk MENUNJUK-NUNJUK!!

Berkata Al-Hasan:

"Pelajarilah apa yang kamu mahu pelajarinya! Demi Allah! kamu tidak akan diberi pahala oleh Allah sebelum beramal. Sebab orang-orang yang bodoh itu, cita-citanya meriwayatkan ilmu dan orang-orang yang berilmu itu cita-citanya memelihara ilmu dengan amal".

Ya Allah, aku tidak tahu bagaimana pandangan Mu pada diriku..Aku khautir, aku pada PandanganMU seperti mereka yang Engkau firmankan…..


“Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan.


Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.Dan apabila dikatakan kepada mereka: Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman. Mereka menjawab: Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu? Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: Kami telah beriman dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula: Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman).Allah (membalas) memperolok-olok dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayat.Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun).Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran).Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu.”[Al-Baqarah 2: 8-19]Naudzubillahin zalik…

wallahua'lam

(P/s artikel ini adalah pendapat peribadi penulis, tidak mencerminkan pendapat mana-mana pihak lain, kelompok atau persatuan dan bukan juga khusus untuk pihak tertentu) Jika ada sebarang komen, sila emailakn kepada

Thursday, July 2, 2009