Monday, March 3, 2008

Wasiat Untuk Dirimu

Wahai diriku…

Warkah ini kutulis untuk tatapanmu. Wasiat dariku untukkmu kerana hari ini daku melihat dunia hilang rasa kehambaan. Daku melihat ramai mereka mengaku pejuang rebah futur satu per satu. Maka ku tulis warkah ini buat dirimu kerana khuatir hakisnya imanmu dimamah usia jua suasana. Diserang penyakit jemu dan putus asa.

Diriku,
Tika Allah memerintahkan syaitan dan iblis sujud pada bapa keturunanmu. Mereka ingkar sujud latas Allah keluarkan mereka dari syurga. Tapi hari ini daku melihat keturunanku enggan sujud kepada Allah. Lalu ke manakah Allah akan mencampakkan mereka?

Diriku
Hari ini syaitan berdekah kerana kebenaran hinanya tanah. Kiranya dulu Iblis yang enggan sujud, hari ini ciptaan Allah yang pernah dibela suatu ketika dulu enggan menyembahNya. Iblis berdekah lagi. Ternyata makhluk sebaik-baik ciptaan menjadi musuh yang nyata!.

Diriku,
Tika kau membaca warkah ini, adakah dirimu seperti dulu? Apa khabar imanmu? Ingatkah dirimu bahawa semua ini pinjaman Allah. Ingatkah dirimu kita pernah berjanji, kiranya iman itu adalah pinjaman, wajar kita pergunakan untuk Islam sebelum ia dikembalikan. Tap,i doa kita adalah mati dan masuk syurga bersama-sama dengan iman. Masihkah dirimu menguntai doa tersebut pada al Khaliq? Ingatlah dunia ini bukanlah tempat khayalan. You have to be wide awake to swim against the current no matter how the discharge is.

Diriku,

Apa khabar perjuanganmu? Masihkah mendambakan perjuangan Zainab bt Ali, Srikandi Karbala atau perjuangan Zainab Ghazali, srikandi ikhwanul muslimin? Masihkah dirimu ingat akan perjuangan mereka? Perjuangan tidak menjanjikan kesenangan. Tetapi setiap kesulitan itu pasti bersamanya kemudahan. Kiranya dirimu sudah terlupa, ingatlah perjuangan kita di PLKN. Terasa bantuanNya yang tidak disangka-sangka. Rasa yang hadir tika itu lebih besar nikmatnya daripada kemenangan yang kita kecapi. Ke manapun dirimu dicampakkan, kamu tetap pemimpin kepada dirimu, akalmu ibarat qiadah kepada saf anggotamu. Tika kau gundah renungi kata-kata Fathi Yakan

“Qiadah adalah perintis rombongan dan ketua khalifah. Pengaruhnya terhadap saf jamaah amat besr & mendalam. Jika Qiadah bersikap mengalah dan putus asa, maka dia mendedahkan jamaah keseluruhannya kepada kekalahan & kekecewaan. Jika dia terus bertahan ketika menghadapi rintangan & cabaran, maka dia menanamkan ruh pengharapan dan terus mara ke dalam jiwa anggota jundynya”

Diriku,
Kiranya ketika kau baca warkah ini dirimu tidak seperti diriku yang dulu, ingatlah pesanku,jika manusia tidak mahu menjadi hamba atau khalifah, maka atas tujuan apa manusia diciptakan? Inginkah kamu menjadi seperti dalam firmanNya,

Dan tidakkah manusia memerhatikan bahawa Kami menciptanya dari setitis mani, ternyata dia menjadi musuh yang nyata! ( Yasin: 77)

Diriku,
Kudoakan dirimu lebih tegar daripada diriku. Demi Tuhanmu yang dirimu dalam genggamaNya. Pasti Dia sentiasa menggenggam mu selagi dirimu menggenggam agamaNya. Kiranya ia ibarat mengenggam bara api, maka untaikan munajatmu pada Khaliq. Bacalah kata-kata motivasi dari Tuhanmu. Pasti dikau akan memperoleh kekuatan dan keyakinan untuk terus melangkah. Kiranya Yahudi dan Nasrani pernah melaungkan “kiranya kita mahu menjatuhkan pemuda Islam, maka jatuhkan Al-Quran dari tangannya”, maka kau laungkan pada dirimu “kiranya dirimu ingin membangkitkan belia Islam, maka bangkitkan Al-Quran di hati mereka”. Doakan benih yang disemai,hidup subur dalam jagaanNya.


Ku lestarikan warkah ini di blogmu, agar tidak hilang di kertas, tidak rosak dimakan virus. Agar dirimu tetap seperti diriku, yang suatu ketika dahulu engkau cintai..

Ya Allah,
Janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau beri kami petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Penyayang.

Ya Allah,
Daku akui kelemahan diri. Ku insafi kekurangan ini. Ku kesali kejahilan ini. Terimalah taubat ku ini.

Wassalam
March 02, 2008. 4.05am

No comments: