Isnin
10:43 pg
9 Julai 2007
10:43 pg
9 Julai 2007
Aku melyari laman blog shabat2ku. Leka membaca mencari suluh bagi membakar kembali semangat ini.Teringat kembali blog aku sendiri telah lama tidak ku perbaharui. Terdetik dihati, “ Aku perlu tulis sesuatu.”. Sebelum ini, hati ini takut bermain dengan kata-kata. Apabila teringat firmanNya,
“Wahai orang-orang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Kebencian Allah jika kamu menyatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan” As-Saff:2-3
Entah mengapa, bila teringat ayat in, hati ini akan menjadi gentar menyebabkan aku membisu hilang bahasa. Teringat kata-kata kak Mera, manusia ini akan berkata tinggi ketika tinggi imannya, tetapi kekadang bisa terdiam tika diuji. Sesungguhnya kekuatan yang datang tika diuji itu benar-benar daripada Allah.
Seminggu lepas, Allah telah mengatur perjumpaanku dengan sahabat-sahabat daripada semenanjung. Aku terpegun dengan gaya indah bahasa ibunda. Terkesan oleh kata-kata hikmah yang membekas di jiwa. Indahnya jika aku bisa berbicara sedemikian rupa….
Tapi, detik ini aku kuatkan jua. Untuk menulis, berkongsi anugerah daripada yang Esa. Pengalamanku, hidupku… itulah anugerah Tuhanku..Terngia-ngia kata-kat Puan Su, pensyarahku… “Life is not just filling up empty spaces and to inhale free oxygen but to leave something that can be meaningful to the world.”.Dalam erti kata lain, hidup ini bukan untuk menyemak di muka bumi tetapi untuk memberi sumbangan kepada orang lain. (hatiku mencelah) untuk beribadah kepadaNya.
2-3 hari ini, aku banyak terfikir. Memperbaharui kembali tentang tujuan dan nilai hidup. Aku pernah bertanyakan seorang sahabat yang bermaustatin di semenanjung. “Are you seriously want to further your study here?” . Aku bertanyakan demikian apabila dia menyuarakan hasrat untuk belajar di sini. Jawapannya yang tidak teragak-agak membuatkan aku terfikir….
Suatu ketika dahulu, aku pernah tergerak hati untuk berhijrah ke semenanjung, bersatu mendokong perjuangan di sana. Bersama-sama dengan keluarga sefikrah pasti mudah. Tapi tika itu, lantas terdetik di hatiku, “Benarkah dirimu ke sana untuk menyertai perjuangan mereka ataupun melarikan diri daripada keperluan dakwah di sini? Jika ujian dakwah di bumi Sarawak ini tidak terdukung, inikan pula perjuangan di bumi Palestin”. Tajam… Pedas… Tertampar oleh suara hati sendiri…
Tika terkenangkan peristiwa itu, hati ini cukup kenal tuannya. Lantas ia memujuk, “… Each land on earth thirst presence of a die’e. No mater which land you are standing , it is waiting for dakwah. Even on the land that you are standing now..”. Setiap ceruk menagih perjuangan seorang dai’e termasuklah tanah yang sekarang ini kamu jejaki…
Pertanyaanku kepada sahabat ku itu, membuatkan hatiku berbisik lagi “Are you serious to enter Allah’s Jannah?. If you are, then it is time to get serious.”. Aku terdiam. Hati ini seolah-olah boleh berfikir sendiri…. Bukan selama ini aku tidak serius. Tapi sejauh mana keseriusanku untuk ke syurgaNya? Jika suatu ketika dahlulu keseriusan Laksamana Cheng Ho hingga ke tanah Melaka, dan keseriusan Muhammad Al Fateh pada usia seawal 21 tahun telah membebaskan kota Constantinople daripada jahiliah. Maka sejauh mana keseriusanku telah membawaku?

Itulah perasaan mereka yang menjadikan perjuangan sebagai jalan hiburan… Perasaan ibadah, hidup dan mati kerana Allah semata-mata. Aku ingin hadam perasaan itu dalam perjuanganku. Perjuangan Hassan Al-Banna perlu diteladani, dicemburui.....Aku perlu memperbaharui perasaanku, hidupku, imanku, cintaku kepada Dia, kekasihNya dan umat. Tika ini, terasa benar hidup ini hanya sementara kerana kewajiban yang perlu dilakukan lebih banyak daripada masa yang aku ada..
Wahai sahabat ku... we have given a fixed duration to live and time is running up. How much is left? Wallahu a'lam
“Dan Dialah yang menidurkan kamu pada malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari. Kemudian Dia membangunkan pada siang hari untuk disempurnakan umurmu yang telah ditetapkan. Kemudian kepadaNya tempat kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” Al-An’am:60
1 comment:
Post a Comment