Tuesday, August 7, 2007

PERJUANGAN DALAM PENGAJIAN


Malam tadi Alhamdulillah selesai majlis meraikan sahabat-sahabat PERKEPIS yang telah bergraduat. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan mendatang dan diberi kekuatan untuk terus kekal istiqamah dalam perjuangan. Perjumpaan dengan sahabat-sahabat lama membakar kembali semangat yang membara.

Seperti biasa, perjalanan dengan adik akhwat ke destinasi majlis tidak sunyi daripada pengisian. Topik perbualan kami ialah BLOG. Katanya ‘Mengapa perlu dicanang kisah diri kepada seluruh dunia?’.Persoalannya membuatku tersenyum dan terfikir bahawa setiap amalan itu adalah dengan niat. Astarghfirullah hal a’zim,ikhlaskanlah niatku Ya Allah. Kisah-kisah ini bukan untuk mencanang diri, tetapi mencanang rasa ketenangan berada dalam agamaNya, mencanang agamaNya, mencanang iktibar tauladan buat semua. Semua ini boleh menjadi investment terbesar di alam barzakh, selagi tinta ini terus dibaca dan tidak hilang dakwatnya (or more appropriate , as long as this blog is not suspended).

Telatah adik-adik di menara gading membuat umi tersenyum. Teringat memori silam sewaktu pengajian. Sibuk dengan kuliah, assignment dan perjuangan. Teringat kembali sahabat-sahabat sefakulti, bergading bahu membantu antara satu sama lain untuk berjaya dalam bidang pengajian. Umi akui yang umi bukanlah pelajar yang cerdik dan ujian dari segi kesihatan kadang-kadang menyebabkan umi agak ketinggalan dengan pelajaran. Tetapi, ini semua tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak memikul amanahNya. Pengajian harus seiring dengan pejuangan. Yang paling manis adalah bukan perasaan ketika menerima segulung ijazah tetapi, rasa keimanan tika merasai kebenaran firmanNya dan janjiNya.



Firman Allah dalam surah Muhammad:7

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Allah akan menolongmu dan mengukuhkan kedudukanmu”

Tiada lebih manis daripada rasa kegembiraan dan kesyukuran tika mendapat bantuan yang tidak disangka-sangka. KehadiranNya terasa dekat dan terasa diri diperhati. Keimanan hakiki inilah yang perlu dicari dan didamba. Amat benar janji Allah dan beruntung mereka yang meyakini janjiNya. Masa-masa bergelar pelajar tidak akan dapat diputarkan kembali. Manfaatkanlah ia dalam perjuangan agamaNya. Alangkah ruginya jika masa itu terhabis dengan hanya memerap diri di dalam bilik menghadap buku.

Umi bukanlah yang terbaik untuk menulis ini, tetapi tika dirimu terasa berat dalam perjuangan atas beban assignment ataupun rasa khuatir untuk tidak score dalam pelajaran lantas merasakan berundur daripada medan perjuangan adalah jalan penyelesaian, perhatilah sahabat-sahabat perjuanganmu. Renung kembali kakak-kakak dan abang-abang senior yang pernah menyelusuri medan perjuangan ini. Kesibukan sebagai pelajar Medic, Kejuruteraan, Kimia, Bioteknologi, Kaunsling, HRD etc, tidak menjadi penghalang. Mungkinkah ada yang lebih susah daripada meniti titian sirat? Antara amanah sebagai khalifah dalam mempelajari ilmu dunia demi memakmurkan dunia dan amanah sebagai hamba demi memperjuangkan agama, InsyaAllah pasti kedua-duanya akan dapat kau tempuhi dengan cemerlang kerana Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.
~wallahua’lam~

2 comments:

Anonymous said...

Salam Ziarah. Refreshing look! Tahniah kak.

Anonymous said...

You've got to date a lot of Volkswagens before you getto your Porsche..

good effort