Tuesday, February 8, 2011

KHUTBAH JUMAAT: Lahir Muslim, Biar Hidup Muslim dan Mati Muslim

http://saifulislam.com/9203

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Bertaqwalah kepada Allah. Kita hamba, Allah Tuhan kita. Tiada milik kita. Semua milik Dia. Semua yang ada pada harta, kehidupan dan nyawa, adalah amanah daripada-Nya. Bertaqwalah kita pada melunaskan amanah itu, dan jangan sekali-kali mati, kecuali sebagai Muslim yang tunduk dan patuh kepada-Nya.

Firman Allah SWT:

Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama – (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)” [Surah al-An’aam 6: 162-3]

Sidang kaum Muslimin yang berbahagia di hari Jumaat ini,

Kita semua bersetuju bahawa seseorang itu tidak boleh menjadi doktor tanpa ilmu dan latihan yang secukupnya. Dia perlu belajar dan belajar, memahami sepenuhnya tentang tugas yang digalas kerana risikonya adalah keselamatan dan nyawa pesakit. Kita semua setuju bahawa seseorang itu tidak boleh menjadi jurutera awam tanpa ilmu dan latihan yang diperlukan. Tanpa kelengkapan itu, risikonya boleh meretakkan jambatan, merosakkan lebuh raya dan meruntuhkan bangunan.

Semua itu perlu kepada ilmu.

Tetapi bagaimana dengan seorang ibu dan bapa?

Pentingkah untuk seseorang yang menjadi ibu, khususnya bapa, untuk dirinya mempunyai ilmu dan kemahiran yang cukup untuk menjalankan tugasnya? Subjeknya bukan jambatan atau bangunan. Subjeknya bukan pesakit yang tidak dikenali atau mayat yang sudah tidak boleh diselamatkan. Subjeknya adalah zuriat kita sendiri. Anak yang berbinkan nama kita. Anak yang akan dipersoalkan oleh Allah di Mahsyar nanti, sama ada kita telah melunaskan tanggungjawab dengan sebaiknya, atau kita gagal dalam menjalankan tugasan yang amat besar ini.

Firman Allah SWT:

Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan. [Surah at-Tahrim 66: 6]

Ya, risikonya bukan jambatan runtuh. Bukan bangunan retak. Risikonya bukan setakat kecederaan dan kematian orang yang tiada kena mengena dengan kita. Malah risikonya lebih besar. Allah memberi ancaman bahawa kegagalan berperanan dengan baik sebagai ibu dan bapa, akan mengundang seisi keluarga menghuni Neraka! Wal’iyadzabillah. Kita rasa sangat marah mendengar ibu bapa yang mendera anak-anak dengan mencucuh putung rokok atau seterika panas kepada zuriat mereka sendiri. Tetapi berapa ramai ibu dan bapa yang kerana tidak peduli akan hal ini, sedang menyiapkan anak-anak mereka untuk dibakar oleh api Neraka Allah? Tidakkah ini pendera hakiki? Tidakkah nanti anak-anak itu akan mengheret ibu bapanya sekali?

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Sabda Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

“Tidaklah lahir setiap bayi melainkan dia dilahirkan di atas fitrah. Maka ibu bapanya itulah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi…” - Riwayat Muslim / 4803

Ibu bapa adalah guru pertama anak-anak.

Ibu bapa Yahudi berjaya meYahudikan anak-anak mereka.

Ibu bapa Nasrani berjaya meNasranikan anak-anak mereka.

Ibu bapa Majusi berjaya meMajusikan anak-anak mereka.

Bagaimana dengan kita sebagai ibu bapa Muslim? Berjayakan kita meMuslimkan anak-anak kita? Jika Yahudi hari ini benar-benar menyerupai sifat Yahudi yang disebut di dalam al-Quran, jika Nasrani hari ini benar-benar menyerupai sifat Nasrani yang disebut di dalam al-Quran, jika Kuffar dan Musyrikin hari ini benar-benar menyerupai sifat Kuffar dan Musyrikin yang disebut di dalam al-Quran, serupakah kita dengan gambaran Islam dan Muslim di dalam al-Quran? Serupakah anak-anak kita dengan gambaran Islam dan Muslim di dalam al-Quran?

Mimbar hari ini tidak bermaksud untuk berbicara secara pesimis.

Tetapi atas amanah yang diterima daripada Sunnah Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam, kita perlu saling mengingatkan akan hal ini. Tiada makna kita berjaya di dalam kerjaya, tidak bererti keuntungan yang dikecapi dalam perniagaan, jika harga yang dibayar adalah kemusnahan keluarga sendiri. Membentuk rumahtangga dan anak-anak mesti diangkat sebagai suatu JIHAD.

