Monday, March 24, 2008

Ku Jatuh Cinta Untuk Ke Berapa Kalinya

23 March 2008, 11.24pm

bukan dia dan bukan daku


Sejak akhir-akhir ini, nama itu seringkali menjadi sebutan. Apatah lagi di bibir adik-adik seperjuanganku. Daku jatuh cinta pada dia. Ini bukanlah kali pertama. Untuk ke berapa kalinya, entah, daku tidak pasti. Soalan demi soalan bermain di minda. Sudikah dia menerima cintaku? Bisakah diri ini mempunyai kekuatan melafazkan rasa hati ini kepadanya? Gusar hati ini memikirkannya.

Dia yang kucintai. Wajahnya tidak sunyi dengan senyuman, bisa menenangkan hati setiap mata yang memandang. Redup renungan matanya tersembunyi seribu satu rahsia. Tutur katanya sarat dengan kata-kata motivasi yang pasti membangkitkan semangat yang lesu. Setiap baris bicaranya pasti membenihkan pengharapan kepada hati yang berputus asa. Tingkah lakunya amat teliti disulami pengorbanan. Sikapnya amat menenangkan hati setiap insan yang cuba mendekatinya. Ini amat diakui oleh adik-adik seperjuanganku. Bak kata salah seorang adikku “Penerimaan (setuju) tanpa bahas,”. Kata-katanya menyebabkan diriku tersenyum, rasanya bahang muktamar masih belum surut.

BERMULA DENGAN SEEKOR KALA JENGKING



Cinta berputik tika dia menyelamatkan seekor kala jengking dari permukaan air. Dihulurkannya ranting kayu mengharapkan kala itu berpaut di situ. Berkali-kali dihulur, tetapi sering kali kala itu membalas dengan cubaan untuk menyengatnya. Tindakannya menimbulkan tanda tanya, lantaran yang memerhati bertanya, ‘mengapakah masih ingin diselamatkan kala jengking itu? bukankah sudah berkali ia ia cuba menyengatmu?’. Dengan tenang dia menjawabnya “ia (kala jengking itu) berakhlak dengan akhlaknya dan daku berakhlak dengan akhlakku”.

Tersentuh hatiku tika terkenangkan jawapannya. Terdetik di hati, sudahkah daku berakhlak dengan akhlakku?. Benar kala jengking Allah ciptakan dengan sifat semulajadinya menyengat jika dia dalam keadaan bahaya. Atas keterbatasan akal seekor haiwan, tidak bisa membezakan antara bahaya dan bantuan. Tetapi Allah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian yang dilengkapkan dengan akal untuk membezakan yang benar dengan yang salah. Manusia yang sebaik-baik kejadiannya adalah manusia yang sembahyang sujud tunduk dan patuh pada Tuhannya hingga mengatakan “Ya Allah, kami dengar dan kami taat”. Jika tidak, maka belum sempurna sifat hakikat kejadiannya.


DIA DAN LIMAU



Pernah sekali dia memakan kesemua limau yang sangat masam pemberian seorang wanita tua non muslim. Mukanya tidak berkerut sedikit pun demi menjaga hati wanita tua tersebut. Kawan-kawannya memerhatikan dengan wajah hampa kerana kempunan. Peristiwa itu seringkali membuat daku tergelak kecil tika terkenangkannya. Mungkin diri ini akan mengerut setiap otot-otot muka jika berada di tempatnya. Itulah dia yang kurindui, setiap tingkah lakunya amat teliti untuk membahagiakan setiap insan yang cuba mendekatinya. Sikap yang memerlukan pengorbanan untukku teladani.


Maha Adilnya Allah mengurniakannya sahabat karib yang sanggup berkorban diri untuknya. Pernah sahabtnya merelakan dirinya dipatuk ular ketika dia yang kurindui tidur lena di pangkuannya. Kasih sungguh sahabatnya kepadanya hinggakan tidak mahu menggangu tidurnya. Bisakah daku menjadi seperti sahabatnya itu? Itulah cinta dua lelaki. Cinta yang mungkin di akhir zaman ini disalahertikan sebagai gay. Tapi, demi Allah, tidak sempurna iman seseorang sehingga dia menyintai saudaranya melebihi cintanya kepada diri sendiri. Bukan cinta wanita kepada lelaki ajnabi hingga meletakkan wala’ tanpa mahar!! Bukan Cinta perempuan dan lelaki mahram tanpa ikatan perkahwinan hingga meletakkan ketaatan kepada lelaki tersebut. Dia mengajarku erti memberi tanpa mengharap pembalasan. Daripadanya jua ku belajar erti pengorbanan dan hakikat persahabatan.

GILAKAH?



Itulah dia yang sudah sekian lama ingin ku ketuk pintu hatinya. Cintaku semakin menjalar ke tiap urat nadi. Sudikah dia menerima cintaku? Soalan ini, daku tidak pasti jawapannya sungguhpun dia telah lama pergi. Gilakah jika mengharapkan cinta seorang lelaki yang telah mati? Sehingga kini kutangisi pemergiannya. Pemergian yang hakiki kerana cinta Ilahi. Bukan kehadiran jasad yang ku harapkan. Tapi, setiap pengharapannya, kata-katanya, semangatnya. Semua itu kuharapkan kesaksianku.

Itulah coretan kisah dia yang telah pergi. Coretan kisah yang hanya kubaca daripada buku dan akhirnya membenihkan rasa cinta. Setiap coretan kisahnya seolah-olah meniti hidupku. Tika ku memandang langit, terdengar seolah-olah dirinya menyatakan “tidak Dia ciptakan semua ini dengan sia-sia”. Tika diriku ditimpa musibah, ku teringat rintihannya “Ya Allah daripadaMu musibah ini datang dan kepadaMu ia kembali maka Kau gantikanlah ia dengan yang lebih baik daripada dunia dan seisinya”. Tika diriku memangku kanak-kanak di pangkuanku, seolah-olah terdengar bisikannya “Ya Allah, Engkau sayangilah anak ini sepertimana aku menyayanginya”. Tika diriku memandang kepada yang bukan Islam seolah-olah kedengaran bicaranya “Ya Allah.Sesungguhnya mereka tidak mengetahui dan Engkau lahirkanlah di kalangan mereka hambamu yang taat.” Tika diri dilanda penyakit malas, seolah-olah bergema kata-katanya “Demi dzat yang jiwamu di Tangannya!”. Tika ku memandang gelagat manusia, daku terbayangkan bibirnya mengungkap “ummati…ummmati” (ummatku. .Ummatku…). Ya Allah, hatinya sarat dengan ayat-ayat cinta! Mana mungkin tidak diri ini jatuh cinta.



KASIH DAN SAYANGNYA DIRASAI

Tika diriku menaiki kenderaan ke satu destinasi, daku terkenangkan perjalanannya ke taif. Tika diriku melihat lebihan makanan yang tidak terhabis, daku teringat dirinya tika dia berkongsi sebiji kurma bersama-sama sahabatnya. Tika diriku makan KFC, daku terkenang dirinya mengikat batu kelikir di perut kerana menahan lapar. Tika diriku tidur keletihan di atas tilam, ku terkenangkan dirinya yang tidur keletihan di atas pelepah tamar. Tika diriku mencari-cari selipar baru untuk menggantikan seliparku yang telah putus, daku terbayangkan kasutnya yang lusuh, bertampung dan mungkin sudah bertahun tidak berganti. Tika kata-kata manusia di sekeliligku menyebabkan diriku tertawa, ku terkenangkan kata-kata manusia di sekelilingnya ketika dia menyeru mereka kepada Allah. Ya Allah! Sungguh berbeza dibandingkan hidupku dengan hidupnya. Ibarat langit dan bumi. Sedangkan dia Engkau lebih cintai daripada diriku. Sudikah dia menerima cintaku? Sudikah dia mengaku diriku ummat? Sedangkan hanya selawat lafaz cintaku.

Wahai dirimu yang ku rindui. Alangkah indahnya hidup ini andai dapat kutatap wajahmu. Kan pasti mengalir air mataku memandang wajah ketenangmu yang terpancar di sebalik bebanan pengorbanan. Ku jatuh cinta kepada sekeping hati milik Allah yang dipinjamkan kepada hambaNya bernama Muhammad bin Abdullah, Rasulullah s.a.w. Dengan namaMu ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Wahai Allah, Rahmatilah dan kurniakanlah kesejahteraan dan berkatilah penghulu kami Muhammad dan ke atas ahli keluarganya sebanyak mana bilangan kemuliaan Allah dan sebagaimana sepadan dengan kemuliaannya.

Hamas, 23 March 2008, 11.24pm
.

Tuesday, March 18, 2008

UNIMAS diserang VIRUS

20 pelajar Unimas dijangkiti enterovirus
Oleh M Hifzuddin Ikhsan

KUCHING: Sekurang-kurangnya 20 pelajar Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) terpaksa dikuarantin di kolej kediaman masing-masing berikutan dijangkiti enterovirus yang boleh menyebabkan jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Kebanyakan mereka adalah pelajar wanita berusia antara 20 hingga 23 tahun, terpaksa diasingkan di Rumah Pelawat kolej masing-masing selain pergerakan mereka dihadkan kerana bimbang penyakit itu merebak. Berikutan kebimbangan itu, Unimas juga mengarahkan sebuah tadika yang menempatkan anak kakitangan universiti berkenaan ditutup serta-merta sebelum pemeriksaan lanjut dilakukan pegawai dari Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, pagi semalam.

Tinjauan Berita Harian di kampus Unimas mendapati keadaan adalah terkawal dengan pelajar masih dibenarkan menghadiri kuliah seperti biasa, namun pihak pengurusan universiti, mengarahkan mereka tidak terlalu banyak bergerak selain mengehadkan aktiviti luar. Penyelaras Klinik Unimas, Dr Zaharah Abdul Manap, berkata jangkitan HFMD itu bukan jenis EV71 yang mampu menyerang otak pesakit serta membawa maut. “Jangkitan ini adalah disebabkan enterovirus biasa yang tidak terlalu berbahaya dan pelajar yang dijangkiti boleh pulih dalam tempoh seminggu hingga dua minggu bergantung kepada faktor sekeliling.

“Antara simptom yang dihadapi pelajar cuma demam berpanjangan, ulser di dalam mulut serta bintik merah pada kaki dan tangan. Mereka akan sembuh selepas mendapat rawatan kami,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Dr Zaharah berkata, pihaknya tidak terlalu risau kerana pelajar yang dijangkiti enterovirus ini adalah orang dewasa dengan sistem tubuh mereka dapat melawan penyakit berkenaan namun ia mungkin mengambil masa. “Kita sudah merujuk sampel darah pesakit kepada makmal Unimas bagi memastikan jenis virus berkenaan termasuk terus memantau perkembangan kesihatan mereka sehingga benar-benar sembuh. “Masalah ini dipercayai timbul akibat faktor kebersihan pelajar dengan virus yang merebak di kawasan luar masuk ke sini dan menjangkiti pelajar di kolej kediaman," katanya.

Mengulas mengenai tindakan mengkuarantin pelajar di kolej masing-masing, Dr Zaharah berkata, tindakan itu dibuat sebagai langkah berjaga-jaga selain memastikan pelajar yang dijangkiti tidak tersentuh rakan lain. “Ia cuma sebahagian usaha kita mengawal penyakit ini dari merebak. Mereka masih pergi ke kuliah seperti biasa cuma dinasihatkan tidak menyertai aktiviti luar saja,” katanya. Sementara itu, tinjauan Berita Harian di Kolej Alamanda mendapati dua pelajar perempuan terpaksa diasingkan di bilik khas berikutan mempunyai simptom HFMD selain tidak dibenarkan keluar dari bilik berkenaan. Seorang mangsa, Magdelene Yau, 22, pelajar bidang Bioteknologi, berkata dia sudah lapan hari tidak ke kuliah serta tidak dibenarkan keluar dari bilik berkenaan. “Ada lapan lagi rakan saya ditempatkan di sini (bilik khas) dengan ada di antara kami sudah demam sehingga dua minggu. Kami tidak boleh keluar dan makanan dihantar oleh kakitangan kolej. “Saya rasa sangat sakit pada tekak dan kerongkong, ulser pada bahagian lidah dan mulut serta bintik-bintik merah mulai timbul pada kaki," katanya ketika ditemui Berita Harian. Rakannya, Wee Suion Chien, 21, pelajar bidang Pengurusan, berkata dia terkejut apabila dimaklumkan disyaki dijangkiti HFMD selepas rakan sebiliknya turut dijangkiti penyakit berkenaan minggu lalu. Katanya, dia diarahkan masuk ke bilik berkenaan mulai semalam dan bercuti sehingga doktor membenarkan dia pulang ke biliknya dan menjalani kuliah seperti biasa.

Monday, March 3, 2008

Muhammad - In The Mind of Michael H. Hart

MUHAMMAD, No. 1 The 100, a Ranking of the Most Influential Persons in
History by Michael H. Hart

My choice of Muhammad to lead the list of the world's most influential persons may surprise some readers and may be questioned by others, but he was the only man in history who was supremely successful on both the religious and secular levels. Of humble origins, Muhammad founded and promulgated one of the world's great religions, and became an immensely effective political leader. Today, thirteen centuries after his death, his influence is still powerful and pervasive. The majority of the persons in this book had the advantage of being born and raised in centers of civilization, highly cultured or politically pivotal nations. Muhammad, however, was born in the year 570, in the city of Mecca, in southern Arabia, at that time a backward area of the world, far from the centers of trade, art, and learning. Orphaned at age six, he was reared in modest surroundings. Islamic tradition tells us that he was illiterate. His economic position improved when, at age twenty-five, he married a wealthy widow. Nevertheless, as he approached forty, there was little outward indication that he was a remarkable person. Most Arabs at that time were pagans, who believed in many gods. There were, however, in Mecca, a small number of Jews and Christians; it was from them no doubt that Muhammad first learned of a single, omnipotent God who ruled the entire universe. When he was forty years old, Muhammad became convinced that this one true God (Allah) was speaking to him, and had chosen him to spread the true faith. For three years, Muhammad preached only to close friends and associates. Then, about 613, he began preaching in public. As he slowly gained converts, the Meccan authorities came to consider him a dangerous nuisance. In 622, fearing for his safety, Muhammad fled to Medina (a city some 200 miles north of Mecca), where he had been offered a position of considerable political power. This flight, called the Hegira, was the turning point of the Prophet's life. In Mecca, he had had few followers. In Medina, he had many more, and he soon acquired an influence that made him a virtual dictator. During the next few years, while Muhammad's following grew rapidly, a series of battles were fought between Medina and Mecca. This was ended in 630 with Muhammad's triumphant return to Mecca as conqueror. The remaining two and one-half years of his life witnessed the rapid conversion of the Arab tribes to the new religion.

When Muhammad died, in 632, he was the effective ruler of all of southern Arabia. The Bedouin tribesmen of Arabia had a reputation as fierce warriors. But their number was small; and plagued by disunity and internecine warfare, they had been no match for the larger armies of the kingdoms in the settled agricultural areas to the north. However, unified by Muhammad for the first time in history, and inspired by their fervent belief in the one true God, these small Arab armies now embarked upon one of the most astonishing series of conquests in human history. To the northeast of Arabia lay the large Neo-Persian Empire of the Sassanids; to the northwest lay the Byzantine, or Eastern Roman Empire, centered in Constantinople. Numerically, the Arabs were no match for their opponents. On the field of battle, though, the inspired Arabs rapidly conquered all of Mesopotamia, Syria, and Palestine. By 642, Egypt had been wrested from the Byzantine Empire, while the Persian armies had been crushed at the key battles of Qadisiya in 637, and Nehavend in 642. But even these enormous conquests, which were made under the leadership of Muhammad's close friends and immediate successors, Ali, Abu Bakr and 'Umar ibn al-Khattab, did not mark the end of the Arab advance. By 711, the Arab armies had swept completely across North Africa to the Atlantic Ocean There they turned north and, crossing the Strait of Gibraltar, overwhelmed the Visigothic kingdom in Spain.
For a while, it must have seemed that the Moslems would overwhelm all of Christian Europe. However, in 732, at the famous Battle of Tours, a Moslem army, which had advanced into the center of France, was at last defeated by the Franks. Nevertheless, in a scant century of fighting, these Bedouin tribesmen, inspired by the word of the Prophet, had carved out an empire stretching from the borders of India to the Atlantic Ocean-the largest empire that the world had yet seen. And everywhere that the armies conquered, large-scale conversion to the new faith eventually followed. Now, not all of these conquests proved permanent. The Persians, though they have remained faithful to the religion of the Prophet, have since regained their independence from the Arabs. And in Spain, more than seven centuries of warfare, finally resulted in the Christians reconquering the entire peninsula. However, Mesopotamia and Egypt, the two cradles of ancient civilization, have remained Moslem, as has the entire coast of North Africa. The new religion, of course, continued to spread, in the intervening centuries, far beyond the borders of the original Moslem conquests. Currently it has tens of millions of adherents in Africa and Central Asia and even more in Pakistan and northern India, and in Indonesia. In Indonesia, the new faith has been a unifying factor. In the Indian subcontinent, however, the conflict between Moslems and Hindus is still a major obstacle to unity.

How, then, is one to assess the overall impact of Muhammad on human history? Like all religions, Islam exerts an enormous influence upon the lives of its followers. It is for this reason that the founders of the world's great religions all figure prominently in this book. Since there are roughly twice as many Christians as Moslems in the world, it may initially seem strange that Muhammad has been ranked higher than Jesus. There are two principal reasons for that decision. First, Muhammad played a far more important role in the development of Islam than Jesus did in the development of Christianity. Although Jesus was responsible for the main ethical and moral precepts of Christianity (insofar as these differed from Judaism), St. Paul was the main developer of Christian theology, its principal proselytizer, and the author of a large portion of the New Testament. Muhammad, however, was responsible for both the theology of Islam and its main ethical and moral principles. In addition, he played the key role in proselytizing the new faith, and in establishing the religious practices of Islam. Moreover, he is the author of the Moslem holy scriptures, the Koran, a collection of certain of Muhammad's insights that he believed had been directly revealed to him by Allah. Most of these utterances were copied more or less faithfully during Muhammad's lifetime and were collected together in authoritative form not long after his death. The Koran therefore, closely represents Muhammad's ideas and teachings and to a considerable extent his exact words. No such detailed compilation of the teachings of Christ has survived. Since the Koran is at least as important to Moslems as the Bible is to Christians, the influence of Muhammad through the medium of the Koran has been enormous. It is probable that the relative influence of Muhammad on Islam has been larger than the combined influence of Jesus Christ and St. Paul on Christianity.

On the purely religious level, then, it seems likely that Muhammad has been as influential in human history as Jesus. Furthermore, Muhammad (unlike Jesus) was a secular as well as a religious leader. In fact, as the driving force behind the Arab conquests, he may well rank as the most influential political leader of all time. Of many important historical events, one might say that they were inevitable and would have occurred even without the particular political leader who guided them. For example, the South American colonies would probably have won their independence from Spain even if Simon Bolivar had never lived. But this cannot be said of the Arab conquests. Nothing similar had occurred before Muhammad, and there is no reason to believe that the conquests would have been achieved without him. The only comparable conquests in human history are those of the Mongols in the thirteenth century, which were primarily due to the influence of Genghis Khan. These conquests, however, though more extensive than those of the Arabs, did not prove permanent, and today the only areas occupied by the Mongols are those that they held prior to the time of Genghis Khan. It is far different with the conquests of the Arabs. From Iraq to Morocco, there extends a whole chain of Moslem nations united not merely by their faith in Islam, but also by their Arabic language, history, and culture.

The centrality of the Koran in the Moslem religion and the fact that it is written in Arabic have probably prevented the Arab language from breaking up into mutually unintelligible dialects, which might otherwise have occurred in the intervening thirteen centuries. Differences and divisions between these Arab states exist, of course, and they are considerable, but the partial disunity should not blind us to the important elements of unity that have continued to exist. For instance, neither Iran nor Indonesia, both oil-producing states and both Islamic in religion joined in the oil embargo of the winter of 1973-74. It is no coincidence that all of the Arab states, and only the Arab states, participated in the embargo. We see, then, that the Arab conquests of the seventh century have continued to play an important role in human history, down to the present day. It is this unparalleled combination of secular and religious influence which I feel entitles Muhammad to be considered the most influential single figure in human history.

Ref: http://www.amaana.org/ismailim.html

Wasiat Untuk Dirimu

Wahai diriku…

Warkah ini kutulis untuk tatapanmu. Wasiat dariku untukkmu kerana hari ini daku melihat dunia hilang rasa kehambaan. Daku melihat ramai mereka mengaku pejuang rebah futur satu per satu. Maka ku tulis warkah ini buat dirimu kerana khuatir hakisnya imanmu dimamah usia jua suasana. Diserang penyakit jemu dan putus asa.