Sabda Nabi sallallaahu alayhi wa sallam:

Daripada Umm al-Mu’minin Aisyah radhiyallahu anha beliau berkata, Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam telah bersabda: Sebaik-baik kamu adalah kamu yang terbaik kepada keluarganya dan aku adalah yang terbaik kepada keluargaku. [Hadith riwayat al-Tirmidhi]

NAFKAH FIZIKAL

Seorang ibu bapa yang baik adalah ibu bapa yang mengusahakan keperluan nafkah fizikal anak-anak. Soal makan minum, pakaian, tempat tinggal, dan keperluan fisiologi anak-anak, diusahakan sebaik mungkin. Rezeki yang diberikan bukan sahaja Tayyiban, malah Halal. Kita mungkin tidak membawa pulang makanan yang haram seperti babi atau haiwan yang tidak disembelih. Namun berhati-hati dengan RIBA, RASUAH, gaji yang diperolehi oleh ibu bapa yang ponteng waktu kerja, zakat pendapatan yang tidak dilunaskan atau peniaga yang menipu dalam perniagaan.

Membina kehidupan dengan sumber yang haram, merupakah salah satu bencana kepada keluarga. Bertaqwalah kita kepada Allah daripada rezeki-rezeki yang kotor seperti ini.

NAFKAH MENTAL

Seorang ibu bapa yang baik juga adalah ibu bapa yang sedar bahawa anak-anaknya bukan sekadar bertubuh badan yang memerlukan minum makan dan pakaian. Setakat memberi makan minum dan perlindungan keselamatan, mungkin ada ibu burung, bapa kambing dan emak kucing yang lebih bersungguh mengusahakannya berbanding sesetengah kita yang sering anak-anaknya terlepas sarapan pagi sebelum ke sekolah.

Namun anak-anak kita dianugerahkan oleh Allah akal fikiran. Akal fikiran itu memerlukan kepada ilmu, pendidikan, dan rangsangan berfikir. Sifat anak-anak yang bertanya soalan, ingin tahu, jangan dibunuh dengan menutup mulut mereka. Galakkan mereka berfikir, kerana manusia yang akalnya gagal berfungsi, akan menurunkan martabat dirinya ke serendah-rendah kejadian.

NAFKAH EMOSI

Seorang ibu bapa yang lebih baik juga sedar bahawa anak-anaknya mempunyai perasaan atau emosi yang turut memerlukan makanannya sama seperti tubuh badan memerlukan makanan harian. Ibu bapa perlu berusaha untuk menunaikan nafkah emosi ini dengan memberikan perhatian yang sewajarnya kepada anak-anak. Pendapat mereka hendaklah dihargai, diminta dan didengar dari semasa ke semasa.

Hari ini kita berhadapan dengan dua kelompok ibu bapa yang ekstrim.

Kelompok pertama adalah ibu bapa yang terlalu merancang segala-galanya untuk si anak. Bukan sahaja apa makanannya, sekolah di mana, belajar subjek apa, mengaji bidang apa, di universiti mana, kerja sebagai apa, malah kahwin dengan siapa dan bagaimanakah bentuk rumahtangga anak-anak itu, semuanya diatur mengikut kehendak ibu bapa. Perbuatan sebegini akan menyebabkan anak kehilangan WUJUD DIRI mereka kerana pendapat mereka tidak pernah diberi perhatian.

Lebih memburukkan keadaan, ibu bapa cuba untuk memenuhi impian peribadi mereka yang gagal dicapai, dengan memindahkan impian itu kepada anak-anak. Terlalu ramai remaja di luar sana yang berasa tertekan dengan sikap ibu bapa seperti ini. Mereka mungkin sangat lemah lembut terhadap anak-anak, tetapi hakikatnya mereka telah bersikap kasar kepada emosi anak-anak.

Lupakah kita kepada sikap yang ditunjukkan oleh Ibrahim alayhi al-Salam kepada anaknya Ismail.

Ibrahim adalah sepatuh-patuh manusia kepada Allah. Tatkala menerima perintah daripada Allah untuk menyembelih anaknya Ismail, apakah kata Ibrahim kepada anaknya itu?

Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?“. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”. [Surah al-Saaffaat 37: 102]

Kata-kata Ibrahim (فانظر ماذا ترى) yang bermaksud “Maka fikirkanlah apa pendapatmu?” adalah contoh bagaimana dalam soal sebesar melaksanakan wahyu Allah sekali pun, Ibrahim masih meminta pendapat anaknya Ismail. Inilah jiwa seorang bapa mithali yang wajar kita teladani.

Dengarlah, sebelum kita berharap pendapat kita didengari.

Berikan perhatian, sebelum kita berharap diri kita menerima perhatian mereka.

Ia bukan seruan Kebaratan atau menolak adat kebiasaan masyarakat Melayu. Ia adalah seruan kepada mencontohi para Anbiya’ dan Rasul.

Manakala kelompok kedua daripada kalangan ibu bapa yang ekstrim ialah ibu bapa yang langsung tidak merancang apa-apa berkenaan anak-anak mereka. Makan minumnya, sekolahnya bagaimana, belajarnya apa, siapa kawannya, apa masalahnya, tiada apa yang pernah diambil tahu. Niat asal meramaikan anak kerana mahu membanggakan Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam berubah kepada menambah ramaikan musuh agama Allah Subhanahu wa Taala.

NAFKAH ROHANI (SPIRITUAL)

Sidang Jumaat sekalian,

Anak-anak kita dilahirkan sebagai Muslim. Perjuangannya adalah untuk memastikan kita dan mereka yang lahir Muslim, mati sebagai seorang Muslim. Kita sering risaukan cara kita mati. Jika boleh, kita mahu mati semasa berdoa di atas sejadah, atau mati semasa bertawaf di Kaabah, atau mati semasa menderma di rumah anak yatim.

Sedangkan cara mati itu di luar kuasa kita.

Apa yang berada di tangan kita adalah cara hidup. Cara hidup yang ditentukan oleh tujuan hidup. Apakah tujuan hidup kita? Tahukah anak-anak kita mengapa mereka lahir ke dunia?

Sebatang pen digunakan untuk menjadi paku di dinding bagi menggantung bingkai gambar akan pecah dan rosak semasa diketuk. Apabila rosak ia dibuang ke tong sampah. Bagaimana pen menjadi sampah? Pen diciptakan atas tujuan yang khususnya. Apabila disalah guna dia akan rosak. Dan apabila rosak ia menjadi sampah.

Demikian juga manusia. Allah menciptakan manusia dengan satu tujuan yang khusus. Jika manusia hidup dengan tujuan yang lain, dia akan menjadi rosak. Apabila rosak mereka menjadi sampah. Dan itulah asal usulnya sampah masyarakat. Siapakah sampah masyarakat? Kita boleh namakan mereka sebagai penagih dadah atau mat rempit. Tetapi hakikatnya mereka adalah manusia yang gagal menjawab soalan paling penting: HIDUP INI UNTUK APA?

Sains tidak mampu memberi jawapan. Matematik tidak boleh memberi jawapan. Hanya AGAMA sahaja yang mampu menjawab persoalan ini.

Itulah intipati firman Allah:

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. [Surah al-Dzaariyaat 51: 56]

Kita mesti sedar bahawa kita hamba. Anak-anak perlu diajar bahawa mereka hamba. Apabila manusia gagal hidup sebagai hamba, mereka akan menjadi tuhan. Tuhan kepada diri mereka sendiri. Hamba kepada nafsu sendiri yang semuanya itu mengundang binasa.

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Marilah kita berusaha untuk memainkan peranan ini. Berfungsilah kembali sebagai bapa dan ibu yang bertanggungjawab. Ibu bapa yang bukan hanya memiliki anak yang lahir Muslim, tetapi mesti juga hidup Muslim dan mati Muslim.



ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Thursday, February 3, 2011

Monday, January 3, 2011

War On The Dream Stealer !!!!!!

The Dream Stealer

I have a friend named Monty Roberts who owns a horse ranch in San Ysidro. He has let me use his house to put on fund-raising events to raise money for youth at risk programs.

The last time I was there he introduced me by saying, “I want to tell you why I let Jack use my horse. It all goes back to a story about a young man who was the son of an itinerant horse trainer who would go from stable to stable, race track to race track, farm to farm and ranch to ranch, training horses. As a result, the boy’s high school career was continually interrupted. When he was a senior, he was asked to write a paper about what he wanted to be and do when he grew up.

“That night he wrote a seven-page paper describing his goal of someday owning a horse ranch. He wrote about his dream in great detail and he even drew a diagram of a 200-acre ranch, showing the location of all the buildings, the stables and the track. Then he drew a detailed floor plan for a 4,000-square-foot house that would sit on a 200-acre dream ranch.

“He put a great deal of his heart into the project and the next day he handed it in to his teacher. Two days later he received his paper back. On the front page was a large red F with a note that read, `See me after class.’

“The boy with the dream went to see the teacher after class and asked, `Why did I receive an F?’

“The teacher said, `This is an unrealistic dream for a young boy like you. You have no money. You come from an itinerant family. You have no resources. Owning a horse ranch requires a lot of money. You have to buy the land. You have to pay for the original breeding stock and later you’ll have to pay large stud fees. There’s no way you could ever do it.’ Then the teacher added, `If you will rewrite this paper with a more realistic goal, I will reconsider your grade.’

“The boy went home and thought about it long and hard. He asked his father what he should do. His father said, `Look, son, you have to make up your own mind on this. However, I think it is a very important decision for you.’ “Finally, after sitting with it for a week, the boy turned in the same paper, making no changes at all.

He stated, “You can keep the F and I’ll keep my dream.”

Monty then turned to the assembled group and said, “I tell you this story because you are sitting in my 4,000-square-foot house in the middle of my 200-acre horse ranch. I still have that school paper framed over the fireplace.” He added, “The best part of the story is that two summers ago that same schoolteacher brought 30 kids to camp out on my ranch for a week.” When the teacher was leaving, he said, “Look, Monty, I can tell you this now. When I was your teacher, I was something of a dream stealer. During those years I stole a lot of kids’ dreams. Fortunately you had enough gumption not to give up on yours.”

“Don’t let anyone steal your dreams. Follow your heart, no matter what.”

Author: Jack Canfield from a Chicken Soup for the Soul book but I don't know which one. If anyone knows, could you please email me? Thank you. Dr. Moffat)