Diriku,
Tika Allah memerintahkan syaitan dan iblis sujud pada bapa keturunanmu. Mereka ingkar sujud latas Allah keluarkan mereka dari syurga. Tapi hari ini daku melihat keturunanku enggan sujud kepada Allah. Lalu ke manakah Allah akan mencampakkan mereka?

Diriku
Hari ini syaitan berdekah kerana kebenaran hinanya tanah. Kiranya dulu Iblis yang enggan sujud, hari ini ciptaan Allah yang pernah dibela suatu ketika dulu enggan menyembahNya. Iblis berdekah lagi. Ternyata makhluk sebaik-baik ciptaan menjadi musuh yang nyata!.

Diriku,
Tika kau membaca warkah ini, adakah dirimu seperti dulu? Apa khabar imanmu? Ingatkah dirimu bahawa semua ini pinjaman Allah. Ingatkah dirimu kita pernah berjanji, kiranya iman itu adalah pinjaman, wajar kita pergunakan untuk Islam sebelum ia dikembalikan. Tap,i doa kita adalah mati dan masuk syurga bersama-sama dengan iman. Masihkah dirimu menguntai doa tersebut pada al Khaliq? Ingatlah dunia ini bukanlah tempat khayalan. You have to be wide awake to swim against the current no matter how the discharge is.

Diriku,

Apa khabar perjuanganmu? Masihkah mendambakan perjuangan Zainab bt Ali, Srikandi Karbala atau perjuangan Zainab Ghazali, srikandi ikhwanul muslimin? Masihkah dirimu ingat akan perjuangan mereka? Perjuangan tidak menjanjikan kesenangan. Tetapi setiap kesulitan itu pasti bersamanya kemudahan. Kiranya dirimu sudah terlupa, ingatlah perjuangan kita di PLKN. Terasa bantuanNya yang tidak disangka-sangka. Rasa yang hadir tika itu lebih besar nikmatnya daripada kemenangan yang kita kecapi. Ke manapun dirimu dicampakkan, kamu tetap pemimpin kepada dirimu, akalmu ibarat qiadah kepada saf anggotamu. Tika kau gundah renungi kata-kata Fathi Yakan

“Qiadah adalah perintis rombongan dan ketua khalifah. Pengaruhnya terhadap saf jamaah amat besr & mendalam. Jika Qiadah bersikap mengalah dan putus asa, maka dia mendedahkan jamaah keseluruhannya kepada kekalahan & kekecewaan. Jika dia terus bertahan ketika menghadapi rintangan & cabaran, maka dia menanamkan ruh pengharapan dan terus mara ke dalam jiwa anggota jundynya”

Diriku,
Kiranya ketika kau baca warkah ini dirimu tidak seperti diriku yang dulu, ingatlah pesanku,jika manusia tidak mahu menjadi hamba atau khalifah, maka atas tujuan apa manusia diciptakan? Inginkah kamu menjadi seperti dalam firmanNya,

Dan tidakkah manusia memerhatikan bahawa Kami menciptanya dari setitis mani, ternyata dia menjadi musuh yang nyata! ( Yasin: 77)

Diriku,
Kudoakan dirimu lebih tegar daripada diriku. Demi Tuhanmu yang dirimu dalam genggamaNya. Pasti Dia sentiasa menggenggam mu selagi dirimu menggenggam agamaNya. Kiranya ia ibarat mengenggam bara api, maka untaikan munajatmu pada Khaliq. Bacalah kata-kata motivasi dari Tuhanmu. Pasti dikau akan memperoleh kekuatan dan keyakinan untuk terus melangkah. Kiranya Yahudi dan Nasrani pernah melaungkan “kiranya kita mahu menjatuhkan pemuda Islam, maka jatuhkan Al-Quran dari tangannya”, maka kau laungkan pada dirimu “kiranya dirimu ingin membangkitkan belia Islam, maka bangkitkan Al-Quran di hati mereka”. Doakan benih yang disemai,hidup subur dalam jagaanNya.


Ku lestarikan warkah ini di blogmu, agar tidak hilang di kertas, tidak rosak dimakan virus. Agar dirimu tetap seperti diriku, yang suatu ketika dahulu engkau cintai..

Ya Allah,
Janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau beri kami petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Penyayang.

Ya Allah,
Daku akui kelemahan diri. Ku insafi kekurangan ini. Ku kesali kejahilan ini. Terimalah taubat ku ini.

Wassalam
March 02, 2008. 4.05am